[ Dendam HUMANITY ]
Seminggu sudah masa berlalu , Atiqah kini dirawat di Hospital KL ( HKL ). Masa masa kelam, tangisan kini digenggam bersama menunggu Atiqah sedar dari koma nya. Harini seorang wanita cantik menemaninya , rambut warna cat merah ,bergelombang indah kesisi sisi bahu. Baju jingga berjenis blus disertakan cermin mata hitam dileher bajunya sangat padan dengan bentuk badan ramping seperti wanita itu.
Seluarnya pula rok pendek had lutut. Wanita ini antara sedar atau tidak umurnya mencecah 40an.
Tangan wanita itu menyentuh tangan Atiqah yang masih terbaring kaku.
" Sayang, bangun lah segera. Nanti setelah kamu bangun kita boleh jalan jalan ke Mall, jumpa kawan kawan ibu. Bercuti dengan keluarga baru kamu. Bangun cepat ye " Kata wanita itu yang ternyata puan Alia. Tapi sayangnya lagi Atiqah bukan yang suka pergi Mall atau apa yang perempuan suka. Lebih tepatnya dia suka dengan cara lelaki.
Puan Alia bangun dari duduknya " Sayang, ibu keluar sekejap ye. Ibu ada meeting dengan kawan ibu. Nanti abang tiri kamu datang dan temani kamu. " Sekejap Puan Alia mengucup pipi Atiqah " Bye sayang "
Setelah Puan Alia keluar dari wad khas untuk Atiqah.
Mata Atiqah perlahan lahan bergerak. Dan segera terbuka besar matanya. Tangan kanannya mengelap pipi yang dikucup tadi kasar
" Sapa wanita itu ? Ibu ? Sekarang aku kat mana ? Aihh.. Mall ?! Jumpa kawan ? Bercuti ? Hah membuang masa aku je !! " Ucap Atiqah yang ternyata sudah bangun dari awal
" Aku kat mana ni " Mata Atiqah melilau ke kanan dan ke kiri.
Tiba tiba ia melihat ada seseorang yang bersweater merah yang akan masuk ke wadnya. Segera Atiqah baring , seperti tadi dan pura pura tidur
Lelaki bersweater merah itu bangun. Kedua dua tangannya mengepal kuat.
Mata elang lelaki itu melihat Atiqah yang tidur dengan penuh dendam
" Aku takkan bunuh kau dalam keadaan kau lemah dan tak sedar. Macam abang kau yang bunuh tunang aku dalam keadaan sedar dan bahagia, macam tu jugak kau. Aku akan buat hal yang sama pada kau. Sampai kau hancur dan mati !! Hahahaha.. " Ucap lelaki bersweater merah itu berapi api
"Sayang sekali abang yang kau banggakan itu dah mati dengan cara yang lembut ditangan aku. Seharusnya.. Aku siat siat kulitnya dan bakar atau remus.. Setiap organ nya aku potong kecil kecil dan bagi makan anjing. Gadis manis, kau seharusnya berterima kasih pada aku kerana abang kau mati dengan cakar harimau aku. Dan patut bersyukur sebab kau yang akan mati dengan cara begitu.. Ahahahaha... " cara lelaki itu sangat kejam kalau dibayangkan. Lebih baik jangan dibayangkan. Kalau tidak, kemungkinan tidak dapat tidur waktu malam.
" Selamat tinggal gadis manis .. Ahahahaha " Dengan sindir lelaki itu pergi
Perlahan Atiqah bukak mata. Atiqah sungguh syok.
" Ap..apa tadi tu ? Siapa tu ? Ap..apa maksud dia tadi ? Abang.. Abang aku.. Siapa ? " Atiqah sangat terkejut dengan setiap ucapan kasar lelaki itu. Bahkan bergidik ngeri kerana bayangan horror yang pernah ia lihat dalam televisyen
" Abang Taha ? Tak mungkin.. Tak ..tak mungkin..abang.. Tak mungkin abang...abang.." sebenarnya Atiqah tidak ingat nama abangnya.. Jadi ia akan panggil abang long sahaja
" Abang Long ! Tak mungkin !! " fikiran Atiqah terus bertanya tanya.. Sampai satu nurse perempuan masuk.
" Eh.. " Nurse itu tampak terkejut bila saat melihat Atiqah yang melihat dia dengan pandangan mati
Segera nurse itu berlari keluar. Beberapa minit kemudian nurse itu masuk bersama seorang dokter lelaki, dan 2 nurse lain yang sama melihat terkejut
" Kenapa ? " Atiqah yang bertanya
" Su..sudah sedar.. Ehm ehmm Cik Atiqah , ada rasa sakit dimana mana ke , misalnya kepala ? Tangan ? Kaki ? Atau bagaimana mana mana ? " Dokter lelaki itu bertanya sambil mendekat bersama nurse lainnya
" Saya okay je. " Atiqah jawab " cuma saya sangat haus. Seharusnya anda sudah sediakan air disisi katil. " Atiqah sedikit membebel
" Oh.. Kamu, tolong ambilkan air " Dokter itu mengarahkan pada seorang nurse
Share this novel