" kenapa kau cakap macam tu. Kau dah janji kan dengan encik Hussein untuk bawak Atiqah balik kalau dia nak balik. Ini apa " suara Arumi sedikit meninggi memandangkan mereka sedang berada di bilik wad Atiqah.
" Kalau aku ikut je cakap Na'Am, sama je bererti aku bukan abang dia. Sekarang dia mudah meninggi suara. Kau tengok tadi, kalau bukan perintah , kalau bukan arahan hanya paksaan yang boleh buat dia menurut. " Jelas Taha yang turut mengecil suara.
" Kau seharusnya faham kalau dia meninggi suara tu dah sah sah dia memang marah. Kalau aku jadi dia pun aku pun marah, time dia koma kau pindahkan dia ke KL. Bangun bangun kena paksa tinggal rumah ibu yang sudah buang korang dulu. Sapa yang tak marah. Aku pun turut terkejut tau, kau boleh setuju tanpa tunggu Atiqah bangun. Kalau ia pun bincang dengan dia elok elok. Kau nak tengok dia lari ke nanti, Then kau, adik beradik kau, ibu kau tak dapat jumpa dia dah. Kau nak macam tu ?! " soal Arumi sambil bangun dari duduknya dan bergerak ke tingkap cermin disisi katil Atiqah.
" tak. Dan itu takkan terjadi. "
" Kau yakin je. Kau seharusnya dah kenal perangai adik kau , baik buruk dia. Kau ingat kau boleh paksa paksa dia ubah perangai ke , dia kalau nak berubah kena dari hati bukan dengan paksaan kau. Kalau ia nanti dia berubah, aku tak rasa dia berubah jadi lembut. Aku ingatkan kau, jangan sampai hati dia nanti jadi keras dan menentang segala ucapan kau. "
" Aku tahu. " Taha memandang sayu adiknya " Dia berubah dah lama. Seharusnya dia membesar dengan perwatakan perempuan, tapi sebab ibu aku pergi terburu buru. Kakak kakaknya pula sebuk dengan kerja. Dia rasa tertindas dan takmahu dikira lemah. Jadi begitu lah. Dia degil ? Bukan.. Sebenarnya aku tahu dia takmahu dengar cakap sebab takmahu terlalu percaya cakap orang. Aku tahu sebab aku abang dia "
" Kau tahu ? Waww kau tahu sebab sebab berubahnya adik kau. Tapi kenapa kau membentak dia ? Kau kasar dengan dia. Dengan dia je ! Adik adik yang lain kau okay je. Tapi Atiqah, kau layan dia beza dengan yang lain. Kenapa ? "
" huhh.. Adik adik aku yang lain di didik sejak mereka mulai masuk dunia hiburan. Tapi Atiqah, aku yang kena didik dia. Mula mula aku nak didik dia nak cara lembut. Tapi bila tengok dari tahun ke tahun perangai dia semakin susah dikawal. Hanya cara keras yang aku boleh bagi. Kau sendiri tahu pernah aku bercakap lembut dengan dia. Tapi dia tak dengar kan. Dia buat apa aku cakap, apa aku tegur macam angin lalu je. "
" Tapi bila kau marah, kau boleh buat dia tertekan. Tahun ni dia spm tau "
" sejauh mana yang aku kenal Na'Am, dia takkan masukkan hal pribadi dalam hal kerja. Dia profesional. Dia faham mana yang lebih baik. Dan mana yang buruk "
" okay fine fine, kau abang dia , kau lebih kenal dia. Now aku nak tanya. Kau tahu kan tentang siapa Zack sebenarnya ? " soalan Arumi membuat Taha memandang tepat kearah Arumi, selepas itu matanya memandang katil
" Nanti kita cakap tentang tu. "
> AFIQ <
Afiq sekarang berada di Vila miliknya. Afiq sedikit memikir sehingga dahinya berkerut. Jarinya mengetuk getuk meja putih didepannya. Sambil mata memandang komputer merah yang menyala
" kau yakin ke dia orang nya.. Jangan main main lahh , aku tengah serius. Dalam hal kerja , kau tahu aku tak pernah main main " Ucap Afiq yang ternyata di komputer menyala itu dia sedang membuat video call dengan sahabatnya
" macam mana kalau kita jumpa kat tempat biasa. Kau boleh tengok sendiri , then kau tentukan lah sendiri percaya ataupun tak " suara orang itu
" Aihh kau boleh tak bila bercakap muncul kat depan layar. Ni suara ada , Rangka takda. " sindir Afiq
" Kenapa.. Kau rindu nak tengok muka kacak aku ni ke. Ahahaha "
" dah la.. Jumpa kat tempat biasa. Jam 8. " Segera Afiq off.
Kembali ke sisi Taha. Taha sedang menelifon seseorang
" Ye uncle .. Nanti bila bila Taha bawa Na'Am ke rumah uncle. " Ucap Taha sambil memerhati Tengku yang baru masuk kedalam bilik Wad.
"........... "
" Baik Uncle. "
Setelah panggilan dimatikan kedua pihak.
" Kau dari mana ? " Taha berjalan kearah Tengku yang sedang makan buah Apple
" Luar " Sepatah dijawab Tengku " Oh ye.. Kau bila mula latih budak baru " soal Tengku pula
" Aishhh..2 minggu lagi. Aku tak boleh tengok Na'Am 5 bulan kedepan tau. Kau tolong tengok kan dia dengan Arumi. Sebab Arumi tak ikut aku. " jelas Taha
" Rasanya aku takboleh la. Lusa aku dah kena pergi kem. Suruh Rafi la. Aku rasa dia okay. Adik tiri dia jugak. "
" Tapi Tengku Rafi kan kerja. Dia pemegang CEO sekarang. Nanti takda masa nak tengokkan Na'Am "
" Kalau macam tu Afiq je la. Afiq ada kat sini dengan Ikwan " kata Tengku lagi
" Aihh. Na'Am kenal Afiq la.. "
" ye.. Bagus la tu.. "
" Tu tak bagus. Afiq pernah cakap, selama dia dekat Perak. Takda sapa tahu siapa mereka sebenar nya. Termasuk Na'Am. Jadi itu takboleh ! " Tegas Taha lagi
Tengku berkerut dahi dan memikirkan lagi. Taha mundar mandir juga memikirkan
" bagi je la pada Arumi. Lagipun ibu ada. Rumah selalu riuh. Atiqah tentu okay. Takde hal la " kata putus Tengku
" hahhh gitu je la. "
Tengku dan Taha duduk di sofa pada waktu yang sama. Dan akhirnya mengeluh.
Share this novel