> 3 HARI SETELAH PENYAMARAN ITU <
Di kelas 5 Ilham ada pelajar cina baru iaitu 'Lian Kaiili. Sejak kecil hidupnya serba mewah dan menyenangkan, kelahirannya didalam keluarga itu bagaikan bunga matahari yang berkembang indah .
Di tangan putih salju itu disiapkan red flower bead bracelet. Di beg sandang pink yang digunakan oleh Lian pula ada keyching bintang yang berbunyi loceng
" Halo saya Lian Kaiili. Boleh memanggil saya Lian. " setelah Lian memperkenalkan diri di kelas Lulu itu. Lian dipersilakan duduk oleh cikgu Hazmi
" Terima kasih cikgu " Senyuman Lian itu membuat pipi lelaki dikelasnya baik chinese, india atau melayu. Semuanya kelihatan memerah.
> AFIQ / ATIQAH <
Selama Afiq mengajar di sekolah itu, Afiq mendapat juga untuk diluar sekolah. Iaitu
" whattt... kenapa cikgu tak bincang dengan saya dulu..teruk sangat ke mat saya.. saya rasa biasa je.. " Atiqah sungguh tidak menerima dengan berita yang ia terima dari Afiq itu
" kalau kamu berani.. pergi protes dekat pengetua. Jangan dekat sini. Bukan pengetua tahu " Afiq membalas protes Atiqah bila Atiqah tidak menerima Afiq akan mengajar Atiqah di luar sekolah juga
" saya berani apa ! " Atiqah meninggalkan Afiq sendirian di kantin sekolahnya itu.
Walaupun belum waktu rehat. Tapi Atiqah membeli sarapan pagi untuk makan dikelas. Macam biasa Atiqah sungguh malas makan di rumahnya
" apa masalah la budak ni.. Dia taktahu lagi ke mat dia yang paling teruk sejak tahun lepas lagi. Tak bersyukur langsung aku terima tawaran Encik Hazli untuk mengajar dia. Dia fikir aku nak ke kalau bukan dari pujukan Aris dan slip peperiksaan yang diberi Encik Hazli " bebelan yang Afiq bebelkan lebih parah dari perempuan itu diterima cekekikan dari Ikwan yang baru habis sarapan pagi di kantin itu bersama cikgu Zuki
> ATIQAH <
Atiqah memang berani jumpa Encik Hazli dan sekarang Atiqah nerada didepan pengetua itu.
Encik Hazli memandang Atiqah dengan sabar.
" Atiqah, cuba kamu lihat balik slip exam kamu tu.. kamu rasa baik ke buruk. Cikgu tak tahu betul kenapa kamu boleh jadi macam ni. Dulu dari form 1 sampai form 3 tempat pertama kamu dapat. Sekarang ni kamu yang pertama di belakang . Kamu tahu itu. Bila ditanya apa masalahnya. Jawapan langsung tak masuk akal. Cikgu tanya, apa masalah kamu ? kenapa kamu tak boleh nak dapat nombor 1 macam sebelum ni. Ha jawab " Encik Hazli yang sedang duduk di sofa itu. Dengan sabar melayani Atiqah yang masih protes
" Cikgu.. saya dah cakap. saya tak suka. Itu bosan. Alih alih kira. kejap lepastu kira lagi. Cikgu sendiri tak mengajar mat kan. cikgu ajar kimia kan.. Cikgu sendiri tak suka mat.. saya apatah lagi... lagipun.. matematik is very unimportant " jawapan Atiqah betul betul menunjukkan ia tidak menyukai matematik
" Banyak la kamu unimportant. Cikgu putuskan kamu belajar matematik dengan cikgu Afiq. Mutamad. Balik kelas ! "
" Tapi cikgu.. saya tidak mahu.. cubalah cikgu faham saya kali ni je.. atau saya tak mahu belajar kimia " protes Atiqah semakin menjadi jadi
Suara pedebatan antara Encik Hazli dan Atiqah terdengar sampai di luar pejabat Encik Hazli
Akhir sekali
Tok tok tokkk ~ pintu pejabat Encik Hazli diketuk
muncul lah Afiq dengan senyumnya
" em cikgu.. Maafkan Atiqah.. takpalah.. saya akan mengajar dia dengan baik hingga otak dan akal dia akan kembali pada Matematik. Kimia pun hati dia masih disitu " Ayat yang diberi Afiq itu membuat Atiqah bertambah protes
Atiqah ingin sekali bercakap lagi, Tapi Afiq bercakap lagi
" Kalau macam tu cikgu, kami keluar dulu ye " Setelah Afiq mendapat izin, Atiqah dipaksa keluar
> di luar pejabat <
Atiqah memandang Afiq dengan sangat marah
' eh sekejap.. kalau aku belajar dengan cikgu ni.. sambil tu aku boleh selidik selidik.. bagus ' akal Atiqah berfungsi ketika ingin memarahi Afiq
" baiklahh cikgu.. dengan keputusan cikgu itu, saya menerima dengan keterpaksaan. Jumpa dirumah cikgu ye. " Dengan santai.. Atiqah berjalan menuju kelas
" Dia ingat aku taktahu rancangan dia yang nak selidik aku tu. Dia ingat aku taktahu selama beberapa hari ni dia cuba mencari maklumat tentang aku dan tim aku. Budak ni buat tak tahu ke memang taktahu aku pasang CCTV kat rumah. Tak nampak ke apa " Taktahu kenapa sejak Afiq dapat tahu Atiqah dan Dellia cuba masuk rumah Aris ni..Afiq jadi cerewet macam perempuan.
Share this novel