>

Action Completed 10887

pagi sangat indah. Aktivitas dijalani dengan baik seperti biasa. Jalan raya mulai sebuk dengan kenderaan untuk pergi kerja dan sebagainya.

Atiqah yang sedang dirumah sambil badan disarung pakaian sekolah itu turun tangga perlahan lahan. Sampai didapur ia bertemu abang Taha, Si Arumi, Kak Nurul dan Kak Nurin. Jihah sering tak muncul diwaktu pagi.

Nurul melihat Atiqah menghampiri " Eh Na'Am ? Kenapa jalan macam patah kaki tu ? " Nurul memang tak dikasi tahu tentang cederanya Atiqah. Nurin pun

" Eh ye la. Kenapa Na'Am ? " Nurin menuangkan air susu untuk Atiqah yang akan ke sekolah

" Na'Am cedera " Taha bukak mulut bila lihat gaya Atiqah yang ingin bohong

" Eh ? Bila ? Takda. Kaki Na'Am tadi tersilap langkah kat tangga. Jadi sakit sikit " Bohong Atiqah

" Ye ke ni Na'Am ? Tak bohong kan ? " Kak Nurul curiga

" Takk.. Kak nak bagi kat sapa pulak makanan harini ? " Atiqah bertanya setelah melihat 3 tupperware 5 tingkat di atas meja

" Jiran kita, Depan rumah, kiri dan kanan. Na'Am tolong boleh ? " Kak Nurin mintak tolong

" Biar abang je yang bagi. Abang pun lama jugak tak bertegur jiran jiran kita " Taha menyampuk bualan adik adiknya. Sengaja tak mahu tambah beban Atiqah " Na'Am kaki kan masih sakit. Takyah sekolah lagi la " Tambah Taha sambil melirik Arumi

Arumi faham lirikan yang mintak sokongan tu " Em betul tu Na'Am. Rehat dulu kat rumah. Kaki ni kena rehat jugak.. Kalau dipaksa tambah sakit tu. " sokong Arumi

" Kaki ni tak boleh dimanja kan sangat. Dan kan Atiqah dah cakap. Keluarga Atiqah je boleh panggil Na'Am. " Atiqah ambik air susu di atas meja dan meminum nya hingga habis.

" Na'Am. Minum duduk la. " Nurin sering tengok Atiqah makan tanpa adab

" Na'Am nak cepat kak.. " Atiqah mencapai kuih bulan chocolate chip. Atiqah melihat Jihah turun tangga dengan masih ngantuk.

" Goodmorning " Jihah menyapa

" Goodmorning dek " Mereka sahut

Atiqah kucup kedua pipi dan dahi adik nya

" Gudmorning dek.. bye " Atiqah berlari keluar dengan kaki masih cedera

Taha yang melihat " Na'Am ! Jangan lari ! " Taha marah. 'Aih budak ni memang la. Degil ! '

°°°°°°°°°°° °°°°°°°°° °°°
Atiqah melewati satu persatu rumah. Memang sengaja Atiqah berkata pada Dellia untuk jumpa di sekolah. Atiqah singgah di satu kedai kecil. Jam pukul 8. Setengah jam lagi Atiqah akan masuk kelas.

Atiqah keluar dari kedai sambil memegang coklet 'hersheys dan Dairy Milk serta coklet Milo. Ia memasukkan ke dalam beg sekolah 'webee.

°°°°°°°°° °°°°°°°°°° °°°°°
Dellia dan Atiqah sedang berjalan menuju ke perhimpunan. Mereka terserempak cikgu Adam dan cikgu Zuki yang sedang ingin turun dari kereta

" Assalamualaikum cikgu " Sapa Dellia dengan senyum indah. Atiqah pun ikut menyapa 'memgeratkan silaturahim' Atiqah bercakap dalam hati sambil tersenyum

" Eh Dellia " Adam dan Zuki tidak menyambut yang wajib terdahulu

" Jawab salam dulu cikgu " Atiqah menegur

" Oh " Adam dan Zuki saling pandang " Waalaikumusalam "

' cikgu ni dah kenapa ? Jawab salam pun ragu ragu ' Atiqah memandang pelik mereka dengan hati yang masih berfikir pelik

°°°°°°°°°°° °°°°°°°° °°°°°
Tapak Perhimpunan

Encik Hazli bangun dari duduk. Dan menuju pentas

" Assalamualaikum wbt semua. Dan selamat pagi. Semoga kamu semua sehat hari ini. " Encik Hazli memandang barisan guru lelaki dan perempuan. Guru kanan angguk tanda menyutujui apa yang akan dikatakan Encik Hazli sebentar lagi

Encik Hazli melihat barisan pelajar pelajar didepan nya. Dan barisan pengawas dari form 2 hingga form 5 dibelakang barisan pelajar pelajar

> ATIQAH <

" Eh Qa.. kau tengok pengetua. Agak agak apalah yang ingin dikatakan nya.. serius benorr " Dellia berbisik pada Atiqah

" Kan."

" Pelajar pelajar yang dikasihi, dan guru guru sahabat baik. Pelajar baru kita, Lian Kailii disahkan meninggal semalam. Kita dapat khabar pagi ini oleh keluarganya. Mohon bersabar semua " Pengetua memberi khabar yang sangat mengejutkan Atiqah dan semua orang. Bahkan Afiq, Aris, Nawi serta Ikwan yang sedang berada tidak jauh dari tapak perhimpunan juga ikut terkejut.

" Ba..bagaiman boleh cikgu ? " Atiqah agak terkejut dengan kata kata pengetua

Pengetua yang dapat pertanyaan dari Atiqah , segera menjawab

" Lian Kailii disahkan oleh keluarganya mati dibunuh di hospital. Ketika ia mendapatkan rawatan. Yang membunuhnya seorang penjenayah. " Pengetua berhenti sekejap " Pelajar pelajar. Mohon berhati hati dan jaga diri. Kes penculikan mungkin berleluasa. Pelajar pelajar sila ambik kisah dan jangan terlalu melakukan aktiviti diluar tanpa pengetahuan orang dewasa. Jangan sendirian ! " Pengetua sangat merisaukan pelajar pelajar disekolahnya. Tapi apa yang dikatakan Encik Hazli, malah membuat pelajar dan guru guru tertanya tanya

" kenapa pengetua cakap pasal culik ? Ada kena mengena ke dengan kematian Kailii ? "

Soalan soalan mula timbul

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience