> 85

Action Completed 10887

Atiqah sebuk didalam bilik itu, sehingga jam masuk waktu 4 belum juga selesai.

Sesuatu menarik perhatian Atiqah ketika melihat sesuatu ditepi tingkat . Atiqah berjalan dan tangannya menutup cahaya yang entah datang dari mana.

" Tingkap yang melihat segala arah. Dari bawah hingga atas. Tepat lubang ni menghala sisi kanan rumah aku. Antara bilik gym, ruang latihan Jihah, bilik Jihah, bilik aku. Dapur, halaman belakang, ruang tamu. Dan ruang depan. Termasuk bilik belajar. " Seketika Atiqah gumam gumam dan memikirkan sesuatu. " Tak mungkin. " Atiqah agak terkejut dengan pernyataan.

" Dari yang kakak cakap, Jihah diburu sejak beberapa bulan. Apa jangan jangan Jihah pernah lihat rancangan Si pembunuh ni secara langsung jadi dia dijadikan taruhan ? Dan akan dibunuh ? Atau juga sudah dibunuh ? " Atiqah terus berfikir.

" Baiklah. Selesai. "Baru sahaja Atiqah ingin beranjak pergi, namun matanya melirik sebuah gambar yang berada tepat disebelah rak kosong, kalau dirumah Atiqah, rak kayu yang mempunyai 9 ruang kecil dan tak tertutup ni disimpan semua alatan muzik kecil kecil oleh kedua abangnya.

Atiqah mengambil gambar yang di lantai itu dengan tangannya yang sudah dipakai sarung tangan hitam.

" gambar siapa ni ? " gumam Atiqah ketika melihat seorang lelaki dan seorang perempuan yang seperti memakai baju pengantin warna krim sedang tersenyum bersama. Atiqah meneliti lagi kiri dan kanan mencari pertunjuk. Namun tiada lagi setelah 2 petunjuk mencurikan dijumpai tepat di jam 4:15 petang.

Atiqah melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Masih saja sama keadaan nya, tapi ada beberapa minuman diatas meja dan dilantai.

" Oh Atiqah ? Afiq kat atas. Nak cikgu panggilkan ke ? " Soal Aris yang mencuba taktakut. .

Atiqah hanya diam memerhati setiap laptop yang terbuka.

" apa kalian mencari keberadaan markas Tunzos ? " Soal Atiqah dan tepat sekali membuat yang diruang tamu terkejut dan kecewa kerana apa yang mereka buat dengan mudah ditebak Atiqah.

" Cikgu.... Oh Atiqah lupa nama cikgunya, tapi tak silap dia bagitahu namanya Jakyi. Atiqah dapat telefon darinya beberapa jam sebelumnya. Katanya dia ingin jumpa Atiqah tepat jam 12 malam ni ditaman belakang. Ada yang perlu Atiqah bantu ? " Soal Atiqah yang seperti tidak keberatan. Tiba tiba Afiq turun.

" Ada apa ? Semua terlibat kusut ? " Soal Afiq yang melihat rakannya terlihat kusut dan wajah panik

" Fiq, Atiqah cakap malam ni dia akan jumpa Jakyi. Dan Atiqah tanya apa perlu dia tolong. " Ujar Joho yang baru kenal Atiqah

" aku dah tahu. " Ujar Afiq.
" balik la Atiqah, dah petang ni. Nanti kakak kamu risau. Kalau esok kamu masih ada kat Perak, call cikgu. " Ujar Afiq yang tahu Atiqah takkan kongsi bukti atau bahan yang sudah dijumpainya atau tidak ada langsung.

" kenapa tak malam ni ? Jam 9 di warung. Esok Atiqah ada latihan dan takkan keluar rumah walau untuk jumpa Dell. " Ujar Atiqah yang seolah tidak mahu ambil tahu tentang Dellia lagi.

" huff. Cikgu akan kerumah kamu besok. " Setelah menghembus nafas Afiq memutuskan untuk datang kerumah.

" tak perlu. Atiqah sebuk. Apa apa Atiqah call je. Atiqah balik. " Ujar Atiqah sambil membawa bukunya. Sarung tangan dilepas dan dicampak pada Afiq. Seterusnya terus melolong pergi.

" datang tak diundang, pergi tak dihantar. Buat macam takda penghuni je kat rumah ni . " Gumam Afiq yang masih boleh didengar Tim nya.

' Afiq baru saja membebel ke ? ' Batin mereka menahan tawa

> ATIQAH <

Atiqah yang baru sahaja ingin masuk disapa Dellia yang baru datang

" Hai Qa. " Sapa Dellia

" Hai Dell. Kau datang. Jum masuk. Ada yang perlu aku cakap. " Ujar Atiqah dengan senyumnya. Ikutkan selepas kematian Fuzel, tiada senyum yang menghiasi wajah cantik Atiqah.

Mereka sampai dibilik gym. Selama Atiqah sampai diperak dari awal, Atiqah belum lagi masuk ke biliknya.

" Ada apa Qa ? " Soal Dellia yang gak aneh dengan cara Atiqah.

" Dell, segala masalah rumit. Selama aku kat KL, kau buat apa je kat sini ? " Soal Atiqah yang terus to the point

" Aku belajar la, exam lagi 5 bulan. Tapi selepas dapat ca dari kau, aku juga belatih bela diri. Apa yang rumit Qa ? " Soal Dellia

" Aku yakin kau tahu Jihah hilang. "

" tahu tahu. "

" aku tahu, kau dah hebat sebab sebelum ni kau juara berpedang. Aku serahkan hal Jihah kat kau. Hanya cari. Ingat hanya cari. Kalau dah jumpa bawak dia balik. Namun kalau dia dengan lelaki bertopeng itu, kau jangan lakukan apa pun meski dia menyakiti Jihah. Dan satu lagi aku bagitahu kau siapa lelaki bertopeng tu .. "

" siapa ? " Soal Dellia ta sabar

" Dia Ikwan Si pekebun bermuka dua kat sekolah. "

" serius ? Tapi betul juga tu.. Selama beberapa minggu ni, aku tak nampak dah mereka kat sekolah Eh maksud aku dengan cikgu cikgu tu. "

" cakap pasal cikgu cikgu tu. Kalau kau perlu bantuan , kau mintak pada cikgu Afiq. Tak perlu sungkan. Cikgu Afiq akan tolong. Kau terus ambik nombor cikgu cikgu tu. Oh ye Qa, esok aku tak keluar rumah, atau lebih tepatnya aku takda kat rumah. Aku ke sungai. Tempat aku sempat cedera disana tu. " Ujar Atiqah.

" Tapi Qa.. Kau yakin ke. Tentang adik kau. Kau serahkan dekat aku ? Kau kan kakak dia.. Aku kan cuma- " Perkataan Dellia terpotong Atiqah

" Aku terlalu sebuk uruskan permainan Si bermuka dua tu. Kau je. Lagian kalau kau perasan, Si bermuka dia takkan teruskan permainan jika ada cikgu Afiq. Jadi kau kena terus berkerja sama dengan Cikgu Afiq. " Ujar Atiqah bertubi tubi

" okay okay. Qa, kau hati hati tau. Seperti janji kita. Kita kena bersama sama sampai hayat memisahkan. " Ujar Dellia dan memeluk Atiqah

" ye. Kau pun hati hati. "

Malam harinya, Atiqah masih sebuk dengan buku dan masih belum ingin makan.

Tiknok tiknok ~ Angka jam yang berada di bilik gym berbunyi bunyi , Atiqah yang memang tak keluar dari bilik gym itu , melihat jam.

" ternyata sudah " Atiqah bangun dari duduknya dan bergerak keluar dan pergi kearah biliknya. Tanpa melihat kiri dan kanan, Atiqah terus pergi ke almari dan mengambil jaket putih. Menyarung dan memakai tudung, Hoodie dinaikkan dan hanya nampak wajahnya sahaja. Masker putih dicapai diatas nakas dan dipakai nya.

Jam baru beranjak jam 10. Atiqah rasa lapar dan ingin kewarung uncle Raja. Masih ingat bukan bab pertama Atiqah dan Dellia ke warung Uncle Raja. Kali ini dengan sendiri Atiqah kesana.

Atiqah sengaja menarik perhatian dan selalu keluar, hanya untuk mencari bukti lain.

Sampai dibawah, suasana hening. Bukan tiada orang, ada saja. Dibawah ada kedua kakaknya, ibu dan papa tirinya.

Ditangan Atiqah masih memegang buku seolah tidak mahu jauh jauh dengan buku itu.

Atiqah berjalan kearah keluarganya itu di ruang TV.

Sunyi sepi. Tiba tiba

" Ibu, kak, dan uncle. Na'Am keluar. " Ujar Atiqah dan beranjak pergi tanpa menunggu respon mereka.

" Eh ? Tapi nak kemana ? " Soal sang Ibu begitu juga Nurul

" makan. " Jawab Atiqah

" sendiri ? " Soal Rafail

" bertiga. " Ujar Atiqah dan terus pergi

" bertiga ? " Soal mereka sesama sendiri.

> ATIQAH <

Dan benar saja, memang bertiga. Di warung Uncle itu ada Atiqah, Dellia dan seorang anak kecil. Mereka makan tanpa bunyi.

" Terima kasih kak, tolong Jihah. " Ujar Anak kecil itu yang ternyata Jihah dengan pakaian yang sedikit terbilang kotor dan rambut acak acakan.

" hal mudah " Sambut Dellia. Entah bagaimana Dellia boleh jumpa dan basah Jihah dalam waktu kurang 24 jam.

" lepas ni terus balik dengan Dell. Yang dirumah sangat risau. Dan kamu jangan risaukan hal lain. " Ujar Atiqah yang baru selesai makan tanpa melihat Jihah

" baik kak. "

" lepas tu mandi, makan dan tidur dengan Kak Nurul. Mintak kak Nurul dan Nurin tak tidur terpisah. Juga Jihah esok jangan latihan lagi. Nanti panggil bodyguard kamu datang rumah. Dan pasang beberapa guard didepan rumah. Dell nanti bagitahu mereka dirumah, aku balik lambat. Oh satu lagi. Kau pun Dell, nanti tidur je kat rumah aku. Baju sekolah lama aku masih ada dilemari. Guna je. Dan jangan tidur terpisah dengan yang lain. " Ujar Atiqah dan setelah selesai terus berdiri.

" Eh kak ? Nak pergi mana ? Jangan pergi ? Dah malam. " Ucap Jihah menahan Atiqah pergi.

" tak lama. Balik je dulu. Dell aku dah bayar sebelum korang sampai tadi. Cakap kat kakak jangan risau. Saat esok aku pastikan Si bermuka dua selesai. " Ujar Atiqah yang sudah ada rencana.

" hati hati Qa. " Setelah Itu mereka berpisah disitu.

" kak Dell. Kenapa tak tahan kak Na'Am pergi. Itu bahaya kak " Ujar Jihah yang masih takut

" jangan risau. Jangan takut. Atiqah kakak kamu tu berani dan kuat. Takkan kenapa kenapa. Lagi pun , Atiqah ada hak penting yang harus dilakukan. " Jawab Dellia tanpa risau.

Sepertinya badan mereka dah kenal tanpa rasa takut lagi.

> ATIQAH <

Tepat jam 12 malam. Atiqah berjumpa Arai dan Jakyi di taman.

Seorang gadis tertutup jaket putih, Hoodie hingga menutup kepala dan masker yang menutup sebahagian wajahnya. Datang tanpa peduli hal lain.

Terlihat sebuah kereta sudah terparkin ditaman. Atiqah berjalan ke padang taman yang luas itu. Diterangi cahaya setiap sisi. Ada 2 orang lelaki sedang menunggu. Atiqah datang tanpa takut, akibat sudah tahu siapa orang itu.

" Kamu datang, cikgu fikir kamu takkan datang. " Ujar Amron yang bangun dari duduknya diikuti Jakyi.

Atiqah melirik jam ditangannya " Tepat jam 12. Ada apa ? " Soal Atiqah yang ditangan masih ada buku. Atiqah baca buku itu disaat perjalanan dia ke taman dan kewarung tadi.

" duduk dulu. " Ujar Jakyi.

" ye tuan Jakyi. " Ujar Atiqah menyindir. Setelah duduk, Atiqah yang mula cakap

" Atiqah tahu, ini perangkap bukan. Tuan Jakyi dan Tuan Amron mintak kesini untuk culik dan bunuh Atiqah seperti bos kalian mintak. Bukan begitu ? Atiqah betul kan. " Ujar Atiqah menyindir mereka. Benar mereka, sebenarnya keliling taman ni sudah dikepung orang orang Jakyi. Atau boleh dikatakan Orang Tunzos.

" Tepat. Dan kamu dengan berani datang dan duduk tanpa peduli sekeliling. " Ujar Amron yang tak terkejut sudah ketahuan Atiqah.

" kenapa perlu culik dan bunuh. Kenapa tak disini je. Boleh Atiqah susul abang Zack secepatnya. " Ujar Atiqah tanpa pedulikan mereka. Dirinya sebuk membaca buku.

Namun Amron terdiam mendengar itu.

" Berani sekali. Namun aku tahu , kamu datang dengan berani ada sebab. Katakan, apa itu ? " Soal Jakyi

" Tepat. " Atiqah membuka halaman seterusnya dari helaian buku itu, satu gambar diambil dan ditunjukkan pada mereka berdua. Dan benar saja. Jakyi maupun Amron sangat terkejut melihat gambar itu. Itu adalah gambar yang Atiqah jumpa dirumah Aris.

" mana kamu dapat gambar ni ? " Soal Jakyi.

" tak susah jumpa. Bagitahu Atiqah siapa kedua orang ni. Kelihatannya anda berdua sangat terkejut. Memandangkan ini adalah malam terakhir Atiqah, jujur sajalah. " Ujar Atiqah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience