> 69

Action Completed 10887

Perjalanan diteruskan hingga sudah beberapa jam. Kini kereta panjang berjenama toyota putih dan kereta jenama Honda baharu warna merah berani memasuki daerah perumahan rumah arwah papa Atiqah. Senyuman Atiqah sudah mengembang.

Baru sahaja kereta Toyota putih berhenti, Atiqah sudah membuka pintu penumpang belakang dan dengan cepat dia berlari masuk kedalam rumah, entah kenapa pintu tidak terkunci

" Assalamualaikum kakak kakak ku sayang !! " Sapa Atiqah dengan teriakkan ketika melihat kakaknya sedang makan manakala adiknya pula sedang latihan diruang tamu. Diruang tamu ?

' Apa budak ni buat sampai latihan kat ruang tamu ni ? ' Batin Atiqah dengan kepelikan

" NAAA'AAMM ADIKKU !! Huhuhu kakak sangat rindu pada Na'Am.. Huhuhu... " Ujar kak Nurul dan Kak Nurin dengan tangisan

" Eyy takyah nangis la. Na'Am dah kat depan mata kut.. Heh " Ucap Atiqah.

" Eh " Tiba tiba Nurin perasan akan beberapa mata yang sedang melihat sendu kearah Atiqah dan kakak kakaknya

" I-ibu.. " ucap Nurin dan Nurul bersamaan ketika melihat ibu mereka diluar.

Kejadian haru dijedakan sebentar dan selanjutnya akan diteruskan

Saat ini mereka semua sedang bercanda gurau setelah makan tadi. Jihah pula sedang bermain permainan yang Atiqah beli tadi bersama Niel.

Atiqah sebenarnya sedang memikirkan Dellia

" Kak.. " Panggil Atiqah pada Kak Nurul yang sedang bergurau dengan Kak Lulu

" Em ye. " Sahut Nurul

" Dell ada datang sini tak ? "

" Ohh Dell.. Ada. Kadang datang untuk borak borak dengan kakak. Kadang datang main dengan Jihah. Setiap hari rindu dengan kamu. Sekarang mungkin ada kat rumahnya. Sebab- " Belum habis Nurul cakap, Atiqah sudah mencapai hadiah buat Dellia, dan segera keluar rumah.

" Fuzel.. Ikut Na'Am " Ucap Puan Alia. Sebenarnya Nurin dan Nurul pelik kenapa mesti diikut. Tapi mereka cuba faham akan keadaan. ' Mungkin Na'Am sedang dipantau ' batin kak Nurul dan Nurin

> ATIQAH <

Baru sahaja sampai didepan pagar rumah Atiqah, Atiqah melihat Aris dan Afiq yang baru balik dari suatu tempat. Segera Atiqah menghampiri mereka

" Eh Atiqah " belum Atiqah menyapa, dirinya sudah dikejutkan dengan sapaan Aris

" Assalamualaikum cikgu Aris. Dan cikgu Afiq... " Atiqah memandang Afiq dengan tanda heran

" Waalaikumusalam , Atiqah kenapa tengok Cikgu Afiq macam tu ? " Aris bertanya

" Itu... Saya fikir, cikgu dan cikgu Afiq dah balik KL. Sebab bukan seharusnya cikgu Afiq dan 1 cikgu lagi tu, Pindah untuk ganti cikgu yang cuti beberapa bulan ke ? Lagipun.. Tak silap saya, beberapa bulan lepas.. Saya nampak cikgu Afiq la kat KL. Dan sekali tu saya nampak cikgu Afiq di party keberhasilan abang tiri saya, Tengku Rafi. Aa siapa cikgu sebenarnya ? Sebab masa saya nampak cikgu untuk 2 hari tu, cara cikgu bukan sebagai seorang cikgu " Akhirnya soalan tu keluar setelah lama sudah Atiqah berfikir fikir

Afiq agak terkejut dengan kejujuran Atiqah

" Kamu nampak cikgu ? Kenapa tak tegur cikgu masa tu ? " Afiq pula bertanya

" Kenapa saya kena tanya ? Dan jawab soalan cikgu ? Kan saya yang tanya dulu ? Cikgu ada sembunyi sesuatu ke ? " Soalan rumit akhirnya ditanya lagi. Atiqah memandang iris mata Afiq dengan dekat. Entah apa yang terjadi , entah sejak bila iris mata Afiq juga seperti Warna mata Iris Ikwan

' Merah darah ? Siapa kau sebenarnya ? '

