" perhatian pelajar pelajar dan rakan rakan guru sekalian" Tuan Hazli atau pengetua di sekolah SMK Kamil itu berdiri dengan megah dengan memakai baju motif kelopak bunga lavender
" Hari ini kamu semua ada 2 guru baru serta seorang pembantu sekolah. " tuan Hazli menjemput guru baru itu untuk naik .
Baru sahaja Ikwan dan Nawi naik.. pentas sudah riuh.. apalagi Afiq naik.. Bahagian pentas sudah mula tak terkendali
" Fulamak.. gila ahh.. betul ke ni cikgu baru kita ni... hensem gila.. "Ajwa antara teman sekolah Afiqah segera memanggil Lulu yang sedang sebuk menyalin jawapan dari buku latihan Ajwa
" Lulu.. Lulu.. tu tengok.. cikgu baru kita.. bukan calang calang duhh " Lulu yang berhenti menyalin akibat terganggu segera menoleh.. Matanya terbuka luas
" Gila hensem.. Cikgu apa tu ? Aku nak ajak dating la . " Lulu adalah musuh kepada Atiqah dan Dellia..
" Uweii tengok tu.. yang pakai kameja biru tua tu.. comeyy nye muka dia... aku pun nak pikat la cikgu ni .. jadi buah hati aku.. " Ajwa pun tergila dengan menunjuk nunjuk si Nawi itu
> ATIQAH <
Setelah Dellia melihat siapa guru baru itu, secepatnya ia menarik Atiqah yang sedang bermain handfone secara diam diam itu
" Qa , Qa.. tengok siapa cikgu baru kita Qa.. " Dellia terus menerus menarik Atiqah
" Kenapaa.. biar jela.. "Dellia memuncungkan mulutnya bila Atiqah tidak mahu lihat
" Qa.. jiran baru kau jadi cikgu baru kita.. tengok tu kawan cikgu Aris " Setelah mendengar jawapan Dellia.. Atiqah segera mengangkat muka . Setelah melihat muka muka itu. Segera Atiqah menunduk
" Qa kau kenapa ? " Dellia berasa pelik dengan tindakbalas Atiqah
" Dell kau tak rasa pelik ke.. ingat ey.. mereka dari KL.. datang sini 2 dari 3 itu jadi guru macam cikgu Aris.. sorang lagi tu jadi tulang kebun.. Tak pelik ke ?.. Aku syak.. mereka ni.... " Keputusan Atiqah terputus bila Dellia menyambung
" Maksud kau.. dorang ada tujuan datang sini ? "
Atiqah angguk " Bagaimana kalau kita selidik dengan lebih jauh ? " Atiqah memberi cadangan
" lebih jauh.. kau tahu Qa.. Terakhir kali kita masuk rumah cikgu.. Aku rasa itu yang paling jauh yang mampu aku buat. Lebih jauh apa yang kau maksud.. kita tak pernah tau masuk rumah jiran diam diam macam tu " Dellia sangat risau dengan keputusan kali ini...
" Aku cadang... " Atiqah menunjuk teks dari apa yang sudah ia tulis tadi pada handfone nya pada Dellia
• TEKS •
- MASUK RUMAH MEREKA DAN SELIDIK / MENCARI SESUATU YANG MENCURIGAKAN
Dellia sedikit tidak percaya
" Qa.. kalau la mereka itu memang betul betul penjahat atau bertujuan.. bagaimana kalau mereka buat perangkap kat rumah tu.. Kita dalam bahaya tau Qa.." Dellia bisik pada Atiqah takut jika rakan rakan yang lain memdengarnya
> AFIQ <
Setelah pengetua memperkenalkan mereka bertiga.. 2 orang guru baru itu diberikan name tag hitam yang sudah seminggu ditempah
Nama E. Afiq tentera disitu. Juga E.Nawi ( (E) bermaksud ekspektor atau dalam bahasa guru dan pelajar E adalah Encik )
Ikwan diberi Name Tag hijau dinamakan E. Ikwan
Share this novel