[ SELAGI ADA WAKTU, SELAGI ITU AKU KEJAR ]
> ATIQAH <
Entah jam berapa sekarang , tapi diluar cuaca sedang hujan deras. Dijalan raya sangat sesak dengan kereta.
Atiqah didalam biliknya bersama Si Arumi. Hanya Arumi ? Takla. Arumi dan Taha.
Setelah Taha dapat tahu Atiqah dapat ancaman dari kotak itu, segera Taha datang ke KL.
Atiqah sangat marah dengan Taha kerana Taha yang sudah lama tahu akan kematian Zack
" Dik. Dengar dulu.. Abang- "Sekarang setiap ucapan Taha semuanya dipotong Atiqah
" APA LAGI ! ABANG SENGAJA KAN ! LEPAS SATU SATU ! MULA MULA JAUH KAN ATIQAH DENGAN KAK NURUL , KAK NURIN DAN DEK JIHAH. SEKARANG KEPERGIAN ABANG LONG PON ,ABANG RAHSIAKAN KE ! APA ABANG NAK SEBENARNYA HAH ! TAK CUKUP LAGI KE DENGAN SEMUA YANG ABANG BUAT TANPA PERSETUJUAN ATIQAH SENDIRI ! MALAH ABANG JAUHKAN ATIQAH DENGAN DELLIA ! KAWAN SATU SATUNYA ATIQAH ! ABANG MEMANG TAK SUKA TENGOK ATIQAH BAHAGIA KE !! " Atiqah mengutarakan semua isi hatinya selama ini
" Dek...abang.." Lagi lagi Atiqah menghentikan perkataan abangnya dengan menghempas kotak yang ia dapat dari Ikwan
" KALAU ATIQAH TAK DAPAT KOTAK NI ! SAMPAI BILA BILA PON ATIQAH TAKKAN TAHU LA ! ATIQAH TAKNAK TENGOK MUKA ABANG !! KELUAR . KELUAR. " Akhirnya Atiqah berlari ke tandas dan mengurung dirinya sendiri. Atiqah duduk didalam bar mandi sambil menangis.
Taha sendiri terdiam. Rasa bersalah itu yang ada dalam hatinya. Taha memandang gambar yang ada dalam kotak tu. Air mata lelaki Taha jatuh setitik demi setitik
" Apa dia tak tahu , aku pon sakit. Bahkan aku rasa takmahu hidup lagi. Sebab aku fikirkan perasaan adik adik aku, sebab tu aku tak bagitahu lagi. Aku belum ada cara untuk bagitahu.
Aku sayang adik adik aku. Takmungkin aku biar kan mereka sedih . Siapa bajin*an yang hantar benda ni ! " Dalam mengutarakan kata katanya, ada niat kemarahan di matanya dengan orang yang membuat hati adiknya hancur
" Aku syak, ini orang yang sama yang beri ancaman pada Atiqah semasa di hospital tu " Ucap Arumi. Kerana memang hanya mereka yang tahu.
> AFIQ <
Dirumah Aris saat ini, sedikit ricuh walau hanya ada Aris dan Afiq. Maklum lah Nawi dan Ikwan kan saat ini ada di Melaka ( Atas urusan kerja ).
Aris saat ini sedang mengolah data dari nombor nombor aneh yang Afiq dapat dari pelosok bucu dinding. Laptop didepannya mengeluarkan satu persatu kotak hijau dan data data tulisan hijau. Seterusnya kotak merah keluar bersama tulisan merah.
Dahi Aris berkerut sebab data yang tertulis sangat aneh.
" Afiq ! " Panggil Aris ketika Afiq sedang mengkaji nombor nombor ganjil yang ada diatas kertas berselerakan di markas Jakyi.
" Hurm ? " Afiq hanya dehem
" Cuma tengok ni . Aku tak faham la perkataan pelik ni " Aris memusingkan laptopnya mengadap Afiq. Afiq melihatnya. Dahi Afiq sedikit berkerut juga, setelah nya Afiq cuma membaca dengan perkataan terbalik. Afiq seperti mendapatkan beberapa ayat, sekali Afiq cuba baca dengan 3 ayat dari tengah
" Formula ? " " Aris kau cuba betulkan ayat ayat tu. Aku rasa perkataan ni terbalik. Mungkir mereka sengaja menggunakan perkataan terbalik bagi mengelakkan dari ditiru musuh " Terang Afiq
" Maksud kau ni Formula buat dadah ? " Soal Aris pula sedikit menganga
" Kemungkinan. Nak tahu lebih lanjut kau kena selidik dulu " Dan Afiq menerus kan perkerjaan yang tertunda
Disisi Nawi & Ikwan.
Mereka baru saja ingin masuk kesebuah Restoran. wajah Nawi sedikit cemerut entah apa yang membuat wajahnya jadi begitu. Ikwan pula mempunyai wajah enteng , atau mudahnya tidak peduli. Selama Ikwan berada di Melaka Ikwan sering juga memakai topi hitam.
> ATIQAH <
Atiqah kini di atas katil, sendirian sambil termenung , Atiqah susah nak bangun dari keterpurukan. Matanya laju memandang rantai abang longnya yang berada digenggaman tangan Atiqah.
Dan mata Atiqah terbuka dengan lebar saat dia melihat sesuatu pada dinding yang dia campak kotak pada semalam hari. Segera dia bangun dan menghampiri dinding itu
Atiqah mengambil sehelai kertas coklat yang dilipat kecil. Atiqah membukanya dengan hati hati.
' Bagaimana hadiah pertama aku ? Ahahaha sangat menyenangkan. Seterusnya kau ingin siapa .. AHAHAHA 'Atiqah memandang tajam kertas itu dan tangan yang dikepal. Atiqah menumbuk dinding didepannya
" SETERUSNYA KAU YANG MATI !!! " Ucap Atiqah berapi api.
Atiqah segera menyarung tudung shawl hitamnya , dan jaket kain putih. Segera Atiqah berlari keluar ( ikut pintu ye )
Mengikuti tangga, dengan langkah terburu buru dia berlari. Atiqah melewati tangga tingkat 3. Kak Lulu dan Raja yang melihat Atiqah berlari tergesa gesa saling melihat.
" Adik Na'Am kenapa ? " Lulu bertanya pada suaminya
" Entah . dia dah okay ke ? " Raja berbalik bertanya pada suaminya
" Saya pun taktahu " balas Lulu.
Kembali ke Atiqah. Atiqah sudah sampai ditingkat 2. Atiqah berlari kearah kanan dengan sangat laju. Sebenarnya Arah kiri adalah ruang tamu di tingkat 2. Dan arah kanan pula ada bilik. Tapi hanya ada 5 bilik yang dipenghuni. Dan bilik lain adalah gim. Sebenarnya ruang tingkat 2 adalah ruang untuk lelaki. Jadi penghuni nya adalah Tengku, Rafi , Raniel. Tambah sorang lagi adalah Fuzel.
Atiqah mengetuk sebuah bilik dengan tergesa gesa. Didepan pintu tertulis nama yang ringkas iaitu ' FUZZEL ' Entah kenapa penghuninya sengaja menambah Z
Tok tok tokk.. Tok tok tok.. Tok tok tok. Tokk tokk tokkk ~ Banyak kali Atiqah mengetuk pintu bilik Fuzel.
Fuzel yang didalam pelik dan bertanya tanya siapa orangnya. Segera Fuzel menutup komputer dan membuka pintu
Clekk ~ muncul la Atiqah dengan wajah merah
" Oh Atiqah. Kenapa ketuk macam tu ? " Soal Fuzel pelik
" Bang Fuzel.. Atiqah dengar kat sini ada bilik gim. Kat mana ye ? "
Author ; WHATT !! itu je yang Atiqah nak tanya. Yang ketuk macam nak pecah rumah.
" Atiqah nak buat apa kat sana ? " Fuzel bertanya aneh
" Tadi Tengku kata ada barang yang tertinggal kat sana . Jadi Atiqah diminta ambil " Bohong Atiqah
" Eh ?? " ' Bukan Han pergi jadi komander ke kat Sarawak selama 5 bulan , semalam. ' Fuzel pelik
" bang Fuzel ? " Atiqah memanggil lagi
" Atiqah . Saya tanya sekali lagi. Atiqah nak buat apa pergi sana. Sebab setahu saya, bukan saya je. Satu rumah tahu Tengku Rahan pergi kem peralihan di Sarawak semalam. " Ujar Fuzel
" Eh ! Atiqah... " Atiqah menghembus nafas kasar " Fine ! Atiqah nak berlatih untuk jadi kuat. Selepas tu Atiqah akan bunuh orang yang selalu beri ancaman pada Atiqah. Dan Atiqah Sal die person doodmaak wat Atiqah se broer met Atiqah se eie hand doodgemaak het !! " Ucap Atiqah dengan amarah yang pekat.. Tapi.. Fuzel tak faham
( Atiqah akan membunuh orang yang telah membunuh saudara Atiqah dengan tangan Atiqah sendiri !! )
" Maksudnya ? " Fuzel tak faham dengan perkataan akhir tu
" Huhhh! Bukan apa apa. Cepat la. Kat mana ? " Atiqah bertanya lagi dengan desakan
" Kat sana " Fuzel menunjukkan pintu yang terakhir disisi tingkap
Atiqah memerenkan kepalanya " Aa bang Fuzel. Boleh Atiqah tanya ? " Soal Atiqah. Tapi Fuzel yang pelik sebab Atiqah tak pernah mintak izin kalau nak tanya
" Tanya la " Fuzel memberi keizinan
" Kenapa Gimnya dekat sebelah tingkap ? Bukan takboleh ke ? " Soal Atiqah
" Itu.. Tingkap sebenarnya memang takde. Tapi tu tingkap dibina sendiri oleh Abang Rafi kamu. Sebab setiap kali mereka Gim, mereka turut lompat tingkap tu menuju kebawah. Kalau kamu lihat, dibawah tu tak lapang, dibawah tu penuh dengan liku yang bahaya, dari batuan kaca, ada juga duri duri. Mereka selalu berlari mengelilingi padang ni untuk latihan. Seeloknya kamu jangan. Satu lagi tingkap ni bukannya Berada didalam Gim. Tapi disisi biliknya " Ujar Fuzel bagi menerangkannya
" Ohh.. Okay " Atiqah pon berlari menuju gim . Atiqah putar kembali melihat Fuzel yang masih melihatnya. " Bang Fuzel. Mereka selalu berlari dulu atau gim dulu ? " Sebenarnya tadi Fuzel dah bagitahu. Tapi Atiqah tidak terlalu dengar
" selepas " Jawan Fuzel. Tapi Atiqah mempunyai fikiran lain. Langsung saja Atiqah lompat tingkap tu dan mendarat di tanah batuan kecil yang tidak tajam. Fuzel yang melihat terperanjat
" Aduii baru je cakap jangan. " Segera Fuzel keluar mengikuti tingkap juga.
> ATIQAH <
Atiqah sedang berlari sambil menghindar batu batuan kaca serta duri duri di sepanjang jalan. Baru saja nak sampai garisan tamat untuk pusingan kedua . Telinganya dijewer seseorang
" Aghhhh.. Lepas lepas.. " Setelah telinganya dilepaskan.. Atiqah mengibas gibas telinganya yang panas akibat ditarik. Atiqah melihat ke kiri
" BANG FUZEL ! " Atiqah sungguh geram " Aaa sakit nya " renget Atiqah " Apa bang Fuzel ni. Sakit tau..jahat la. " Ucap Atiqah dengan menahan sakitnya
" Baru dijewer. Lagipun kat tadi dah cakap jangan berlari kat padang. Pasang ni bahaya. Kamu tu perempuan. Kalau ibu kamu tahu, abang kamu tahu, Tuan Tengku tahu. Bukan kamu yang kena hukum. " Bebel Fuzel
" Bagus la bang Fuzel yang dihukum dan bukan Atiqah. Boleh Atiqah berlari lagi, dan lagi lagi bang Fuzel yang dihukum. Lepas tu Atiqah lari lagi, dan lagi lagi bang Fuzel dihukum. Setelah itu Atiqah lari lagi.. Lagi lagi- " Perkataan Atiqah dipotong seseorang
" Lagi lagi apa ? " Rafi yang sedang berpakaian kerja bertanya
" Eh Tuan Rafi. " Fuzel sedikit terkejut
" Takyah la macam tu. Kita dah kawan lama. Biasa je. " Ucap Rafi. Dan disisi Atiqah, Atiqah angguk angguk dengan pembicaraan mereka
" Fuyohh bang Fuzel gemergelapan " Ujar Atiqah dengan cekikikan
" Tadi korang cakap apa ? " Rafi bertanya pula sambil mendekati mereka berdua. Rafi berdiri disebelah Atiqah. Posisi yang cukup rumit bagi Atiqah, kerana ketika ini Atiqah diantara mereka berdua
" Takde yang penting pun " Ujar Fuzel
" itu.. Tadi bang Fuzel cakap, dia akan DIHUKUM kerana Atiqah yang degil. " Ucap Atiqah " Bang Rafi harus memberi Atiqah keadilan " sambung Atiqah dengan mengoyang goyangkan tangan Rafi. Rafi dan Fuzel sedikit membegong
' Ada apa dengan budak ni ' Batin mereka berdua
" Tapi kan Atiqah memang degil " Bukan membela malah Rafi mengolok olokan Atiqah
" Huh.. Gini amat ya . Dah la Bang Rafi busuk " Setelah itu Atiqah berlari masuk rumah
" Aa...Aihh budak ni.. Punya la aku wangi " Rafi membela diri
" Ha ? Wangi ? Anda yakin ? Kenapa aku tak yakin Eh ? " Ucap Fuzel sambil bereda pergi. Takut terkena imbas
" Kau !!! " Rafi tahan sabar. Atiqah yang masih berada disitu, menahan gelak. Segera Atiqah berlari kearah Rafi
" Bang Rafi. " Panggil Atiqah
" Datang balik. Nak apa ? " soal Rafi pula
" bang Rafi baru balik ke. Nak keluar ? " Soal Atiqah.
" Abang ada majlis makan malam dengan klien. Kenapa ? " Soal Kembali Rafi
" pukul berapa bang Rafi balik ? " Atiqah menyoal lagi
" tak yakin.. Mungkin sebelum pukul 8. Kenapa ? " Sekali lagi Rafi bertanya
" Ehehe.. Boleh belikan pizza hut dengan sotong goreng tak ? " Soal Atiqah dengan senyum memohon
" kat mana ? " Rafi sedikit memikir
" Mana lah Atiqah tahu.. Atiqah jalan jalan pun tak pernah " Ucap Atiqah dengan nada putus asa
" macam mana kalau kita pergi berdua malam karang. Abang bawak. Nak tak ? Sambil tu boleh jalan jalan. " Tawar Rafi. " Ke nak pergi sekali dengan Arumi. Arumi rasanya tak sebuk. Atau ibu ? Ke Rlia ? " Rafi menawar lagi. Sebenarnya Rafi tahu Atiqah yang masih sedih akan kepergian Zack. Jadi Rafi cuba menghibur
" Dengan bang Fuzel macam mana ? " Sekali lagi Rafi bertanya sebab takdapat jawapan dari Atiqah
" Dengan bang Rafi je la. " Ujar Atiqah dengan senyuman.
" Okay. Malam karang kita pergi jam 8: 30 "
Setelah itu Rafi pergi makan malam dengan klien. Tapi Atiqah tidak terus masuk bilik. Atiqah melihat kiri kanan. Setelah nya memastikan tiada sesiapa. Atiqah ingin kembali berlari. Tapi
" Eh cik Atiqah ? Nak kemana ? " Seorang pengawal yang berkeliaran menegur
" Latihan ? Kenapa " Atiqah bertanya malas ' Huhh dari tadi diganggu terus ' Ucap Atiqah
" Puan dan Tuan memanggil Atiqah di ruang tamu. Katanya ingin membincangkan sesuatu . " Ucap pengawal itu.
" okay. Nanti saya pergi " Atiqah ingin sambung berlari. Dan lagi lagi dicegat pengawal itu
" Aa Cik Atiqah. Tapi Puan dan Tuan nak jumpa sekarang "
Atiqah terduduk di tanah atas sebab kecewa. Atiqah ingin sekali berlari di padang ini setelah mendengar penjelasan Fuzel tadi.
" Eh Cik Atiqah okay ? " Pengawal itu terkejut bila anak majikannya terduduk sedih
" DAH LA ! PERGI SANA " dengan sakit hati Atiqah menuju pintu belakang untuk masuk rumah. Pengawal itu terkejut . sekarang baru dia sedar bahawa
" Aku dah ganggu ketenteraman anak majikan rupanya "
Disisi Fuzel. Fuzel berada dibelakang dinding. Sedari tadi memerhati Atiqah. Fuzel ketawa besar akibat keinginannya dihancurkan oleh pengawal itu
> ATIQAH <
" Kenapa ? " Soal Atiqah dan duduk di sofa. Diatas meja ruang tamu tu ada air lemon teh. Ada juga buah buahan dan beberapa potongan kek
" Atiqah.. Kata cikgu sekolah kamu, sekolah kamu ada buat perkhemahan di sekolah bukan ? Kamu pergi tak ? " Tengku Rafail bertanya
" Tak. Malas. Bosan. Lagipun tu kat sekolah. Malas la . Lagipun Mely takde. Jadi Atiqah taknak . " Ucap Atiqah
" Ibu dengar , cikgu kamu buat selama 3 hari kan ? "
" Emm " Atiqah mengiyakan perkataan ibunya
" memandangkan kamu tak join.. Papa macam mana kalau kita pergi Perak. Tentu Atiqah nak jumpa Nurin, Nurul dan Jihah " Ujar Ibu. Sekejap mata Atiqah melebar, dan tersenyum manis. Tangan Atiqah mencapai buah beri di atas meja dan makan sambil menunggu jawapan papa tirinya
" Kalau Atiqah nak, papa okay je. Kerja pun akan diurus- " Tengku Rafail tidak sempat mengata habis sudah diputuskan oleh jeritan Atiqah
" Aghhhh ! Nak nak... Kita pergi besok ye ? " Atiqah seolah memohon
" Esok takboleh sayang. Esokkan masih sekolah " Tengku Rafail menolak
" Alaa. Lupa pulak " Atiqah cemerut.
[ Hahh Tentu ada yang pelik kenapa perangai Atiqah berubah berubah. Ye sebenarnya sejak Atiqah memanggil Rlia dan Lulu dengan Panggilan kakak tu, sebanarnya perlahan lahan Atiqah harus terima keluarga ini. Dan juga, agar Atiqah dapat kembali telefonnya.
Setelah berfikir fikir, telefon berguna untuk Atiqah bertanya khabar dengan keluarganya dan juga Dellia ]
> AFIQ <
Afiq sedang mengengam sebuah telefon bimbit warna hitam ( itu adalah telefon Zack yang telah didapati oleh Nawi di balai )
Afiq cuba mengecam suara yang dirakam dari telefon Zack .
Afiq beralih ke laptopnya , Afiq menaikkan beberapa nombor digit dan keluarlah beberapa maklumat serta gambar paman tua. Matanya seperti cakar harimau kerana matanya sangat tajam. Sekitar mulutnya sudah tumbuh kumis. Telinga satunya ada subang bulat warna gold.
" ni.. Bukan ke Marbo ? " Suara tu bukan suara Afiq tapi Aris
" Betul " Afiq angguk. Jari tunjukkan nya mengetuk getuk meja kaca didepan nya seperti memikirkan sesuatu . Dan mencantumkan semua yang telah mereka dapat. Sebagai satu pertunjuk
" Markas utama mereka dekat Sabah ? " Afiq bertanya dengan nada menekankan.
Share this novel