Masa terus berjalan, tadinya cerah telah bertukar mendung , pokok pokok ditiup angin kencang, dan tenang semula, sebentar lagi angin kencang menyapa daun daun kering yang dijalan, mendung bertukar terang semula , beberapa saat kemudian matahari yang berpecah ditutup awan gelap, cuaca mendung semula, angin terus menerus membuag tumbuh tumbuhan menari nari.
Atiqah yang tadinya sedang joging, berhenti dan istirehat di pondok berdekatan, sweater yang sedang digunanya tidak terlalu mandi peluh bila cuaca tidak panas , malah sejuk berkunjung
" Hari nak hujan ke ? Tadi okay je . " Atiqah bercakap sendirian memandangkan kiri kanannya sunyi sepi
Tiba tiba seorang lelaki datang dari belakang Atiqah , memakai sweater merah dan masker ninja berwarna hitam, Ditangan kanan nya memegang dengan erat pedang 'khopesh atau pedang panjang pada zaman kuno.
Atiqah langsung tidak perasan akan kehadiran lelaki itu
SRengg ~ pedang khopesh hampir mengenai leher Atiqah secepatnya Atiqah membaringkan kepala Atiqah kebelakang. Atiqah yang terasa diserang segera melompat kebelakang ingin menendang lelaki itu, Tetapi lelaki misterius itu seolah tahu gerak geri Atiqah . Lelaki itu menumbuk tepat dada Atiqah dengan kasar dan kuat hingga menimbulkan bunyi
' Bukk ~ Atiqah tersedak , darah hitam keluar dari mulut Atiqah, Atiqah mundur beberapa langkah bila ia tidak diberikan waktu untuk bersedia, pedang kuno itu terus mencari peluang untuk melibas Atiqah
' Aku kena jatuhkan pedang itu ' Atiqah terus mencari cara untuk mencari celah menjatuhkan pedang, tapi langsung tiada seolah lelaki misterius ini seorang pembunuh upahan
Atiqah menyepak perut orang itu, tapi seperti sepakkan Atiqah tiada rasa, Lelaki itu menangkap kaki Atiqah , memulas dan mencampak sehingga Atiqah terbaring di tanah berakar pokok
' Aghhhh ' Atiqah hanya mampu menjerit, tapi didalam hati, kerana Atiqah fikir tidak sesuai mengeluarkan suara ,takutnya lelaki ini akan merekod suaranya
Atiqah cuba bangun dengan segera , baru sahaja bangun dari baringnya itu, Tangan Atiqah tergores dengan pedang itu, membuat tangannya mengeluarkan darah yang banyak.
Sehingga Atiqah tergolek menuruni curam rendah disampingnya.
Lelaki itu turut turun
' Aku takrasa mampu menjatuhkannya ' Ucap Atiqah dengan nafas terdengar sengal . Atiqah bangun bila lelaki itu sudah turun , jarak mereka 5 meter, membuat Atiqah tak habis pikir
' Aku harus dapatkan bantuan, kenapa mereka nak bunuh aku !? apa salah aku, ' Atiqah mundur dengan laju bila kaki lelaki misterius itu melaju
Atiqah segera berpusing untuk lari sambil tangan kanan nya menuntut luka darah di lengan kirinya
Baru 3 langkah Atiqah lari, kakinya disepak dengan kasar, hingga Atiqah terjerumus ditanah. Lelaki itu dengan kejam menekan pinggang kiri Atiqah dan mengangkat pedang khopesh hendak memisahkan antara perut Atiqah .
" TOLONGGGGG !! " Atiqah langsung tak dapat bergerak
Tiba tiba seseorang menyepak lelaki misterius itu, Lelaki berbaju hitam menutup kepalanya itu, menjatuhkan pedang itu, dan terus menyepak lelaki itu tanpa belas kasihan
' Aku kenal sosok ini... Abanggg Taha .. Bila balik ... '
Lelaki misterius itu mencari celah dan ingin menyepak lelaki yang Atiqah kata Taha itu
Dan lagi tangan lelaki itu disepak kasar oleh lelaki lain . Lelaki itu berpusing pusing tak seimbang, sehingga lelaki itu jatuh terduduk 11 meter dari Taha dan Lelaki satu ini. Lelaki misterius itu mengeluarkan sesuatu dari poket belakang seluarnya. Dengan ligat dan profesional ,ia mencampakkan kearah Atiqah yang cuba untuk bangun dari baringnya.
benda yang dibaling lelaki misterius itu disepak Taha dan dibalas lelaki yang menolongnya hingga benda itu jatuh ketanah. Ternyata itu adalah 'shuriken atau pisau tersembunyi , senjata kecil yang bila dicampuri racun atau najis haiwan akan menyebabkan penyakit
' GAGAL ! SI*AL ' lelaki misterius lari secepat kilat melalui pokok pokok tinggi melangit .
Taha dan Lelaki satu itu tidak mengejar, sebab mereka ada cara untuk jejak.
Lelaki yang Atiqah kata Taha itu segera melihat Atiqah , Lelaki itu menjatuhkan hoodienya. Benar saja tekaan Atiqah, Itu adalah Taha. dan Lelaki yang menolongnya adalah Arumi
Taha memandang Atiqah yang tetap berusaha bangun , jarak mereka tidak terlalu jauh, 3.4 meter
" Bantu dia " Taha bercakap pada Arumi, Arumi pun melangkah kearah Atiqah yang sudah dapat duduk dari baringnya
" Menjauhi " Atiqah menolak dari ditolong Arumi , Arumi angguk angguk 2 kali dan membiarkan Atiqah bangun sendiri . Taha hanya memperhatikan
Setelah berkali kali Atiqah cuba bangun , Atiqah menyerah. Atiqah menunduk ' kenapa takboleh bangun. Aku tak merasa sakit pada kaki aku, cuma , ' Tangan kanan Atiqah mengengam lengan kirinya ' Ada apa sebenarnya , kenapa seolah aku lumpuh sahaja ? Kan yang luka hanya tangan, ada apa ni ? ' Tak segan air matanya turun
Arumi memandang Taha, Taha angguk sekali, Arumi terus mendukung Atiqah. Atiqah terus memberonta.
' Kenapa bukan abang sendiri yang mendukung , kenapa kawan abang ' Sekejap Atiqah memandang sebuah pokok agak tinggi, Ia melihat satu sosok berpakaian merah tadi menatap kearah nya.. Wajahnya masih tertutup topeng.
' Siapa kau ? Apa salah aku ? ' Perlahan mata Atiqah terpejam
Share this novel