" Mungkin itu kebetulan je Atiqah. Sebab saya tak nampak kamu pun. Lagipula saya kan memang asal KL. Saya ada hal keluarga disana. " Ucap Afiq

" Cikgu yakin ke ? " Soal Atiqah lagi

" Atiqah.. Maksud kamu apa ? " Aris yang bertanya

" Tak.. saya cuma bertanya, cikgu Afiq yakin ke tak nampak saya, tak tegur saya , tak berselisih pun ??? " Atiqah bertanya lagi

" Yakin.. " Sekali lagi Afiq mengiyakan jawapannya

" Kenapa saya tak yakin, dan saya melihat kebohongan juga tindakan pura pura dimata cikgu. Berhentilah bertindak begitu, cikgu kelihatan betul betul penipu ! " Setelah mengungkapkan fakta dari hati Atiqah, Atiqah bereda untuk pergi rumah Dellia

> AFIQ <

" apa maksud dia ? Kau faham ke Fiq ? " Aris bertanya kerana dirinya langsung tak faham

" Tak. Tapi mungkin yang dimaksudnya pembunuh abang dia. Entah la. Aku cuma rasa Atiqah kat sini akan lebih terancam. Untungnya pembunuhnya takda kat sini " Ujar Afiq

" tapi buat apa Atiqah kat sini ? Bukan seharusnya kat KL ke ? Kat sekolah ? " Soal kepelikan Aris yang sebenarnya mereka baru balik dari mengajar

Disisi Fuzel.

Yang tadinya dirinya ingin mengikuti Atiqah , tapi tak sengaja mendengar semua yang terjadi didepan rumah Aris, juga perkataan Afiq tadinya.

" Aku yakin mereka ada simpan sesuatu dari kami ( Tengku, Fuzel, Rafi ) " Akhirnya Fuzel bergerak untuk ikut Atiqah

> ATIQAH <

Atiqah baru sahaja tiba didepan rumah Dellia dan sudah memberi salam juga, hanya tunggu Dellia keluar. Atiqah bersembunyi dibelakang pokok kecil disisi rumah Dellia

Remaja bertudung dan berbaju t shirt warna hijau muda dan berseluar kelawar putih keluar. Dia terjenguk jenguk mencari orang yang memberi salam

" Eh siapa yang bagi salam ni ? " Dellia mengaru leher yang tertutup tudung itu

Tiba tiba Dellia mendapat pelukan.

" Dell.. Aku rindu gila kau kau !! Kau makin berisi je niii " Ujar Atiqah setelah melepaskan pelukan

" QAAAAAA Ya Allah.. Qa, ka.. Kau balik.. Aku rindu gila kat kau...huhuhu... Qa , kenapa lama gila mak ai nak tunggu kat balik ni. Kau tahu selepas aku tahu kau tiba tiba dibawa ke KL time kau koma tu aku seperti kena serangan jantung. Tah la aku masih risaukan kau selepas serangan pada malam tu. Huhuhu aku sangat rindu kau sahabat " Ucap Dellia panjang lebar

" Ahaha. Yeye kau rjndu, tapi sepertinya kau makan banyak ey dalam rindu nya pada aku, tengok ni perut kau mintak ampun gemuknya " balas Atiqah sambil menunjuk perut Dellia yang dikata gemuk padahal kurus.

" Banyak la kau " Dellia pura pura merajuk

" takyah merajuk la, aku takkan pujuk.. Nah aku bawak hadiah speciel edition untuk kau. " Ujar Atiqah sambil menunjuk beg hadiahnya

" Wahh special edition ehh.. " Baru sahaja Dellia ingin ambil hadiah nya sudah ditarik kembali Atiqah

" sebelum tu kau kena guna tau yang aku bagi, tambah tambah yang ini " Atiqah menunjukkan beg hadiah warna biru laut , didalamnya ada gaun warna pink " Okay ? Janji dan jangan menolak "

" Okay okay omma. I promise " Setelah Dellia mengungkap kata janji , Atiqah ingin tertawa, sebab apa yang dia tahu, Atiqah paling tak suka pink, sebab warna pink terlalu lembut baginya.

Disisi Fuzel

Fuzel tersenyum hangat melihat Atiqah dengan sahabat nya

" Segini rapat mereka. Entah kenapa aku rasa Atiqah sepertinya ingin memberi sesuatu yang tidak disukai sahabatnya. Semoga tidak ada pergaduhan "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience