Hari sudah mulai siang, Dibilik Atiqah saat ini Atiqah sudah agak lama menukar bajunya tetapi dirinya masih sahaja duduk di birai katil
Jari telunjuknya mengetuk getuk dahinya untuk beberapa kali. Dan sekali ini Atiqah bangun dan menuju ke tingkap kacanya yang sudah diperbaiki. Pandangan Atiqah menuju ke sebuah pokok yang agak rendah dibelakang biliknya.
" Akhir akhir ni Intimidator tu tak muncul pula. Aku yakin dia rancang sesuatu. Aku kena plan sesuatu ni. " Akhirnya Atiqah keluar untuk mencari Arumi.
°°°°°°°°° °°°° °°°°
Saat ini Atiqah dan Arumi berada disebuah cafe
" Huwaa cantik la cafe ni. Tapi sepertinya cafe ni selalu didatangi sweet couple " Ujar Atiqah, mata Atiqah memandangi Arumi didepannya " Bang Arumi selalu ke sini dengan ehm ehm ey ? " soal Atiqah dengan sengaja berkata begitu.
Ktak ~ Dengan sengaja pula Arumi memberi Atiqah ketukan didahi
" Adui.. Kan hanya tanya. Sakit la. " Aduh Atiqah
" Lain kali tanya tu hati hati. Lepas ni Na'Am nak pergi mana ? " Soal pula Arumi
" Mana mana je. " Tiba tiba terlintas di fikiran Atiqah untuk bertanya " Em bang Arumi, kat mana boleh Gim ey ? Atiqah dah lama tak pergi Gim la. " Ujar Atiqah dengan wajah memelas
" Gim ? Nanti lagi 2 bulan abang bagitahu. Sekarang tak boleh la " Ujar Arumi.
" Na'Am, abang nak cakap sikit ni. Jadi baik ye " Ucap Arumi
" Em. Apa ? " Atiqah yang sedang makan kek Lotus Biscoff itu hanya dengar
" Kematian Zack...... " Arumi menceritakan hal sebenar kenapa Taha merahsiakannya. Sambil itu Atiqah masih terus makan tanpa menguris.
°°°°°°°° °°° °°°
Keesokan harinya
Keluarga Tengku sudah berkemas kemas dan berkumpul di luar sekarang. Atiqah keluar dengan gemasnya kerana dirinya sudah tidak sabar berjumpa kakak kakak serta adik kecilnya. Begitu juga Dellia
' Ahhh Aku rindu gila dengan mereka. Tak sabar nak jumpa ' Ujar Atiqah dalam hati. Ketika sudah sampai diluar, dirinya melihat sudah ada Rlia, Niel, Ibunya serta papa tirinya. Ohh ada juga Fuzel yang setia menjaganya disana. Oh ye Lulu dan suaminya juga ada.
' Aihh mereka ni takda kerja ke ? Ke makan gaji buta ! ' Atiqah cukup hairan dengan kakak tirinya serta yang lain yang tak seharusnya ikut. Atiqah fikir hanya ibu dan papa tirinya sahaja yang pergi.
" A dek Na'Am dah siap pun. Jum " Rlia menganding lengan Atiqah.
Selama perjalanan ke Perak, akan mengambil waktu selama 3 jam kalau tak singgah kemana kemana.
" Ehm Ibu, kita tak singgah kedai mana mana ke ? Untuk beli sesuatu untuk kak Nurul, kak Nurin, adik ? " soal Atiqah yang sebenarnya agak ragu untuk memanggil dengan perkataan Ibu.
Puan Alia yang mendengar Atiqah memanggil dirinya ibu, tersenyum hangat. Kerana dirinya sudah lama menunggu Atiqah memanggil dirinya Ibu
" Ibu tadi ada bawak makanan dan hadiah dari rumah yang dah ibu beli semalam dengan Rlia dan Lulu. Kamu nak singgah kat mana mana ke ? " Puan Alia kembali menyoal.
" Ye. Dah beli sesuatu je. " Atiqah melihat Fzel yang sedang memandu " Atiqah nak pergi dengan bang Fuzel." Fuzel yang mendengar namanya disebut sebut , mengerut keningnya
' Aku tahu ni bukan sekadar beli. Tentu ada sesuatu ! Nona Atiqah licik ! ' Ucap Fuzel dalam hati dengan nada bergurau
" boleh je. Fuzel ke Mall ye. Lepas tu nanti teman Atiqah jalan jalan sekejap " Arahan itu dikeluarkan oleh Tengku Rafail
" Terima kasih uncle. " Atiqah masih tak biasa untuk memanggil papa. Kerana panggil papa hanya untuk arwah papanya saja.
" It's nothing, sweet " Ujar Tengku Rafail.
Atiqah hanya tersenyum canggung.
| MALL |
Atiqah dan Fuzel sudah ada didalam Mall saat ini.
" Nak beli apa Atiqah ? " Fuzel menyoalkan
" Tah la. Tapi taknak la mahal mahal sangat. Tabungan Atiqah yang kak Nurul dan Kak Nurin bagi pun hanya digunakan untuk belajar dan makan. Mereka tak bagi Atiqah membazir. "
" Eh , beli sesuatu untuk mereka pun membazir ? " Fuzel menyoal
" Tentu saja tak. Tapi Atiqah nak beli untuk kakak dan adik tak pakai duit yang mereka bagi. Atiqah pakai duit tabungan yang dari sekolah. " Sambung Atiqah
' Abistu buat apa bagitahu tabungan yang kakak dia bagi tadi ? ' Dengan wajah kurang faham Fuzel hanya angguk angguk je. Sambil terus pusing pusing satu Mall dengan Atiqah
" Huhh, kita kesana la. " Atiqah menunjuk satu tempat, sedangkan Fuzel ?
" Eh Atiqah , " Fuzel menarik lengan Atiqah yang akan segera kearah yang ingin dituju . Atiqah melihat Fuzel dengan tanda tanya
" Buat apa pergi sana ? Kat sana kan tempat permainan ? " Akhirnya soalan yang tak seharusnya keluar pun keluar
" Atiqah ada adik yang berumur bawah 7 tahun. Dia sangat imut dan jarang ada masa untuk bermain. Setiap hari sebuk dengan latihan. Jadi Atiqah nak bagi dia rest. Jum teman Atiqah " Atiqah menarik tangan Fuzel dengan riang.
' Sepertinya anak ini sangat ceria dan gembira untuk jumpa kakak kakak dan adiknya ' Fuzel turut tersenyum melihat senyum Atiqah yang tak biasa tu
Saat sudah sampai ditempat permainan, Atiqah hanya pilih Lego Friend , Frozen, dan permainan yang paling Atiqah suka iaitu Kitchen. Semuanya Atiqah pilih warna pink
Seterusnya Atiqah singgah ke kedai Ayana. Dari depan kedainya sudah ada patung tidak bergerak berwarna putih, dia memakai tudung dari jenama Ayana.
1 jam berlalu tapi Atiqah hanya sempat membeli buat Kak Nurul iaitu Tudung Ayana berwarna hijau, serta handbeg Guess warna merah . Handbeg yang dipilih Atiqah sangat elegen. Setelahnya Atiqah sempat membelikan buat Kak Nurin iaitu Kasut Kanvas warna putih juga selengkap alat solek dari jenama Glaix.
Saat ini Atiqah sedang pusing pusing lagi, yang menimbulkan tanda soal dari Fuzel yang dari tadi hanya memegang hadiah hadiah buat kakak kakak dan adik Atiqah.
" Atiqah, sekarang kemana ? " Soal Fuzel
" Sekarang Atiqah sedang cari sesuatu untuk Dellia. Sahabat terbaik Atiqah. Agak agak apa ey untuk minah tu. " Ujar Atiqah sambil mengetuk getuk kepalanya
" Haaa.. Akhirnya jum bang Fuzel kita mencari kasut " Atiqah menarik Fuzel menuju ke sebuah kedai. Fuzel terasa diheret heret dari tadi
Kasut Yunid hitam menjadi pilihan Atiqah.
" Dah ke ? Kita dah lama sangat ni ? Atiqah ingat tak kat bawah masih ada Tuan Tengku tau. " Ujar Fuzel bagi mengingatkan Atiqah. Tapi dari gerak geri Atiqah, dia masih mencari sesuatu. Atiqah menyunging senyum tanpa dosanya.
Fuzel pelik kenapa Atiqah menuju ke sebuah butik gaun.
" For What ? " Tapi Fuzel terpaksa ikut Atiqah
" Bang Fuzel " Atiqah memanggil Fuzel yang masih didepan pintu. Sebenarnya Fuzel didepan pintu sebab sedang mencari Atiqah yang tiba tiba hilang
Fuzel datang pada Atiqah yang sedang berdiri di depan sebuah gaun warna biru indah
" Atiqah nak beli ni ke ? " Soal Fuzel. Atiqah senyum. Dan geleng
" Tak. Tapi ini " Atiqah tunjuk gaun yang berada di belakangnya
" Ohh.. Saya ingat kawan Atiqah macam Atiqah. Rupanya ada juga perempuannya " Atiqah menunjuk gaun indah warna pink bersih..
" Ahahhahahah.. " Atiqah gelak sakan. Niat Atiqah nak kerjakan Dellia.
Akhirnya setelah selesai membeli , mereka pun ingin kembali
" Atiqah ? Duit ada lagi tak. Barang barang yang Atiqah beli ni pun habis rm 1000. "
" Takpe.. Atiqah masih ada beberapa ringgit. Dan tabungan dari kakak. " Ujar Atiqah sambil segera membantu Fuzel yang tampak kesian kerana membawa banyak barang
Terdengar hembusan lega dari Fuzel.
Share this novel