Chapter 86

Romance Completed 46068

Bab 86

Orang suruhan Rozaila sudah mengerjakan tugas yang dirancangkannya sekian lama. Menurut orang suruhannya, mereka sudah berada di dalam banglo lama ibu bapanya itu.

Ricky Ridzuan hairan dengan sikap kekasihnya yang sudah bertukar rupa sejak akhir-akhir ini. Dia sudah tidak merungut-rungut. Sebaliknya dia selalu berpakaian cantik-cantik dan melayan dirinya dengan penuh kegembiraan. Agak jarang dibuatnya sejak dia mengandung. Apakah yang dirancang oleh kekasihnya itu selama ini?

“Bagaimana Amri, awak sudah ada di situ?” soalnya menghubungi Amri yang akan menjadi pemudah caranya mengenakan lelaki yang sudah semakin melupakan dirinya ini.

“Baik. Awak kena hantarkan gambar awak dengan dia. Saya takkan puas hati jika saya tak nampak gambar awak dengan kekasih awak tu!” pintanya. Dia mahu memuaskan hatinya. Dia mahu gambar itu akan diedarkan kepada suami Natasya Umaira. Baru bertambah puas hatinya.

Selepas itu dia pula akan menjalankan tugasnya. Dia telah merancang hal ini sekian lama. Dia harus mempercepatkan projeknya ini apabila perutnya semakin membuncit. Dia tidak mahu anaknya ini akan berayahkan Ricky Ridzuan yang begitu playboy di matanya. Sekalipun lelaki itu sudah mengakui sudah insaf dan mahu memberi komitmen kepada hubungan mereka yang sudah terlanjur itu namun dia tidak percaya. Dia tidak percaya lelaki itu akan memberikan komitmen kepada hubungan rumah tangga mereka. Ricky Ridzuan seorang yang sosial selama ini. Jadi dia tidak menaruh kepercayaan kepada lelaki itu.

Oleh itu dia menaruh harapan kepada kekasihnya selama ini, Nukman Faris untuk menjadi ayah kepada anak yang dikandungnya. Lelaki lain yang dikenalinya tidak dipercayainya. Hanya Nukman Faris!

“Baik.” Balas Amri. Dia ketawa dan bersiul-siul riang sekali. Dia tahu Amri juga boleh dipercayai untuk menjalankan rancangan yang telah dirancangnya selama ini. Dia percaya akan hal ini. Dia sangat percaya akan kesungguhan Amri dalam hal ini.

“Apa yang awak buat ni Rozy?” Ricky Ridzuan memegang bahu kekasihnya itu. dia pandang wajah kacak Ricky Ridzuan itu.

Dia tahu lelaki kacukan German dan Melayu itu hairan dengan apa yang dibuatnya. Bercakap secara rahsia dengan lelaki lain dan sering keluar menguruskan orang suruhannya mungkin menyebabkan kekasih gelapnya ini hairan dan tertanyatanya. Namun dia tidak sesekali akan memberitahu lelaki ini akan rencana rahsianya kecuali orang suruhannya dan Amri. Ya hanya mereka yang tahu.

“Boleh tak kalau awak tak ganggu saya?” soalnya menepis tangan Ricky Ridzuan yang sudah memegang lengannya. Sejak akhir-akhir ini Ricky Ridzuan selalu di sisinya dan memberikan perhatian kepadanya. Mungkin kah lelaki dapat mengesan akan kandungannya? Ah, dia tetap tidak mahu bercerita kepada lelaki ini akan apa yang terjadi kepadanya. Itulah sebabnya dia mahu rencananya ini berlaku dengan cepat.

“Boleh, tapi apa yang sayang nak buat ni? Siap nak gambar segala!” kata lelaki itu. Rozaila meluat dengan kata-kata kekasih gelapnya itu.

“Boleh tak kalau awak tak sibuk? Ini bukan urusan awak!” hampir sahaja dia menjerit.

“Jadi? Urusan siapa?” soal lelaki itu hairan.

“Urusan saya! Awak jangan masuk campur!” katanya lagi. Ricky Ridzuan bukan lelaki yang terlalu mengikut telunjuknya. Dia tahu lelaki ini tidak cukup setia tetapi dia mahu memberikan komitmen kepada hubungan mereka. Namun dia menolaknya dengan pelbagai alasan. Siapa mahu kepada Ricky Ridzuan yang playboy dan kelak menyakiti hatinya? Dia hanya mahukan kekasihnya Nukman Faris kembali dalam hidupnya. Hanya lelaki itu sahaja. Itulah denyut harapnya.

“Kenapa pula? Apa yang berlaku?” soal lelaki itu lagi. Tangannya masih memegang tangannya. Dia pula menjadi tidak selesa. Urusannya pula masih belum selesai. Dia tidak mahu melayan lelaki ini.

“Jangan sibuk...” lelaki ini sudah mengganggunya. Dia benci. Jika lama-lama dengan lelaki ini satu rancangannya pun tidak akan menjadi. Itulah yang membuatnya bertambah marah.

“Kenapa sayang semakin jual mahal?” bisik lelaki itu lagi. Meremang bulunya. Namun sekuat mana pun penolakannya, ia terlalu sukar. Lelaki ini terlalu utuh tenaganya. Mahu atau tidak dia terpaksa menyerah sekali lagi.

“Saya benci awak!” jawabnya.

“Saya cintakan awak. Pastikan kita menikah tak lama lagi! Takkan sayang nak bawa anak tanpa papa dia!” bisik Ricky Ridzuan yang sudah memeluk Rozaila. Rozaila pula berkeras menolak pelukan itu.

“Sampai mati saya bencikan awak!” katanya keras. Sejak akhir-akhir ini dia memang agak kasar melayan Ricky Ridzuan. Hari itu dia sudah membatalkan pertunjukannya di Bandung Indonesia, lelaki ini turut membatalkan pertunjukan fesyennya di sana. Itu yang menyakitkan hati Rozaila kepada lelaki ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience