Arai sedang duduk di bangku kantin. Matanya memandang handfonenya dengan kosong. Dia sedang mengelamun.
Saat ini dia sedang pura pura jadi cikgu di sekolah lama Atiqah.
' jadi gadis yang menyelamatkan Kaili itu Atiqah ? Hebat juga ! '
' kau bincang lah dengan Jakyi untuk tidak menyakiti Atiqah '
' Ha kenapa ?! '
' Jangannn ' setelah berkata begitu Zack berdiri dan menghampiri pondok
Zack memandang gadis Melayu itu dengan sayu
' aku harap boleh melindungi orang yang aku cari selama ini ' Zack mengengam kedua tangannya.
Semua itu tak lepas dari ingatan Arai. Arai mengingat semua itu dengan jelas
' Atiqah adik Zack ? Maknanya assassin itu mengincar keluarga Atiqah ? ' Atau terus memeras otak agar dapat memikirkan sebuah rencana
> AFIQ <
Divila Afiq. Dia sedang menyusun beberapa fail plastik. Tangannya mencapai fail kertas dengan cincin pengikat yang masih terbuka, ia menutup fail itu dan beberapa fail juga yang masih terbuka di atas meja kerjanya.
Afiq mengumpulnya menjadi satu dan membawa keluar.
Diluar dia bertemu Ikwan yang baru ingin menaiki tangga
" Eh Fiq.. Nak pergi mana pulak ni ? " Ikwan mendekati Afiq
" kita dah kena balik Perak. Urusan kat sana tak boleh hanya Nawi dan Aris yang urus. Kau pun cepat berkemas. " Ketika Afiq ingin melangkah pergi dihentikan oleh Ikwan
" Tugas kat sini macam mana ? Bukan banyak lagi ke ? " Ikwan cuba menyakinkan
" tugas kat sini dah selesai. Aku tunggu kau kat bawah. Cepat " Afiq terus pergi
Mata merah darah Ikwan sedetik mengeluarkan cahaya kemarahan. Kedua tangannya mengepal kuat. Dia nampak tegang. Segera ia memukul dinding di tembok untuk melepas kemarahan.
> AFIQ <
Tentu saja tingkah laku Ikwan ditangkap Afiq. Afiq saat ini sedang melihat CCTV di telefonnya. Dengan jelas ia melihat keadaan Ikwan sekarang
" Pembunuh upahan yang dicari semua jabatan ,sangat dekat dengan aku. Sebelum hal lebih buruk terjadi, hal satu ni aku kena uruskan . " Setelah itu Afiq melihat Ikwan yang didepan pintu bersama beg baju yang disandang. Ikwan memakai jaket biru bercorak angin di bahagian dada Ikwan.
Afiq menutup handfonenya dan meletak dicelah pintu.
Disisi Arai, Arai sedang berkerja keras untuk mencari maklumat Atiqah di laptop milik pejabat. Tadinya Arai masuk diam diam tanpa sepegetahuan siapa siapa.
Tapi maklumat Atiqah sudah dibloker oleh seseorang yang tentunya itu adalah tuan Hazli pengetua sekolah itu.
" Kenapa boleh macam ni ? " Arai tanpa frustasi akan hal itu. Segera ia mencari fail tentang Atiqah ditempat almari fail. Tapi setelah beberapa minit tetap tiada.
Arai sedikit memikir untuk mencaritahu dimana tempatnya
" seharusnya fail semua pelajar ada kat sini. Kenapa Atiqah punya takda. Padahal tak sampai sebulan Atiqah pindah. Pasti ada yang sorok " riak wajah garang Arai sudah terlihat. Dia sangat marah.
> ATIQAH <
Atiqah kini berada di kantin. Dia sedang makan sendirian .
Seseorang mendekati Atiqah
" Hai Atiqah. Boleh aku duduk tak ? " Mely bertanya dengan hati hati
" Em " ' kenapa dia sangat hati hati, bukan aku nak makan dia ! ' Atiqah jadi pelik
" nak tanya sikit boleh " Mely bertanya lagi dengan hati hati
" Em " Atiqah berdehem lagi
" Betul ke awak anak kepada Tuan Tengku ? Kalau macam tu awak tentu adik ipar kepada Tuan Raja kan ? " Mely bertanya dengan teruji tapi tetap dengan nada hati hati
" Tuan Raja ? " Atiqah tak faham
" Iya. Tuan Raja pemilik sekolah ni ? Menantu kepada Tuan Tengku . "
" Tuan Raja ? Menantu ? " Afiqah sedikit memikir ' Ohh tentu si sombong tu " Em " Atiqah dehem lagi
" Atiqah. Boleh kita berkawan ? Saya tak pernah ada kawan ? Mereka semua tak mahu kawan dengan saya sebab saya lahir tanpa ayah. Awak nak tak jadi kawan saya ? " Mely bercerita dengan nada sedih dan kembali ceria untuk bertanya
Atiqah melihat Mely " kenapa kau nak kawan dengan aku ? Aku tak kaya. Yang kaya keluarga Tengku. Aku hanya anak tiri. " Atiqah menjawab dengan nada tak suka
" Sebab dari awal saya tengok awak perkenalkan diri, saya tahu awak tidak memperdulikan status dan nama. "
" apa nama keluarga kau " dari nada bicara Mely tadi , Atiqah agak Mely bukan orang biasa
" Tang Mely "
" kau keluarga Tang ? Maksudnya kau ni anak kepada wartawan terkenal tu ke ? " Atiqah menebak
" Awak mengenalnya "
" Kau, ada yang menjaga ? Seperti keluarga kau upah spy ke ? Sebab tak silap aku. Keluarga kau ni orang terkaya yang menduduki tempat ke 3 kan ? " Atiqah menebak
" Ia ada. Dia kat atas atap. Sedang memperhatikan kita " Mely jawab lagi
' Nampaknya aku ada kawan. Sekurang kurangnya ada yang boleh jaga dia. '
" Baik lah kita kawan " Atiqah menjawab dengan sedikit senyum
" Kenapa awak terima untuk berkawan dengan saya setelah bertanya tentang keluarga saya "
" aku bertanya supaya aku tak fikir kau nak bolot harta keluarga tiri aku. Tapi setelah aku tahu siapa kau. Tak mungkin kau nak bolot harta Tengku. Paling tidak, aku akan cakap kau tamak. " Atiqah menerangkan dengan sedikit tidak jujur
Sebab yang sebenarnya Atiqah tidak mahu ada yang terluka kerana masalah dia dengan lelaki bermata merah darah ( Ikwan )
Mely tersenyum bahagia kerana dia sudah mendapat seorang kawan
Disisi Fuzel
Fuzel didekati seorang lelaki bayang Opss maksudnya mata mata
" Aku Fulan. Bodyguard Tang Mely. Kau bodyguard Atiqah bukan ? Sebab dari tadi aku nampak kau memperhatikan Atiqah " Fulan menebak dengan pakaian khas warna hitam
" Ye . " Fuzel menjawab dengan wajah sombongnya
" Kau takyah sombong sangat. Aku ni senior kau tau. Haha siapa boleh atur takdir. Lihat lah, akhirnya kita bertemu lagi bukan setelah akhir latihan di Mesir. " Fulan dengan sombongnya menyombong diri
' Akhh apa lagi ni. Aku cuma nak fokus jaga Atiqah, kenapa jumpa mamat poyo ni. Akhhh ' Fuzel berbisik dalam hati
Share this novel