> 88

Action Completed 10887

" kenapa anda sudah tidak memakai topeng ? Wajah anda sangat buruk ketika tidak memakai topeng " Umpat Atiqah

" Ahahaha, nak mati pun kau sempat berceloteh. tanpa. Bercoleteh la biar sampai kau mati kau masih berceloteh ! " Ikwan segera mengeluarkan cakar harimau yang sudah tersalut racun haiwan. Baru sahaja ingin layangkan ke Atiqah. Tanpa aba aba Atiqah menyepak kedua bahu Ikwan. Ikwan yang tak siap, terjungkal ke belakang.

" aku siap menunggu mati. Tapi kau harus siap menerima balasan. " Sambung Atiqah dengan senyum misteri, namun terkesan pada Ikwan itu senyum Iblis. Ikwan dapat rasakan Aura merah dan hitam bercampur. Iaitu aura dendam dan membunuh.

" Ahahahaha. Iblis kecil. " Umpat Ikwan.

Crak. ~ benar saja, Atiqah mematahkan sebelah tangan Ikwan tanpa aba aba.

" Sialan gadis kecil. " Belum juga Ikwan balas. Afiq berdiri dibelakang Atiqah memandang kearah Ikwan. Ikwan yang melihat, terus berlari pergi dengan kesal kerana tidak sempat membalas Atiqah, tangan yang patah tak dihiraukan Ikwan.

Atiqah yang ingin mengejar, lengan dicekal Afiq

" jangan kejar. Biarkan dia. " Ujar Afiq , Atiqah memandang Afiq. Seketika Atiqah tersenyum

" maksud anda, jangan sakiti dia bukan ? " Soal Atiqah " Ahahaha. " Atiqah betul betul tak dapat menahan gelaknya lagi

" jadi betul kamu dah tahu. Sebelum kamu bunuh dia, bunuh aku dulu. " Ujar Afiq yang seolah benar benar lindungi Ikwan

" Baiklah. Impian anda terkabul. Tapi ingin aku bunuh kau tepat didepan dia. Makbulkan dulu. " Ujar Atiqah , sebelum melangkah pergi, Atiqah bercakap semula

" seeloknya harini. " Sambung Atiqah. Dan terus pergi tanpa berbalik.

" Seharusnya ini tak terjadi. Ikwan kenapa kau hah ! " Gumam Afiq dengan menahan geramnya.

' Dalam setiap waktu kita bersama. Kau terluka aku terluka. Dari semi hingga semi kembali. Wajah berubah tapi jangan hati berubah. Kita sahabat, biar langit jadi saksi. Bumi jadi saksi. Aku akan lindungi kau. Dan kau akan lindungi aku. Tidak melukai sesama sendiri. Selamanya sahabat ( jari kelingking dikait bersama ) ' Afiq mengingat perkataan itu ketika dirinya bersama sahabatnya ketika berumur 10 tahun dahulu lamanya.

> ATIQAH <

' kau ingat dengan mudah akh lepaskan kau , meski ada yang melindungi. Huhhh. Sampai dendam tak terbalas, sampai itu aku berbalik incar kau !! ' Dengan marah Atiqah balik dan terus menuju gym nya.

Berhenti didepan Samsak iaitu alat untuk latihan tinju.

Bukk buk buk bukk bukk bukk bukkk bukkk bukkk bukkk

Tanpa jeda Atiqah meninju samsak dari tangan hingga kakinya melampiaskan amarah dan geramnya.

" KAU FIKIR KAU SAHABAT DIA AKU PEDULI ! DASAR BOD**OH ! MUNGKIRI JANJI !! BERMUKA DUA !! SIA**LAN. BOD**OH BOD**OH !! KAU INGAT AKU TAK BERANI HAHH ! AKU AKAN PASTIKAN KAU TARIK KATA KATA KAU SEBELUM KAU DAN DIA MUSNAH !! SIA*LAN !! " Ucap Atiqah meluap luap kemarahan dengan teriakkan yang bergema satu rumah. Dan terus meninju samsak.

" Adik kenapa ? Dia tampak sangat stress bu. " Ujar Nurul pada Puan Alia ketika didepan bilik gym

" pergi sediakan makanan kegemaran dia. Biar dia makan. " Usul Puan Alia

" Baik bu. " Nurul terus kebawah dan membuat nasi goreng tomyam .

....

Makan pagi yang kedua kali di rumah Atiqah.

" kenapa tiba tiba masak nasi tomyam ? Kan tadi nak makan pagi ? " Soal Atiqah pelik

" Ehehe. Kan tadi kamu tak makan. Kakak masak la makanan kegemaran kamu. Makan ye. " Ucap Nurul. Rafail hanya melihat dengan biasa kearah Atiqah. Namun tu bagi orang lain. Bagi Atiqah yang merasakan itu..

" kenapa uncle pandang Atiqah macam tu ? " Soal Atiqah melihat kearah Rafail

" hanya melihat. Kenapa ? " kembali disoal Rafail

" Atiqah tahu. " Ujar Atiqah yang mengatakan maksud lain. Dan tepat sekali raut wajah Rafail berubah.

" kenapa ni ? " Soal Nurin yang berasa aneh dengan keduanya

" Takda. Kak.. Nasi ni sedap. Sering la buat ketika Na'Am balik. " Ucap Atiqah.

" Okay. "

.....

Tak lama setelah itu, Atiqah keluar rumah, dengan pakaian yang sama. Tapi tanpa buku. Berjalan tanpa arah tujuan. Dan berhenti tepat disebuah markas kecil.

Atiqah sedikit berfikir
' ni ke tempat nya ? Seperti sama macam hari tu. ' Batin Atiqah.

Disekeliling Atiqah ada pokok tinggi menjulang. Ia ini tempat yang sama ketika Zack menculik Atiqah. Dan dibelakang pondok itu adalah markas kecil Jakyi yang sedang berada dalam tahanan di lokap.

Atiqah berjalan menuju kebelakang, yang Atiqah yakin itu adalah markasnya. Ada beberapa orang yang menjaga tempat ni. Jadi Atiqah menghendap hendap.

Atiqah yang berasa kurang seronok menghendap hendap pun, jalan biasa je melewati orang orang itu.

" Hei ! Siapa kau ? " Soal Seorang yang berada dibelakang Atiqah

" buat apa kau kat sini ? " Soal Seorang lagi

" hanya jalan jalan. sangat bosan dirumah . kenapa bang ? " Soal Atiqah yang menyatakan kenyataannya.

" Ini bukan tempat main. Pergi kau " Ujar lelaki itu

" Err bang. Nak tanya boleh ? " Soal Atiqah

" Apa kau nak tanya ? " Soal lelaki itu yang dipanggil abang

" Tentang Zack. Dia abang saya. " Ujar Atiqah. Jawapan Atiqah membuat 2 alien itu terkejut

" kau tak boleh berada kat sini. Segera pergi. " Ujar lelaki seorang lagi

" jap. Hari tu, abang saya ada bawa saya ke sini. Dan berkata untuk jumpa pakcik..Ma.. Err Marble.. Eh.. Marbo.. Ah Marbo. Abang saya suruh jumpa pakcik Marbo kalau nak tanya sesuatu " Ujar Atiqah pada abang abang itu

" Ha ? Pakcik Marbo ? Dia tak tinggal sini. Kau yakin ke abang kau suruh datang sini ? " Soal abang 1

" tak. Abang long cakap, kalau nak jumpa pakcik Marbo datang sini dan tanya pada orang orang yang tinggal kat sini. Selepas tu, saya akan dibawa ke pakcik Marbo. Abang abang kenal ke ? " Soal Atiqah serius

" nama kamu sapa ? " Soal abang 2

" Risha. " Ucap Atiqah dengan tengahnya

" abang akan tanya Marbo dulu. Bro, cari tempat duduk untuk dia " perintah abang 1

" nanti ada khabar, kasi tau to bang. " Ujar Atiqah.

.....

Akhirnya Atiqah diberi telifon untuk videocall dengan pakcik Marbo yang dimaksud Atiqah.

Marbo adalah seorang pembuat syabu dan penyebar bahan haram. Dia juga diicar semua polis. Keturunan jahat dia adalah dari kedua orang tuanya yang seorang dokter perubatan dan seorang lagi jutawan.

" Halo Pakcik Marbo. " Dengan ceria Atiqah menyapa, dengan senyuman dan keriangan dan lambaian tangan didepan telefon untuk menyapa Marbo. Padahal Marbo terkenal kejam dan sangat jahat

" kamu adik Zack ? Hai.. Ada perlu apa kamu sampai mintak jumpa ? " Soal Marbo terkenal ramah. Yang membuat kedua abang tadi tu, terkejut hebat

" saya nak mintak bantuan. " Atiqah sebenarnya tahu kalau mintak bantuan dengan penjenayah tu akan ikut terbabit juga. Tapi Atiqah lebih tahu, kita kena banyak sokongan untuk berjaya kepuncak agar nanti tak penat bila turun ketanah rata.

" bantuan ? Apa itu ? " Soal Marbo dengan menaikkan satu alisnya

" kerjasama dan sokongan. " Ucap Atiqah dengan senyuman

" kamu yakin ke. Pakcik yakin kamu tahu, pakcik bukan orang baik dan bukan pengusaha baik. " Ucap Marbo merendah bila harus berkerjasama dengan anak kecil

" tapi saya tahu, pakcik Marbo adalah Marobo , jutawan 5 keatas dan mafia 5 keatas. Boleh ye pakcik ? " Dengan mata berbinar Atiqah mintak agar setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience