Chapter 79

Romance Completed 46068

Bab 79

Siapa yang tidak rindu jika tiga minggu tidak bertemu dengan suami sendiri? Pembaca semua, apakah anda tidak akan pernah merindui orang yang anda sayangi seperti aku ini? Saya menanggung kerinduan ini sendirian. Aku memujuk hati aku sendirian. Saya menderita seperti orang kehilangan sendirian. Aku segan hendak mengakui kepada suamiku sendiri betapa aku merindui dia. Di dalam hatiku cukup membuak-buak rinduku kepadanya, tetapi aku takut, aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Tetapi siapa tahu akan rahsiaku? Shamira pun tidak tahu. Kalau Shamira tahu, ia bukan rahsiaku lagi. Emak pun tidak tahu. Sejak aku menikah dengan Nukman Faris, hidupku penuh dengan rahsia. Cukuplah aku sendiri yang mengetahui rahsia yang kutanggung sendirian.

Jadi, apa yang aku buat untuk mengurangkan rinduku kepada suamiku sendiri? Apa yang sepatutnya buat agar runtuh rinduku kepadanya buat sementara waktu ini? Ah, aku melakukan sesuatu dengan caraku sendiri. Entah lah, ada atau tidak orang lain yang melakukan cara yang sama denganku ini. Aku tidak tahu. Apa yang aku tahu aku dengan caraku sendiri. Aku tidak tahu sama atau tidak dengan orang lain, apa yang aku tahu aku tahu bagaimana mengubati rinduku yang menggebu di hatiku ini. Kalau Nukman Faris tahu, aku tidak tahulah di mana aku hendak letak mukaku ini!

Hanya aku sendiri mencari-cari menggambarkan wajah-wajah atau aksi-aksi menarik Nukman Faris ketika dia tidur, bersenam, tersenyum dan gambar-gambar kami berselfie berdua bersama.

Semuanya kuhantar semula ke tablet aku melalai whatsapps. Ya Allah, aku tidak mampu menahan getar rindu yang menggila dengan menatap wajah-wajahnya yang pelbagai aksi. Dalam sendiriannya aku, aku membayangkan yang aku sedang bersama dengannya. Duduk dan berbual seperti beberapa minggu yang lalu. Jangan sahaja Tablet Samsung S3 ini hilang atau rosak, maka gelaplah rinduku!

Bagaimana pula Nukman Faris mengubat rindunya kepadaku? Adakah rindunya untukku? Ah, malunya kalau rindunya tidak ada untukku. Ah, jangan-jangan siang malam dia berkepit dengan kekasihnya. Siapa tahu. Ah, sedihnya aku apabila mengingati suami yang aku kasihi dalam diam ini rupanya ada kekasih dan berniat pula hendak menikahi kekasihnya itu.

Siapa yang tidak cemburu? Namun aku padam semua cemburu itu. Aku membayangkan hanya aku kekasih Nukman Faris. Aku membayangkan hanya aku isteri Nukman Faris. Aku membayangkan hanya aku yang sedang dirindui dan diintai oleh Nukman Faris. Jika aku tidak tahan, aku akan berasa cemburu dan ingin membunuh sesiapa sahaja yang lalu di depanku. Haha!

Aku sedih tiba-tiba apabila terkenangkan suamiku itu. aku tidak mahu membayangkan dia dengan kekasihnya sedang bercengkarama di danaunya yang tersendiri. Tetapi aku tetap dapat membayangkannya. Ah, bagaimana rasa rendahnya diriku berbanding dengan kekasihnya itu. Mungkin jauh panggang dari api perbezaan kami.

Pendirian aku bagaimana pula? Aku? Ya, aku sendiri. Mesti aku berpijak di atas landasan yang satu dan tidak membelok ke mana-mana lagi. Ya, aku mempunyai landasan sendiri. Ya aku mempunyai akar keyakinan yang kubaja sendirian. Apa dia?

Selagi aku masih menjadi isterinya dan dia belum melafazkan cerainya kepadaku maka pada masa itu cintaku masih ada untuknya. Selama itulah aku masih ada ruang menatap mata kuyunya, senyum manisnya, tenang tidurnya malah rambutnya ala-ala Lee Min Ho menyebabkan dia semakin membuak rindunya kepada suaminya itu.

Ah, betapa aku rindu hendak mengucup tangannya dan dia akan mengucup dahiku. Dia akan memeluk tubuhku erat sambil membisik yang dia merindui aku. Aku? Aku mahu melompat setinggi langit. Rupanya dalam diam, rupanya dalam jelinganjelingan itu, mekar kasih dan rindu suamiku untukku. Ah, siapa yang tidak bahagia!

Biarpun aku tidak tahu untuk siapa rindunya, untuk siapa setianya namun aku tetap mencintainya dalam diam. Aku tetap akan merinduinya sepanjang nafasku masih hadir dan selagi nafasku masih menderukan dia suamiku.

Telefonnya berbunyi. Dia ternampak nombor telefon suaminya. Sejak beberapa hari ini memang dia ada menelefon aku. Beberapa kali aku tidak melayani panggilannya. Bukan aku tidak rindu akan suaranya, aku rindu, sangat rindu kepadanya. Kenapa aku begitu? Ah, aku tidak tahu apa yang akan aku katakan kepadanya. Paling-paling aku menjawab soalannya sahaja dan aku akan malu-malu. Eh, segan pula aku kepadanya. Beberapa kali dia menelefon aku. Akhirnya aku mengangkat telefon.

“Assalamualaikum,” kataku perlahan. Aku terkejut amat sebenarnya. baru sahaja aku bersendirian di dunia rinduku sendiri. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh suamiku sendiri di hujung talian. Siapa yang tidak terkejut. Apa mimpinya menghubungi aku pada saat aku sedang loya dan pening-pening begini?

“Walaikumsalam sayang... sayang... sayang, abang ni,” katanya membisik di telingaku. Aku berasa mahu menangis. Terasa betapa rinduku menggebu untuknya. Namun aku tidak mungkin memberitahu mengenai semua perasaanku yang kuperuntukkan untuk suamiku yang tercinta di hujung talian sana. Mungkin dia baru sahaja menghabiskan tugasnya dan mahu bertemu dengan aku. Mungkin dia mahu melafazkan cerainya kepadaku, siapa tahu? Tetapi kenapa kini dia baru mahu bertemu denganku? Mungkin baru kini dia mengambil keputusannya untuk menceraikan aku setelah dia memikirkan sedalam-dalamnya? Dulu dia bercakap dia masih hormat dan sayangkan ibu bapanya dan dia tidak mahu menceraikan aku secara tergesa-gesa. Uh, mungkin sekarang keputusan sudah dibulatkannya dan dia mahu menikah dengan kekasihnya.

Kenapa hatiku tiba-tiba terasa perit jika benar suaminya datang hendak menceraikan aku? Kenapa aku tidak gembira seperti mana permintaanku agar suamiku itu menceraikanku? Sejak dulu lagi, setiap kali aku minta suamiku menceraikanku, hatiku yang paling tulus dan jujur ini sangat sakit sekali. Kenapa aku tidak berterusterang sahaja yang aku cintakan suaminya supaya hatiku tenang dan gembira. Sekalipun dia tidak menerima penyataanku, sekurang-kurangnya aku sudah berlaku jujur kepada diriku dan dia. Aku sudah berlaku adil kepada diriku dan dia suamiku.

Kalau dia menceraikan aku pun, aku puas hati dia sudah mendengar pengakuanku.

“Sayang, sayang di mana ni?” soalnya. Aku diam. Habis terbang semua persangkaanku kepadanya. Aku terkebil-kebil memandang dinding putih di depanku ini.

Aku berasa sebak. Aku pandang jam di tanganku. Sudah pukul 8.00 malam. Hendak ke mana aku pada malam-malam begini. Tambahan pula rasa loyaku semakin menyakitkan aku. Pening kepalaku usah diceritakan. Aku tidak tahan hendak ke manamana dengan perasaanku yang tidak menentu sekarang ini. Lebih baik aku duduk sahaja di rumah sewaku ini sementara menunggu esok yang penuh cabaran.

“Kat rumahlah, kat mana lagi,” jawabku. Aku tidak mahu memanjangkan katakataku. Cukuplah aku bercakap seringkas itu. Kudengar dia ketawa kecil. Terasa sayu suaranya. Mungkinkah dia kecil hati dengan sikapku yang acuh tidak acuh ini? Ah, menyakitkan hati suamiku sama dengan menyakitkan hatiku sendiri. Tetapi aku lebih sakit hati lagi dengan tingkahnya yang tidak mempedulikan aku sejak akhir-akhir ini. Sekalipun aku faham dia sibuk dengan tugasnya tetapi takkan menghubungi aku seminitpun susah? Suami apa dia ni?

“Sayang, abang rindu...” katanya membisik di telingaku. Air mata yang bertakung di kolam mataku sudah pecah dan turun ke pipiku. Aku tidak menyangka sama sekali. Tidak menyangka dia akan berkata demikian kepadaku. Dia memberitahu mengenai kerinduannya kepadaku. Ini bermakna ada rindu yang bermakna buat diriku ini. Alhamdulillah.

Aku selalu membayangkan dia begitu mesra dengan kekasihnya. Mengucup dahinya, mengucup tangannya dan membeli belah di tempat-tempat yang menarik di negeri kami ini. Aku semakin sebak. Apa yang perlu aku jawab? Takkan aku jawab, aku pun rindu. Ah, segannya aku hendak memberitahu rinduku kepadanya.

“Sayang, boleh tak abang jumpa sayang malam ni? Sayang sendirian di rumah sewa sayang tu?” Soalnya. Apa yang harus aku jawab? Takkan aku hendak bertemu dengannya pada malam ini? Aku tidak mahu bertemu dengannya. Tambahan pada masa aku tidak sihat begini. Takkan aku hendak tunjukkan dia yang aku hendak muntah di depannya?

“Ya dengan Shamira.” Jawabku. Aku tidak mahu dia datang ke rumah sewaku ini. Hanya dua kali dia pernah ke rumah sewa kami ini. Itupun kerana menghantar dan menjemput aku. Dia belum pernah menjejakkan kakinya ke rumah jenis sederhana ini. Aku tahu dia takkan sudi menjejakkan kakinya ke sini. Dia biasa dengan rumah mewah, kenapa dia mahu pandang rumah sewa kami ini. Itu sangkaanku.

“Abang nak ke sana sayang, abang tak tahan abang rindu... kat sayang,” tambahnya. Aku terlongo. Jantungku mula tidak tentu iramanya. Aku sepatutnya menahan dia jangan sampai dia datang ke rumahku ini.

Apa pula puncanya dia mahu datang ke sini? Apa yang menjadikan dia datang ke sini? Apa mimpinya? Kenapa pula dia hendak bertemu denganku? Selama ini dia tidak pun mempedulikan aku. Sedihnya.

“Jangan, err... saya...” kataku cuba menahan agar dia tidak datang ke rumah sewaku ini. Rumahku ini berhamburan kerana aku tidak sihat sejak akhir-akhir ini. Setiap hari selepas balik dari bekerja, aku bukan lagi berbuat apa-apa. Aku hanya sibuk menguruskan kesihatanku yang tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini.

‘Sayang anak mama, jangan buat hal dengan mama, papa tak de dengan kita sayang.’ Bisikku kepada anak di dalam kandunganku. Sebak merobek hatiku. Namun, mungkin inilah takdir kami. Aku tidak harus mengeluh.

“Kenapa sayang? Sayang tak sihat?” soalnya pula. Macam tahu-tahu pula suamiku ini yang aku tidak begitu sihat. Memang aku tidak sihat. Malah aku tidak suka dengan rasa loya-loya yang memeningkan aku ini. Aku tidak tahan. Tetapi mengenangkan aku akan menjadi ibu beberapa bulan lagi, aku terpaksa menahan apapun kesakitan yang aku hadapi sekarang ini.

“Sihat tapi tak eloklah abang datang malam-malam macam ni. Nantilah bang, nantilah abang datang, malam ini belum kiamat lagi,” kataku. Aku mahu memujuknya agar dia tidak datang ke rumah sewa kami.

“Kita kan suami isteri, tak salahkan datang melawat isteri? Dah lama sangat abang tak jumpa sayang, boleh kan sayang?” soalnya. Sudah hampir sebulan, baru dia ingat isteri? Suami apa macam begini? Suami ke ni? Sepatutnya dua tiga hari tidak berjumpa dia sudah datang cari aku. Ini tidak, hampir berbulan baru dia nak datang rumah sewa aku. Tengah malam pula tu!

Apa kata Shamira dan jiran-jiran nanti kalau dia datang masa-masa macam ni! Ah, dia tidak harus diberikan peluang memperbaiki keadaan yang sedia tenat ini. Ia bagaikan talian internet yang agak tidak laju. Jadi, kalau tidak laju, nak buat apa?

Terminatelah kan! Sanggupkah aku?

Aku terdiam mencari alasan apa yang patut aku buat. Agak lama juga aku memikir apa yang harus aku katakan.

“Bukan macam tu bang. Saya ni malas nak keluar malam-malam macam, tak elok bagi orang perempuan” kataku memberi alasan. Aku takut aku akan termuntah pula di depannya nanti. Aduhai, kantoi, kantoi! Janganlah dia datang! Nanti kantoi aku juga yang susah! Itulah doaku dalam hati. Senak dadaku memikirkan dia lagi.

“Abang nak masuk ke dalam bilik sayang, ada sesuatu yang abang nak berikan kepada sayang. Dah lama abang simpan benda ni,” katanya. Apa lagi yang harus aku jawab? Kenapa pula malam ini bercakap tentang barang pemberian untukku? Sengajakah dia untuk memancing perhatianku? Ah, aku tidak mahu dipujuk seperti budak kecil. Takkan diberi gula-gula sebiji aku terus terpujuk dengan cakapnya? Ah, tidak!

“Nak masuk bilik saya pula? Nak buat apa? Mana elok kalau dilihat Shamira nanti,” kataku kuat menolak cadangannya. Aku tahulah antara kami suami isteri, tetapi rumah kami ini bukan rumah kelamin. Ia rumah bujang. Sasau ke suami aku ni?

“Elok tak elok, kita kan suami isteri! Kiamat tak kiamat, abang mesti jumpa sayang malam ni. Bukannya salah pun! Lagipun abang tak tahan dengan omelan mama tentang sayang,” katanya masih berdegil dengan penolakanku. Besar sangat pula semangatnya hendak bertemu denganku. Apa sebabnya ya? Selama ini berbulan pun dia tidak pedulikan aku. Hendak mesej aku pun tidak pernah. Apatah lagi hendak menjenguk aku. Hairan bin ajaib!

“Jangan bang! Jangan sebab mama abang ke sini,” kataku lagi. Aku tidak mahu sebab desakan mamanya dia mencari aku. Aku tidak mahu dia tidak ikhlas hendak bertemu aku. Aku tidak mahu sebab nak beri barang dia datang ke rumah sewaku ini.

Aku tidak mahu sebab desakan ibu bapanya dia menghubungi aku. Aku tidak mahu!

“Sayang, ada benda abang nak berikan pada sayang ni. Dah lama abang beli. Tak tahu kenapa malam ini perasaan abang syahdu sekali! Bukan sebab mama tetapi sebab perasaan abang ni. Padahal abang tak suka jiwang-jiwang ni! Tolonglah sayang,” rayunya. Aku pula terdiam. Air mataku usah diceritakan, sudah membuak-buak bagaikan rinduku yang menggila untuknya.

Eh, nak tanya. Apa yang dia hendak berikan kepada aku? Cincin? Duit? Hadiah? Eh, cukup-cukuplah dia berikan aku hadiah. Barang-barang yang dia belikan di luar negara hari itu pun aku belum sempat keluarkan dari beg. Aku hanya sempat berikan hadiah untuk emak, ayah, adik-adik dan sahabat aku Shamira. Barang untuk aku sendiri aku masih longgokkan dalam stor. Sekarang dia nak beri aku barang lagi? Oh, tolonglah! Aku minta tolong!

“Tak perlu lah susah-susah bang, saya tak perlukan benda-benda lain. Cukuplah apa yang ada,” jawabku untuk menolak apa yang aku rasa tidak selesa. Aku tidak mahu pun menerima pemberiannya pada masa ini. Aku terasa loya. Betapa loyanya aku sekarang. Aku hendak berlari ke bilik air. Melepaskan telefonku dan meletakkan di atas katil. Aku terus menutup mulutku. Takut muntahku terkena di atas lantai pula!

“Sayang... sayang....” Natasya Umaira terus memuntahkan semua makanan yang masih tersisa di perutku. Betapa loyanya aku saat ini. Kalau lah aku boleh pindahkan rasa loya ini kepada orang lain, alangkah baiknya!

***

Nukman Faris berasa cemas. Secara tiba-tiba sahaja hubungan mereka terputus. Tidak kedengaran lagi suara isterinya yang dirinduinya itu. dia teringin sangat bertemu isterinya. Selain rasa rindu yang menggebu dia mahu memeriksa sama ada isterinya mengandung. Entahlah, dia seperti ingin tahu akan hal itu. Malah, dia terasa terpanggil untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami!

Dia terus berlari menuju ke tingkat bawah dan ingin menemui isterinya. Baru kini dia berasa bersalah betapa beberapa minggu dia membiarkan gadis itu tanpa tanggungjawabnya. Dia mengambil kunci kereta dan terus memecutkan keretanya walaupun dia hanya memakai sehelai baju T nipis dan seluar pendek paras lutut!

Aduhai, bergayanya dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience