Chapter 69

Romance Completed 46068

Bab 69

Baru sahaja dia hendak mencari isterinya, gadis itu sudah duduk berdua-duaan dengan lelaki lain. Baru sahaja dia mahu meluahkan perasaan rindu dan kasihnya, isterinya itu sudah memadu kasihnya dengan orang lain. Baru sahaja dia mahu memberitahu mengenai kesetiaannya kepada pernikahan terancang keluarga mereka berdua, isterinya sudah menyatakan setianya kepada lelaki lain? Kenapa dia sering terkena begini? Kenapa isterinya menjadi teruk begitu? Kenapa isterinya tidak setia menantinya?

Alangkah sakitnya hatinya. Apa yang harus dia buat? Haruskah dia leraikan sepasang kekasih itu dan menarik tangan isterinya agar pergi kepadanya? Atau haruskah dia maki hamun kedua-dua mereka yang sedang bercengkerama itu? dan dia berasa puas hati? Haruskah dia kembali dan memikirkan tindakan selanjutnya?

Lama dia duduk di dalam keretanya. Dia memikirkan cara yang terbaik untuk berdepan dengan isterinya. Dia sungguh merindui isterinya dan secara tidak langsung dia sangat geram apa bila melihat isterinya itu sedang berbual-bual dengan lelaki lain. Bukan seminit dua minit tetapi hampir sejam dia perhatikan. Apakah isterinya sudah bosan menantinya? Atau, isterinya itu memang mengharapkan dia menceraikannya kerana isterinya itu ada orang lain? Apakah benar isterinya ada kekasih lain? Tunangnya muncul kembali? Dia mahu kembali kepada bekas tunangnya itu? Semudah itu isterinya menjilat ludahnya semula?

Dia yang telah menutup aib isterinya itu telah dianiayai pula. Benarkah isterinya itu mahu kembali kepada bekas tunangnya? Kenapa dia sakit hati? Kenapa dia terasa hatinya bagaikan daging-daging yang dihiris-hiris? Argh!

Lelaki yang merupakan bekas tunang isterinya itu sudah pergi entah ke mana. Isterinya juga sudah masuk semula ke kawasan sekolahnya. Kenapa isterinya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan lagi dan melihat-lihat yang yang sedang duduk di dalam keretanya ini? Kenapa isterinya tidak perasan dia sedang diperhatikan? Ah, kenapa dia masih mahukan isterinya kalau isterinya itu memang sudah mempunyai kekasih.

Sudah sebulan dia menunggu. Sebulan dia sabar. Sebulan dia menanti isterinya datang mengetuk pinta rumahnya. Sudah sebulan dia mengharapkan isterinya kembali kepadanya. Katanya dia akan datang sendiri. Katanya dia tidak mahu dipaksa. Katanya dia akan datang jika dia sudah sedia. Tetapi kenapa sudah sebulan mereka terpisah, isterinya tidak pun bersedia untuk menjadi isteri sebenarnya dan menjalankan tugasnya sebagai isterinya yang sebenarnya? kenapa isterinya tidak datang-datang? Apakah tidak ada rindu isterinya kepadanya? Apakah isterinya itu tidak menyayanginya seperti mana dia menyayangi isterinya dan dia bertekad akan menjalankan tugasnya sebagai suami soleh yang sebenarnya? kenapa isterinya itu tidak mahu mempedulikannya seperti mana dia pedulikan rindunya ini?

Namun silapnya juga. Dia tidak pernah menghubungi isterinya selama sebulan ini. Mungkin sebab dia sibuk dan isterinya pun sibuk? Mungkin sebab dia mengharapkan isterinya menunaikan janjinya untuk datang setelah memikirkan persediaannya selama ini? Tetapi kenapa sudah sebulan pun isterinya tidak datangdatang atau menghubunginya? Apakah tidak ada rindunya kepada dirinya ini? Kenapa isterinya itu begitu degil? Kenapa isterinya itu begitu tabah menahan perasaan rindunya? Rindukah isterinya itu kepadanya seperti mana rindunya yang bagaikan api marak menyala-nyala ini? Sayangkah isterinya kepadanya seperti mana sayangnya dia kepada isterinya itu?

Ah, pening dia memikirkan isterinya. Pening sungguh dia memikirkan kepelikan sikap isterinya. Apakah isterinya itu terluka? Ah, bukankah dia berjanji akan mencari penawar untuk ubat luka di hati isterinya itu? dia akan berusaha. Dia sudah berjanji di depan isterinya hari terakhir mereka bertemu sebulan yang lalu. Kenapa isterinya masih tidak mempercayainya dan pergi menjauhinya?

Dia hanya memegang janji isterinya. Isterinya akan datang nanti setelah dia bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri solehah. Tetapi bilakah isterinya itu menunaikan janjinya? Kenapa tidak sekarang, ketika rindunya marak menyala dan kasihnya melimpah ruah untuk isterinya yang tercinta itu?

Kenapa isterinya menjauhinya? Kenapa isterinya tidak menyedari akan cintanya yang membuak-buak ini? Butakah isterinya untuk membaca perasaan yang telah ditunjukkan sejak majlis persandingan mereka hingga selesai bulan madu mereka? Kenapa isterinya buta perasaan untuknya? Atau, isterinya sengaja menidakkan perasaannya? Atau isterinya masih tidak percaya dengan pengakuannya? Ah, dia tidak berbohong. Sudah dia katakan tempoh hari dia tidak berbohong. Sudah dia katakan dia mahu menjadikan isterinya itu isteri sebenar-benarnya.

Tetapi dia tahu isterinya masih belum dapat menerimanya. Dia tahu isterinya masih berdolak-dalik dengan cintanya. Ah, bagaimana dia mahu menjelaskan hal ini? Baginya hal dia dengan isterinya ini hal yang sangat remeh, tetapi kenapa sesukar ini dia mendapatkan balasan kasih sayang isterinya? Kenapa isterinya semakin menjauh?

Aduhai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience