Chapter 90

Romance Completed 46068

Bab 90

“Saya takkan nikah dengan budak lelaki tu mama!” kata Rozaila berterus-terang dengan ibu bapanya. Dia meluat melihat Ricky Ridzuan. Lelaki itu sering dibencinya. Entah kenapa mereka berdua tiba-tiba jadi rapat apabila mereka saling bertukar-tukar cerita. Dan, kekasihnya pula sudah menikah! Siapa yang tidak kecewa!

“Anak mama dah mengandung, betul?” soal Datin Rosemarry. Dia angguk perlahan-lahan. Memang silapnya terlalu melayan Ricky Ridzuan tetapi bukan lelaki itu yang dikejar-kejarnya hendak menikah. Dia mengejar Nukman Faris untuk bertanggungjawab ke atas dirinya! Namun, entah mengapa lelaki itu liat untuk menunaikan janjinya! Akhirnya dia mengatur rancangan untuk mengenakan lelaki itu!

“Saya nak gugurkan kandungan ini mama! Tak guna betul Ricky tu!” katanya nekad. Bulat mata mamanya. Pasti wanita separuh umur itu tidak akan membenarkan dia berbuat sesuatu yang di luar tabii.

“Anak mama dah gila? Anak siapa dalam perut awak tu awak tergamak nak gugurkan sayang?” soal Datin Rosemarry.

“Saya tak tahu!” dia tidak mahu mengaku yang anak itu adalah anak Ricky Ridzuan. Dia tidak mahu bersuamikan dengan lelaki itu. Dia tidak akan mengakui hal itu.

“Anak Ricky kan?” soal mamanya. Dia geleng.

“Jangan percayakan dia mama!” katanya menghasut mamanya agar dia tidak dinikahkan dengan lelaki model itu. Biar bagaimana baik pun lelaki itu di matanya, dia masih tidak dapat dapat melupakan `lelaki itu. Selama ini dia hanya menganggap lelaki itu teman sepermainannya.

“Dia dah mengaku yang anak yang anak mama kandung tu anak dia. Takkan anak Nukman pula!” Rozaila ketawa. Dia memang masih mengharapkan Nukman Faris menikahinya. Dia tidak kdapat menerima hakikat jika dia bernikah dengan lelaki lain yang tidak dicintainya.

“Saya tak cintakan Ricky mama,” katanya mengakui kenyataan itu.

“Walaupun anak mama mengandungkan anak dia?” soal Datin Rosemarry. Dia mengangguk. Dia tidak mahu menikah dengan Ricky Rozaila.

“Anak mama kena terima hakikat. Nukman dah nikah dengan orang lain. Rozy kena cari orang lain yang mencintai Rozy, bukan Nukman!” kata Datin Rosemarry. Dia geleng. Dia masih tidak dapat menerima hakikat itu.

“Jangan mama! Saya tak nak kahwin dengan Ricky! Saya nak Nukman! Nukman kekasih saya mama!” katanya merayu mamanya.

“Rozy, awak kena nikah dengan Ricky. Dia memang dah buat pengakuan yang anak dalam kandungan awak tu anak dia! Bukan anak Nukman! Kenapa nak cari

Nukman kalau yang membuatnya sudah berjanji akan bertanggungjawab?” soal papanya Datuk Ismail yang tiba-tiba menyertai perbicaraan mereka. Menggigil tubuhnya mendengar hukuman itu. Merintih dia.

“Papa dah runding dengan kadi, awak nikah hari Jumaat ni!” kata Datuk Ismail penuh dengan ketegasan. Mamanya pun tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

“Papa! Saya tak nak!” jeritnya.

“Awak jangan nak malukan papa dengan bawa anak dalam kandungan awak ke hulu ke hilir, papa dan mama ni malu awak tahu tak?” soal papanya dengan tegang. Sakit hatinya.

“Saya tak nak papa!” katanya merayu.

“Bawa Ricky datang jumpa papa hari ni! Masalah kamu yang memalukan ini mesti diselesaikan dalam minggu ini juga! Telefon Ricky agar dia bawa ibu bapanya berbincang dengan papa sekarang!” arah papanya. Dia terpaksa akur.

“Dan lagi, awak jangan keluar-keluar dari rumah ini selagi masalah awak tak selesai!” kata papa lagi. Dia meraung lagi.

***

“Mak cik, mak cik kat mana sekarang ni?” soalnya kepada mak cik Rose Harlina. Mak ciknya yang agak rapat dengannya. Mungkin mak ciknya ini akan dapat membantu dia dalam hal kahwin paksa ini. Kalau dia sudah dipaksa kahwin memang ada yang tidak kena dengan dirinya.

“Kenapa? Rancangan tak jalan? Sejak tadi mak cik tunggu, kenapa tak datangdatang?” soal mak ciknya Rose Harlina itu. dia memang tidak ada daya hendak melakukan tindakannya. Dia sudah menyuruh anak-anak buah yang digajikannya ini. Doanya agar semua mereka selamat. Dia tidak tahu nasib Amri. Apa yang dia tahu dirinya dan ahli keluarganya sudah selamat di sini.

“Papa, mak cik papa!” jawabnya dengan sayu sekali. Wanita yang sering membantunya ini sudah mati kutu jika papanya masuk campur urusannya.

“Kenapa dengan papa?” soalnya kehairanan.

“Papa mahu saya nikah dengan Ricky Ridzuan.” Katanya memberitahu mak ciknya.

“Baguslah tu! Mak cik lihat kamu berdua memang rapat. Dia memang layak dengan Rozaila. Mak cik pun setuju! Kalau mak cik pun memang nak kahwinkan anak saudara mara dengan Rozy!” kata mak cik Rose Harlina dengan penuh bangga memuji bekas kekasihnya itu. Dia memang tidak suka dengan nrancangan papanya itu. Mahu sahaja berteriak dengan kuat!

“Maafkan mak cik sayang. Mak cik tak dapat nak bantu sayang buat masa ini! Lagipun Nukman dah ada cerita sendiri! Kita tak perlu nak ganggu dia! Dengardengarnya mereka akan pindah rumah selepas ini.

“Pindah ke mana mak ciknya.” Kata emaknya.

“Rumah baru hadiah papanya!” berdetak jantung Rozaila. Kalau dia yang dapat benda itu. itu yang dia kesal. Nukman Faris seperti sengaja jatuh ke tangan sepupunya sendiri! Itu yang dia tidak suka hendak dengar!

“Sampai macam tu sayang mereka?” soalnya. Mak ciknya ketawa kecil. Siapa yang tidak sayangkan anaknya sendiri?

“Memang, Datuk Norman tu sayangkan anaknya.” Kata mak ciknya Rose Harlina. Susah sangat dia hendak mencari lelaki itu kini. Dia sangat sibuk dengan urusan isterinya sahaja.

“Sayang konon!” perlinya lagi.

“Macam papa Rozy sayangkan anaknya sendiri, kan Rozy?” soal mak ciknya.

Dia mahu sahaja meraung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience