Chapter 65

Romance Completed 46068

Bab 65

Dia pandang orang ramai di pusat membeli belah itu. Orang ramai bertali arus. Dia berjalan mundar-mandir di kawasan pusat membeli belah. Dia bingung. Kerinduannya memuncak. Isterinya tidak tahu ke mana. Dia menaiki lift. Dia sudah tiba di depan mini teater di pusat membeli belah. Dia hendak menonton wayang. Kebetulan filem Spiderman II sedang disiarkan.

Rupanya selepas membayar telefon iphone-s5 tadi dia sudah di depan panggung wayang. Dia sendirian. Dia suka kalau menonton wayang berteman. Rozaila yang selalu menemaninya menonton wayang. Itupun jika dia ada kelapangan.

Ah, Natasya Umaira entah di mana? Kalau dia ada pun, mahukah gadis tu menemaninya menonton wayang di sini di tengah lautan manusia ini? Dia pasti isterinya itu tidak akan mahu menonton wayang dengannya. Isterinya itu warak dia tahu. Dia pula bukannya warak sangat. Sekejap sembahyang sekejap tidak.

Di depannya sekarang seperti seorang gadis yang amat dikenalinya. Diakah itu? Berpegangan tangan dan bercengkarama dengan penuh perasaannya? Saling tersenyum dan menggelegakkan panas hatinya. Dia gosok matanya. Apakah dia silap pandang? Bila gadis ini balik ke Malaysia? Setahunya gadis ini selalu di luar negara sedang membuat pertunjukan. Tetapi, kenapa di sini? Apa yang dia buat dengan mamat Mat Salleh ni?

Nukman Faris mengamati bersungguh-sungguh. Dia takut salah orang. Dia ternampak Rozaila sedang bercengkerama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Siapakah itu. Nukman Faris menegurnya. Patutlah sudah tawar hatinya kepada bekas kekasihnya itu. Rupanya sudah ada kekasih hati yang lebih hebat.

“Wah, ni nak tonton drama ke nak buat drama?” soal Nukman Faris sudah mendekati Rozaila yang sudah berpelukan dengan kekasihnya. Sakit matanya. Entah kenapa pula kakinya bergerak sampai ke sini. Mungkin inilah yang hendak ditunjukkan kepadanya.

“Nukman, err... apa awak buat kat sini?” soal bekas kekasihnya itu. Sakit hatinya melihat sepasang kekasih itu.

“Saya? Saya nak tonton wayanglah! Saya tak nak buat drama percuma kat sini! Awak ni suka pula buat drama ya.” Katanya. Rozaila tersengih memandangnya.

“Oh tak pe! Err, kenalkan ini kawan saya, Ricky.” Kata Rozaila memperkenalkan lelaki yang yang sedang memegang tangannya. Dia perhatikan lelaki itu. lelaki itu sudah mengangkat tangan untuk bersalaman dengannya. Dia masih menahan tangannya di poket seluarnya. Ricky Ridzuan menarik kembali tangannya. Marah sungguh dia kepada lelaki di sisi Rozaila. Sangkaannya kepada Rozaila selama ini memang benar.

“Isteri awak mana?” soal Rozaila pula seperti cuba menyakitkan hatinya. Kesal dia. Isterinya selalu meminta dia diceraikan dan dia menikahi gadis yang sedang mengkhianati cintanya ini. Apakah maknanya ini?

Dia tersenyum pahit. Hari yang berlalu ini memberikan dia petanda kepada hubungannya yang semakin di hujung tanduk dengan Rozaila. Mahu sahaja dia menumbuk lelaki yang sedang memeluk pinggang kekasihnya itu. Ah, bukan kekasihnya. Tetapi gadis ini hanya bekas kekasihnya. Secara tidak langsung dia sudah membenci gadis ini. Patutlah hatinya tergantung untuk isterinya. Rupanya bekas kekasihnya sudah ada kekasih baru. Bisiknya dalam hati.

“Kat rumah.” Jawabnya perlahan. Dia tidak tahu di manakah isterinya. Di rumah sewanya ke atau di rumah emak mertuanya? Dia belum menghubungi isterinya setakat ini.

“Saya dengar kamu mahu bercerai?” soal Rozaila dengan berani. Dia menggeleng. Tidak mungkin dia menceraikan isterinya. Dia sudah ditunjukkan yang mana jauhari dan yang mana kaca.

“Tak... takkan saya bercerai dengan dia!” buntang mata Rozaila. Terkejutkah dia? Kenapa? Bekas kekasihnya ini masih menyimpan harapan hendak menikahi dia? Kenapa ada mamat baru bergayut di sisinya? Kenapa pula setiap minggu menanyakan bilakah mereka akan menikah tetapi kenapa ada orang lain di sisinya? Seriuskah bekas kekasihnya ini hendak menikahi dia? Soalnya menggamit hati.

“Jadi? Kita tak jadi nikah?” soalan itu menambahkan keberangan di hatinya. Dia tidak akan menikah dengan gadis yang tidak cukup kain ini. Pakaian macam bikini. Ah, dia memutuskan untuk terus mencintai isterinya yang mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat walaupun di rumahnya. Wajah isterinya tergantung di matanya. Natasya Umaira!

“Lain orang yang kelek awak ke mana-mana, lain lelaki pula yang awak nak nikah? Eh, perempuan apa awak ni Rozy? Sepatutnya dia yang awak bawa ke hulu ke hilir, dialah yang awak tanya bila nak menikah! Bukannya saya!” soalnya dengan suara yang ditahan-tahan. Rozaila sudah ketawa. Mamat asing di sisinya hanya memerhatikan mereka.

“Ini? Mamat ini?” soal Rozaila pula. Dia buat-buat tidak nampak. Sakit hatinya seperti kulitnya dicarik-carik.

“Saya kekasih Rozaila!” ternganga mulut Rozaila mendengar pengakuan Ricky Ridzuan itu. Dia sudah menduga lelaki di sisi bekas kekasihnya itu memang kekasih Rozaila tetapi bekas kekasihnya mamsih mengharapkan kasihnya. Piirah!

“Eh Ricky! Awak dah gila? Siapa yang nak awak jadi kekasih saya? Kekasih saya Nukman! Nukman, this guy is not my lover!” kata Rozaila yang sudah memeluk lengannya. Dia pula bersungguh-sungguh melepaskan tangan gadis yang sudah ada kekasih itu.

“Jangan nak berlagak baik Rozy! Saya ni suami orang! Tak ada maknanya saya nak kahwin dengan awak lagi! Tak mungkin saya akan menduakan isteri saya! Tak mungkin Rozy!” katanya menarik meminta Rozaila melepaskan tangannya. Ricky Ridzuan tersenyum sengih. Puas hati dengan pengakuan Nukman Faris.

“Saya kekasih awak! Bukan dia ni!” kata Ricky Ridzuan. Dia mengangguk. Benar inilah lelaki yang mencintai Rozaila dalam diam. Memang lelaki yang baik perwatakannya. Rugi Rozaila melepaskan kekasihnya ini. Namun dia pun apa kurangnya!

“Bukan awak Ricky! Bukan awak! Saya tak nak awak! Tak nak awak!” kata Rozaila hampir menjerit sambil memukul-mukul dada Ricky Ridzuan. Nukman Faris sudah tersengih. Sejak tadi bukan main lagi mereka berpelukan. Sekarang mereka saling bergaduh pula.

“Sudahlah awak Rozy! Jangan nak mimpi nikah dengan saya! Awak memang

gadis licik dan kotor! Cinta awak kotor! Jangan sesekali awak cari saya selepas ini!” katanya dengan penuh ugutan. Buntang lagi mata Rozaila dan mahu ternganga pun ada.

“Eh awak, awak jangan sesekali nak cari kekasih saya ni! Saya akan kejar awak sampai lubang cacing kalau awak ganggu kekasih saya!” kata Ricky Ridzuan mengugutnya pula. Dia angguk. Dia tidak sesekali akan mencari Rozaila lagi jika sudah terbukti di depan matanya ini. Sekarang dia akan mencari isterinya. Dia akan memberitahu betapa dalamnya cintanya kepada isterinya itu. Tetapi Natasya Umaira di mana?

“Jaga kekasih awak baik-baik. Jangan lagi dia cari ikan jerung lain selepas ini!” katanya pula. Merah muka kekasih Rozaila itu.

“Nukman! Nukman! Mamat ni bukan kekasih saya! Terima saya Nukman!” kata Rozaila menafikan kata-kata Ricky Ridzuan. Akhirnya dia berlalu dengan pantas. Dia memasuki lift tanpa mempedulikan Rozaila yang sedang mengejarnya. Dia sudah tahu kebenaran. Jangan lagi dia tertipu oleh helah Rozaila kepadanya selama ini. Dengan orang dia tidak peduli, tetapi jangan mencari dirinya lagi! Dia tidak akan mencari Rozaila selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience