>52

Action Completed 10887

' SETIAP WAKTU KAU AKAN DIHANTUI BAYANGAN KEMATIAN !!! AHAHAHAHA ' isi surat ditulis begitu setelah dibuka.

Disisi lain memperlihatkan Ikwan yang memakai baju sweater hitam

Ikwan baru sahaja keluar dari satu tempat. Kini ia sedang berada di sebuah gedung lama. Kiri kanan sudah penuh dengan lumut hijau hijauan. Dinding ada yang sudah roboh ada juga yang ditumbuhi akar akar besar . syiling pula sudah setengah pecah. Tangga kebanyakan masih elok kerana itu ada tangga batu.

Ikwan naik sampai tingkat atas sekali. Dipermukaan atas sangat terang kerana tidak dihalang oleh apa pun, sama ada itu pohon, atau bangunan lain bahkan dinding dinding juga tiada. Hanya ada permukaan yang sudah dibersihkan , sepertinya tempat ini sudah diperhuni manusia.

Ikwan berjalan kearah kiri dan memperlihatkan satu tangga yang agak panjang, tangga yang masih elok dan tidak ada satu kotoran sekali pun.

Ikwan menuruni satu persatu tangga dengan tenang tapi berwajah yang cukup menyeramkan. Matanya memandang kejam kedepan dan sangat tajam, wajahnya tidak terkesan senyuman, kedua tangannya mengepal kuat seperti akan memukul mati siapa saja yang akan menghalangnya. Setiap langkah kakinya begitu berwibawa dan terlihat sangat tegas.

Auranya sangat menyeramkan bahkan angin saja tidak berani menyapanya . Atmosfera disekelilingnya sangat gelap dan panas diselimuti pula dengan lukisan tanpa bentuk.

Tiga anak tangga sebelum sampai ke anak tangga terakhir Ikwan berhenti, tangan kirinya menyentuh dinding yang berada disisi Ikwan.

Tangtangtangg ~ Suara misterius datang dari bawah tanah.

Ikwan berjalan terus dan sampai di anak tangga terakhir, Ada satu laluan bawah tanah yang terbuka, dan membawa Ikwan masuk.

Gelap ! Itu yang boleh dibayangkan. Kiri kanan atas bawah depan sangat gelap, tiada lampu yang menerangi.

Pokk ~ satu tepukan tangan membuat seluruh kawasan menjadi terang dengan sinaran lampu ais.

Ruang ini seperti bilik yang sangat luas. Dan cantik. Juga indah. Ikwan berjalan kearah katil single dan menyentuhnya. Katil ini terkesan sangat elegan. Berwarna pink campuran gold.

Dengan wajah yang menyeramkan itu, Ikwan berjalan kearah satu dinding kayu buatan, disitu terletak satu gambar gadis manis , yang sedang tersenyum riang sambil tangan kiri dan kanan membuat bentuk mini love. Seorang lelaki di belangnya memeluk lehernya sambil dagunya diatas kepala gadis itu. Terlihat seperti abang adik.. Tapi kenyataan TIDAK !

Ikwan menumbuk kasar dinding batu disebelah dinding kayu buatan itu. Setelah tangan Ikwan ditarik, satu gambar tetampal disitu diselimuti darah. Itu adalah gambar Zack

" Akhirnya kau mati juga ! Tapi tetap TAK CUKUP !! SAMPAI ORANG YANG KAU SAYANG IKUT MATI, ITU BARU CUKUP. MACAM MANA KAU BUAT TUNANG AKU MATI, AKU AKAN BUAT ADIK KESAYANGAN KAU MATI LEBIH TERUK !!! AHAHAHAHA . Biar aku tengok sampai tahap apa adik kesayangan kau dapat bertahan. Hahahaha.. Hahahaha " Ucapan yang keluar dari mulut Ikwan cukup mengerikan. Cukup ! Sudah tahu bahawa Ikwan lah yang mengincar Atiqah, dan Membunuh Zack.

Dulu , Ikwan sudah hampir berkahwin. Sebulan je lagi. Ikwan yang sangat baik dan penyayang itu berubah dratis bila orang yang ia sayang itu mati dalam sangkar sahabatnya.

Zack dan Ikwan berkawan baik, bersahabat cukup lama. Tapi tanpa Ikwan sedar , tunangnya menjadi sasaran Zack untuk menjadi tikus kajian ( dadah 95%). Tubuh tunangnya Ikwan sangat lemah dan tak dapat menampung beban kesakitan itu, akhirnya ia mati .

Ikwan menjadi pembunuh upahan di Iraq selama beberapa tahun untuk mencari tahu siapa yang membunuh tunangnya . Sedang Zack dan Ikwan juga tidak berjumpa setelah itu, entah sebab apa Zack yang tiba tiba menghilang yang membuat Ikwan jadi terburu buru.

Back To Story.

Ikwan berjalan kearah sebelah bilik tunangnya itu. Dibilik itu ada banyak senjata berbahaya. Ada racun racun serangga. Dan bermacam macam ramuan kematian.

Ikwan berjalan kearah racun serangga . Satu botol merah darah diambil. Ikwan berserta senyum misterinya bereda pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience