Chapter 85

Romance Completed 46068

Bab 85

“Tasya, tahniah. Mama bersyukur kalau menantu mama dah mengandung. Selama ni mama dan emak memang tak sabar nak timang cucu! Syukurlah kalau menantu mama dah mengandung! Sayang Tasya!” ucap mama ketika aku baru sahaja masuk ke dalam rumahnya. Aku menyalami tangannya kemudiannya kami berpelukan. Air mataku bergenangan di pipi. Aku tidak tahu kenapa aku agak sensitif sekarang. Sikit-sikit aku menangis. Ini pembawaan budak ke?

“Terima kasih mama,” kataku. Aku mengelap air mataku. Papa dan Nukman Faris hanya menjadi pemerhati kepada pertemuan kami pada tengah hari itu.

“Marilah kita terus makan sayang, Nukman mari makan,” ajak mama kepada kami berdua. Tanganku masih dipegangnya.

“Macam Tasya pula anak mama! Nukman ni dah macam orang lain dah!” kata Nukman Faris seperti merajuk. Datin Zahara memandang anak lelakinya itu.

“His mengadalah pula anak papa ni!” kata Datuk Norman. Datin Zahara tidak mempedulikan rungutan anak lelakinya. Dia asyik sibuk melayani menantunya. Natasya Umaira pula seperti tidak selesa dilayan seperti puteri raja.

“Jadi, bila due nya Tasya?” soal mama apabila kami sudah duduk di kerusi makan itu. aku pandang Nukman Faris. Nukman Faris pandang aku. Kenapa pula ni? Sama-sama masih tak tahu bilakah tarikh sebenarnya aku bersalin. Silap juga aku hari itu. tidak bertanya dengan Doktor Maimunah mengenai tarikh aku bersalin.

“Dijangka lapan bulan lagi mama,” aku senyum. Mama dan papa pun geleng kepala.

“Inilah kalau baru-baru nak ada anak. Tak de pengalaman. Nanti kalau ada jumpa doktor untuk review lagi, tanya dia bila Tasya bersalin. Jangan asyik nak okayokay aje!” kata Datin Zahara memberi pesanan. Aku angguk. Terasa betapa gementarnya aku kalau membayangkan waktu bersalin nanti. Tahukah suamiku ini betapa takutnya aku? Ah, kalau bersalin kan dapat pahala. Kena sabar ajelah! Bisikku memujuk diri sendiri.

“Jadi, masih muntah-muntah lagi Tasya?” soal papa. Aku geleng. Beginilah waktu muntahku ini. Kalau waktu pagi aku tidak mengalami alahan muntah-muntah dan pening kepala. Aku hanya akan muntah pada waktu petang. Aku lihat jam tanganku sendiri. Baru pukul 1.00 petang. Sekarang belum waktunya. Bisikku.

“Tasya muntah-muntah pada waktu petang je papa,” kata Nukman Faris menjelaskan mengenai alahan yang aku alami. Aku angguk lagi. Di depan mertuaku ini banyak pula aku angguk dan geleng. Rasa macam tidak tertelan nasi yang kukunyah ini. Ada-ada sahaja soalan cepu emas.

“Oh begitu. Lain benar pula alahan Tasya ya mama. Kasihan pula menantu kita.

Apahal pula cucu kita di dalam tu? Waktu petang pula dia buat ragam!” kata Datuk Norman seperti mengusik aku. Nukman Faris sibuk memasukkan nasi ke mulutnya.

“Entahlah papa,” kataku. Mama dan Nukman Faris sudah tersenyum. Aku benci dengan senyuman gatal milik suamiku itu.

“Memang begitu kalau mengandung Tasya. Tasya kena sabar. Alahan tu dalam dua tiga bulan pertama aje. Lepas tu tak de dah.” Kata mama mertuaku. Aku angguk. Memang agak seksa juga jika mengandung. Selama ini aku tidak kesusahan emak mengandungkan aku dan adik-adikku. Sekarang baru aku tahu.

“Ayah dan emak di kampung dah beritahu Tasya?” soal papa lagi. Aku tergambar wajah emak. Aku geleng. Aku berhasrat balik ke kampung tetapi waktuku amat sibuk dalam hujung minggu ini. Jadi aku berjanji akan balik ke kampung pada minggu hadapan. Itupun jika tidak ada aral melintang.

“Belum lagi papa. Mungkin Tasya balik kampung minggu depan,” kataku perlahan.

“Eloklah tu sayang. Minggu depan abang akan kosongkan waktu abang untuk kita balik ke kampung.” Kata Nukman Faris. Aku jeling dia tetapi aku pura-pura tersenyum di depan papa.

“Minggu ini kita akan adakan makan-makan bagi mendoakan keselamatan orang baru dalam keluarga kita,” kata papa pula. Mama sudah tersenyum.

“Ya Tasya, eloklah tu. Tak payah nak balik kampung. Mama minta keluarga Tasya datang sini. Orang baru disahkan mengandung tidak boleh banyak bergerak. Kita utamakan kesihatan menantu kita, ingat tu Nukman. Jaga menantu mama elok-elok, jangan sampai berlaku sesuatu yang tak elok.” Pesan mama lagi. Nukman Faris mengangguk. Aku tersenyum.

“Saya ada kelas mama hujung minggu ni,” kataku memberikan alasan. Tetapi jika emak dan ayah dijemput ke sini aku memang setuju amat.

“Malam Tasya, malam kita adakan. Takkan kelas Tasya sampai malam?” kata mama. Aku angguk. Tidak ada alasan untuk menolak.

“Kita panggil orang surau kawasan rumah kita ni papa,” kata mama sudah memulakan perancangan.

“Ya nanti papa akan jemput orang masjid datang ke rumah kita selepas Maghrib, Tasya dan Nukman jangan lupa pula. Nanti makanan akan mama tempah aje.”kata papa. Aku hanya mendengar. Mama dan papa memang prihatin orangnya. Aku bersyukur mendapat mertua yang baik dan prihatin begini.

“Kalau makan tengah hari tak de masalah?” soal mama pula. Aku geleng. Hanya pada waktu petang sahaja baby aku tidak benarkan aku menjamah makanan. Asal aku makan sahaja aku muntah. Itulah yang menyulitkan aku.

“Tak de mama. Kalau nak masak pada waktu tengah hari pun boleh aje. Jangan masak dan makan pada waktu petang dan malam lah!” kataku menerangkan kedudukan yang sebenarnya.

“Oh macam tu! Memang bezalah ragam cucu kita ni papa. Kasihan mama dia.” Kata mama separuh mengusik aku pula. Kami ketawa serentak.

“Mungkin baby boy mama, cucu kita lasak macam papa dia!” kata papa mertuaku pula. Aku diam. Aku tidak tahu sama ada anak kami lelaki atau perempuan jantinanya.

Masih terlalu awal untuk aku tahu.

“Mungkinlah papa,” kata Nukman Faris pula.

“Tasya tak de benda lain nak makan sejak mengandung ni?” soal mama mertuaku. Aku geleng. Aku belum terasa hendak makan sesuatu buat masa ini.

“Belum lagi mama,” kataku perlahan. Nukman Faris mengenyitkan matanya kepadaku. Aku lihat kiri dan kanan. Aku takut mama dan papa mertuaku perasan akan tingkahnya. Mahu marah pun ada. Ternyata mama dan papa mertuaku pura-pura sibuk mengunyah makanan tetapi wajah mereka penuh seri senyuman. Aku marakkan mataku kepada Nukman Faris.

“Nukman, kalau ada apa-apa yang nak Tasya nak makan, kena cari makanan tu sampai dapat, kalau tak cucu mama nanti lahir berliur.” Kata mama mertuaku. Aku diam. Nukman Faris pula buntangkan matanya.

“Boleh aje mama. Don’t worry sayang, demi cucu mama dan papa, semuanya Nukman akan kotakan.” Kata Nukman Faris perlahan. Aku angguk sahaja.

“Tasya, sampai bila cuti?” soal mama. Aku pandang wajah Nukman Faris yang berseri-seri sejak kami bertemu kali ketiga ini.

“Dua hari aje mama. Hari Khamis saya dah mula kerja semula.” Kataku.

“Saya pun cuti dua hari papa,” kata Nukman Faris. Aku diam.

“Ha pandailah awak tu Nukman! Banyak kerja terbengkalai terpaksa papa tangani demi cucu papa yang hendak lahir nanti!” kata Datuk Norman. Aku kelu. Aku baru tahu kalau suamiku ini sudah bekerja dengan papanya di Wisma NFN.

“Terima kasih papa. Nanti lepas cuti saya akan siapkan semua yang terbengkalai papa!” kata Nukman Faris berjanji dengan papanya. Aku hanya diam. Terung goreng pedas masakan mama ini memang menyelerakan aku. Aku makan lagi. Jangan sampai aku muntah pula nanti.

“Makan Tasya. Mama gembira kalau Tasya berselera makan masakan terung mama tu!” kata mama mertuaku. Aku angguk. Memang aku sudah terlebih makan hari ini. Semalam aku timbang, berat aku baru mencecah 46 kilogram. Ha, hari ini tak tahu lah pula!

“Ya mama, banyak betul saya makan ni mama!” kataku mengakui kata-kata mama mertuaku.

“Tak pe bukan selalu dapat jumpa mama. Nanti ada perselisihan lagi, lama lagi nak jumpa!” sindir mama. Mukaku sudah merah padam. Nukman Faris pula bulatkan matanya.

“His mama ni macam sindir kita orang pula. Selepas ni saya takkan biarkan isteri saya mama,kasihan dia.” Kata Nukman Faris pula. Pengakuan berani mati ke itu?

“Tak tahulah mama, kadang-kadang abang ni sibuk. Itu yang saya duduk di rumah kawan saya tu!” kataku menutup kekurangan suamiku.

“Ya mama betul tu!” kata Nukman Faris.

“Sampai berbulan tak jumpa? Tak rindu? Kalau papa dan mama, kalau sehari tak jumpa pun dah rindu,” kata mama. Datuk Norman sudah mengangguk dan tersenyum-senyum. Eh malunya aku apabila mereka bercakap soal rindu.

“Ya kan mama. Saya pun memang rindu mama. Seminit tak nampak muka isteri pun dah rindu tapi macam mana mama kalau orang tu tak sudi!” kata Nukman Faris seolah-olah hendak mengenakan aku. Aku sudah jegilkan mataku.

“Eh mana ada macam tu mama! Dia tu yang tak nak jumpa kita!” kataku. Mama mertuaku sudah ketawa.

“Samalah kamu berdua Tasya, Nukman! Dua-dua tak mahu kalah!” kata mama mertuaku. Aku diam.

“Makanlah cepat. Lepas ni kita solat pula. Malam nanti kita solat berjemaah.

Malam nant Tasya dan Nukman tidur sini ya.” Kata mama seolah-olah arahan berani mati. Aku angguk. Aku tidak tahu apakah jawapan Nukman Faris kepada mamanya.

“Ya mama.” Aku akur. Aku sudah selesai makan tengah hari.

“Tengoklah nanti mama,” kata Nukman Faris. Bulat mata mama.

“Kenapa pula nak tengok-tengok? Tadi kan kamu dah beli baju baru untuk

Tasya, apa masalahnya lagi ni?” soal mama. Aku diam. Belum mahu membuka mulutku. Apa salahnya tidur di sini. Tetapi kami belum beli baju aku.

“Belum beli mama, tadi tak sempat. Kasihan Tasya mama, dia penat.” Kata Nukman Faris.

“Jangan ganggu sangat isteri Nukman. Nanti apa-apa, siapa yang susah?” kata papa. Aku diam. Wajahku sudah berbahang.

“Mana ada papa!” kata Nukman Faris. Aku menghabiskan makanku dan mencuci tangan di dapur basah. Mak cik Onis ada di dapur. Aku mahu membantu mak cik Onis mencuci pinggan mangkuk. Namun Mak cik Onis tidak mahu aku membantunya di dapur. Itulah yang menyebabkan aku marah dalam hati.

“Jangan tolong mak cik nanti apa kata mama.” Kata Mak cik Onis. Aku suka hatilah nak tolong dia. Kataku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience