> 57

Action Completed 10887

Dibawah pekatnya malam , tanpa sebuah lampu nan cahaya walau itu bulan ditemani bintang. Sekecil tempat sebuah pokok rendah berbentuk segi empat. Seharusnya ditemani lampu dengan indah bercahaya, tapi sekarang tiada lampu tiada yang namanya cahaya.

Sunyi ? Ya sangat sunyi . Sepi ? Ya sangat sepi . Tiada orang, tiada kehidupan. Tapi ! Dari satu pokok, ke pokok dia berlari, berlari dan berlari tanpa henti. Tanpa melihat belakang, kiri, kanan atau juga depan. Dia menunduk, dan terus menunduk. Badannya menggigil ketika berhenti kerana jatuh dari batuan kecil. Mungkin kakinya lelah kerana berlari mati matian dari kejauhan. Atau juga tubuhnya yang tidak mampu lagi menahan beban peluhan.

Menggigil bukan sejuk. Menggigil bukan penat.

Seseorang dibelakangnya, dengan sigap menarik gadis perempuan bawah 15 tahun itu seperti menarik beg bajuan.

Belum sempat gadis itu meminta pertolongan, sudah dibekap dan diberi ubat bius di lehernya.

Pengsan !

" Perempuan lemah ! " suara itu dari mulut Atiqah. Ternyata Atiqah sedang menonton televisyen bertajuk Killer.

Tapi di Perak. Kenyataan terjadi disebuah perhentian bas. Dua orang gadis atas 17 tahun diculik dengan kejam.

> ATIQAH <

Atiqah saat ini sedang menonton televisyen macam tiada kerjaan. Tiada apa yang terjadi. Padahal parti dibawah masih berjalan lewat jam 1 ( parti dewasa ) . Atiqah seharusnya sudah tidur. Tapi di Perak juga begitu, Atiqah tak pernah tidur awal.

Atiqah sedang makan kerepek, sejenak berhenti

" macam mana kalau pura pura baik je. Dapat balik Perak. Tapi... Tak la baik mana.. Hehe , dalam diam aku kena cari sesuatu yang ekstrim untuk dilakukan . Kalau tak tentu bosan GILA !! " setelah selesai berfikir sendiri , Atiqah terus menonton lagi.

> AFIQ <

Afiq sudah lama tiba di parti Rafi. Bahkan dia sudah melihat Atiqah yang membalas hinaan perempuan buruk tingkah laku.

" Hei Fiq, sorry aku baru tegur kau sekarang. Banyak sangat orang tadi " Ucap Rafi setelah tadi menepuk pelan pundak Afiq

" Small matter " balas Afiq sambil meneguk air teh limau.

" Apa cita bro. Aku dengar kau ada tugas kat Perak. Tiba tiba datang KL balik. Ada masalah ke ? " Raja Alif menyoal ( suami Lulu )

" Masalah ? Siapa yang tak pernah ada masalah. Cuma masalah terbahagi kepada dua. Antara masalah kecil dan masalah besar. " Jawab Afiq lagi

" Apa masalah nya. Cita la. Tak payah bersenandung " Rafi memaksa lagi sambil mengubah tempat duduk disebelah Afiq

" Huhh.. Aku bukannya nak burukkan Tim aku sorang ni. Masalahnya punca dari dia ni. Aku tak boleh lah. Dia tak kompak dalam pekerjaan. Sambil lewa. " jujur Afiq

" perkerjaan ? Afiq.. Aku sarankan kat sini kau tak boleh cakap yang itu la. Nanti kita pergi ruang kerja " saran Rahan

" Aku pun tahu. Oh ye. Esok aku dah kena balik Perak. Korang seeloknya jaga Atiqah elok elok kat sini " Ucap Afiq yang memperingatkan Abang tiri Atiqah . Taha tiada , dia cari Atiqah kat atas.

" Kenapa kau cakap macam tu. Kau tahu sesuatu ke ? " Rafi bertanya dengan berkerut dahi

" Nak cakap taktahu tu tak mungkin . " Afiq kedepankan kepalanya " Aku dengar ada orang nak bunuh Atiqah. Salah seorangnya musuh kita " Bisik Afiq

" Apa kau cakap ? Siapa ? " Tengku bertanya sambil berdiri ( reflek kerana terkejut )

> ATIQAH <

TOK TOK TOK ~ Pintu bilik Atiqah diketuk

" Aihh siapa pulak la yang datang malam malam buta ni ? Ke buta tak tahu jam sekarang pukul berapa ? Orang buta pun tahu la ! Aihh kacau mood mengembara aku je " Atiqah dengan malas berdiri dan berjalan membuka pintu

Dan itu adalah Taha. Taha masuk tanpa dipersila. Atiqah hanya melihat gelagat abangnya sambil bersandar pada sisi pintu. Dah sah pintu tak tutup, kat luar pintu bilik ada Arumi .

" Kata Tengku dan Ibu, Na'Am nak cakap sesuatu ? Apa ? " Soal Taha didekat tingkap. Entah apa yang dibuatnya kat situ, tapi suaranya tergelak timbul kerana berada jauh dari tempat berdirinya Atiqah. Taha menoleh melihat adiknya didekat pintu.
" Buat apa kamu kat situ ? " Soal Taha lagi

" Nih si Arumi, buat apa kat sini ? Kalau nak masuk. Masuk jela. Kalau tak, sudah .. Atiqah tutup pintu ni.. " Kata Atiqah dan ancang ancang nak tutup pintu.

" Ehh.. Bro.. Aku boleh masuk tak ? " Izin Arumi, walau bagaimana pun ini bilik perempuan adik kepada sahabat nya.

" Ehhhh.. Ini kan bilik Atiqah, kenapa mintak izin pada dia " Soal Atiqah tak terima

" Masuk je la. Aku ada. " Taha memberi izin. Dan Atiqah kesal.

Setelah pintu ditutup. Atiqah berjalan kearah mereka

" Ushhh ada dapur lagi.. " Arumi berjalan ke dapur dan mengambil air teh phoenix " Ushh bau nya.. " Arumi seolah lupa tugas asal

" Kamu nak cakap apa ? Serius je. Sampai taknak ada orang dengar. Emergency sangat ke ? " Soal Taha lagi bila tadi Atiqah tak jawab

Atiqah pandang abangnya, ragu nak cakap

" Panggil abang kalau nak cakap. Kalau tak abang tak layan dah " Ugut Taha

" Okay.. A.. Ehm ehm " Atiqah membetul suara yang sedikit tertekan " Abang . Atiqah nak mintak tolong " Ucap Atiqah sambil bersandar pada tiang dapur . Taha berada di tingkap lagi. Dan Arumi di dapur

" Boleh tak abang beranjak dari tingkap . Itu kurang baik " Kata Atiqah sambil mengalirkan matanya kesembarangan tempat

" Itu ke yang kamu nak mintak " Soal Taha sambil beranjak dari tingkap

" Dan berhenti merakam perbualan kita . Atiqah nak cakap serius dan rahsia. Taknak ada orang lain yang tahu. Tu Si Arumi yang akan dengar pun belum tentu selamat. Tah la ceroboh " Ucap Atiqah fakta.

Taha mengeluarkan telefonnya. Dan menutup rakaman suara.

" Sudah. Kamu nak cakap apa " soal Taha lagi. Atiqah bergerak ke sisi katil, Laci ketiga dibuka dengan kunci dari bawah lampu tidur. Atiqah mengambil sehelai kertas. Dan kembali mendekati abangnya

" Ini. Selidikkan ini tulisan siapa.. Atiqah boleh je buat sendiri. Tapi Atiqah hanya boleh cari tahu maksud je. Sebab nak selidik tulisan tu Atiqah takda alatnya " Ucap Atiqah sambil memberi surat itu

" Ini surat apa ? " Soal Arumi dari dapur.

" Ancaman ! " Sekali nafas dan Atiqah membuang keluh

" Ancaman ? Bila kamu dapat ni ? Siapa lagi yang tahu ? " Taha bertanya sambil mendorong tubuh Atiqah agar duduk di sofa

" Abang.. Tak, perlu, tahu la. Selidik je siapa punya tulisan tangan. " Atiqah sedikit ragu untuk mengatakan itu

" Na'Am.. Bagitahu bila kamu dapat. Jangan berselindung apa apa. " pujuk Taha lagi

" tu masa Atiqah kat hospital. Masa Atiqah nak jumpa abang tu. Dan masa tingkap pecah. Itulah. Takda apa pun.. Cuma ada la hal kecil kecil jadi. Bukan apa lah. Takyah risau " Jawab Atiqah tanpa beban.

" Abang nampak seseorang kat bawah pokok belakang bilik kamu baru sekejap. Ada kena mengena dengan surat ni ke ? " Soal Taha serius. Atiqah memandang terkejut pada abangnya

" Abang dah tahu ada orang kat situ ?! Kenapa abang tinggal diam tanpa beranjak. Kalau dia buat sesuatu kat abang macam mana ? Abang tahu tak betapa bahaya nya ? " Atiqah sedikit menaikkan tingkat suaranya

" Abang boleh lindungi diri abang. Tapi kamu ? Abang nak lindungi kamu . itu maksud kamu tadi tu. Maksud nya orang tu selalu intip kamu kat mana je kan. Betul kan ? " Taha menekan kan

" Arumi.. Kau turun dan bagitahu abang tiri Atiqah sekarang. Sekarang . jumpa kat bilik khusus. "

" Okay. " Setelah Arumi turun, Taha mendekati Atiqah lagi

" Jum.. Kamu kena terangkan hal ni pada semua. " Ajak Taha

" Tidak ! Kan Atiqah dah cakap. Hanya abang yang kena tahu. Tidak mereka ! Atiqah percaya kat abang. Ada apa dengan mereka ? Abang tak boleh settelkan hal ni ? Kalau macam tu bagi balik kertas ni, biar Atiqah cari sendiri. " Atiqah cuba ambil kertas tu

" Tidak. Jum Na'Am. Biar mereka tahu jugak . abang takda untuk beberapa waktu kedepan. Abang berharap pada mereka untuk jaga kamu. Tolong faham adik. " Ucap Taha dan seterusnya memeluk Atiqah

" Dah la abang. Atiqah nak tidur. Esok sekolah. "

" Kalau macam tu, esok setelah selesai sekolah kamu harus terangkan pada mereka . "

" TIDAK ! abang pun jangan. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience