> Kini Atiqah bersama kak Nurul di ruang tamu sedang bercakap <
" Tidak perlu, duit belanja kakak masuk kan saja ke dalam bank. " Penolakkan Atiqah menimbulkan tanda tanya pada kakak nya
" Kenapa begitu ? Duit belanja cukup ke ? Bulan lepas pun nak bagi, kamu tak mahu terima ? Dik, kalau duit belanja tak cukup cakap... jangan diam. "
" Kakkkk.. duit cukup la.. nanti kalau tak cukup, Na'Am mintak la.. atau Na'Am boleh ambil di bank je. Kak Nurul takyah la setiap bulan bagi nya, transfer je . " Atiqah memang tahu kakak kakak nya taknak akan dirinya kekurangan duit. Tapi mana kurang nya kalau setiap bulan bagi rm 1000.
Atiqah mencapai sampul surat putih lukisan bunga sakura didepan nya Di atas meja
" Kak ni dari abang Laufan " Atiqah memberikan surat itu kepada kak Nurul nya itu
" Eh bila punya ni ? " Nurul teruja menerimanya
" Malam tadi... Oh ya kak. Bang Laufan kirim salam "
" Waalaikumusalam "
> PAGI / AFIQ <
Afiq dan rakan rakan nya dari jam 4 sudah bangun. Untuk melakukan kerja dari KL dan untuk joging. Setelah joging mereka akan bersiap untuk memulakan hari pertama penyamaran Di sekolah SMK Kamil
" Aku tengok geng Marbo ni tak diam satu tempat la. " Aris berkata sambil melihat GPS di laptopnya. Tetikusnya bergerak gerak dan ditekan di belah kiri untuk melihat lokasi lebih dekat.
" Kau pasti kau letak GPS di tempat yang tidak diketahuan ke Aris ? " Ikwan seperti mengesyakkan sesuatu
" Aku yakin tempat yang aku letak kali ni tak diketahui . Kerja ni aku dah biasa la lakukan "
" Masa aku kat pulau pinang dulu. Mereka sungguh bijak. Aku letak kat tangki radiator. Keesokan harinya aku tengok GPS, dah hilang dah. "
" Tu sebab kau tak reti. Kau tak confident. Kau masih pemula "
pertengkaran mulut dua orang itu sangat menganggu Afiq yang sedang memasang microphone butang di kameja putih itu.
" Aris Ikwan, tak payah bertengkar benda tak penting la.. nanti tengok je balik ada ke tak GPS yang kau pasang " Nawi yang memarahi dua orang itu sebab kalau Afiq yang marah, mau terasa dua orang tu .
•••••• •••••••••• •••••••
> Tunzos <
disatu tempat ada satu lelaki yang berperut buncit sedang tergeletak di atas pasir pantai. Mulut lelaki itu berbuih , rambut lelaki itu basah akibat dibasahi air yang ditolak ombak .
Di atas meja didalam pondok sederhana ada begitu banyak Metamfetamina iaitu dadah perangsang berbentuk pecahan kristal bertaburan
Didepan lelaki yang mulut berbuih itu ada satu lelaki lain yang agak tinggi dan berbadan tegap. Lelaki itu dikelilingi asap Brata pipa yang di sedutnya .
Share this novel