> 72

Action Completed 10887

Malam tiba Atiqah dan Dellia sudah bersiap dengan pelengkapan menyamar. Apakah seperti ninja turtle ? Atau mungkin seperti keluang Man ? Tentu tidak.

Mereka berdua bersama sama memakai jaket hitam serta berseluar hitam . Hoodie menitup kepala. Sepertinya saat ini mereka betul betul akan menumpaskan orang tralala itu

" Qa. Kenapa kau nak kita pakai macam ni ? Kita bukan pembunuh upahan wehh " Ucap Dellia yang sedikit risih dengan berpakaian seperti itu, yela selalunya kalau mereka menyamar mereka akan berpakaian hantu hantu macam tu.. Ni apa ? Batin Dellia

" Sebenarnya kau nak tanya kenapa kita tak berpakaian menyamar hantu hantu kan.. Aihh kau. Kita menyamar macam tu kalau nak kenakan orang orang la.. Tapi kalau macam ni, tu namanya nak masuk rumah mereka, dan selidik. Kali ni bukan kita yang tangkap basah mereka. Tapi jawatan kuasa. Ahahaha tengok la , kalau tindakan mereka bukan kriminal kemungkinan hanya dihalau. Tapi kalau kriminal, aku yakin jawatan kuasa akan panggil polis sekali. Jadi kau tahu tahu la kalau polis ada apa yang akan terjadi. " Ucap Atiqah dengan nada bangganya

" Wahh, idea kau cemerlang. Jadi kita nak mula dari mana ? " Soal Dellia yang saat ini baru sahaja menyarung sarung tangan hitam

" Mula dari mana ? Ahaha, tentu saja kita kena menyamar untuk keluar dari rumah first, agar lelaki depan pintu tadi tu tak ikut. " Ucap Atiqah dengan gelak tawanya

" Macam mana ? Kau ada idea lagi ke ? Oh ye Qa, aku lupa nak cakap, kakak kakak kau dh tahu tau kita yang selalu pedajal orang orang perumahan ni. Gila ahh selama kau takda, aku kena soal siasat. " Ucap Dellia

" Kesian. Tadi aku dah ada idea cemerlang dah. Tapi bila kau cakap tadi kakak kakak aku dah tahu, hilang terus idea nya. Kalau macam tu, macam mana kalau kita cakap dengan kakak aku kalau kita nak makan kat warung uncle Raja. "

" Alaa Qa. Tapi kan, harini kakak kakak kau dengan ibu kau masak Mi Bandung. Aku baru kepengen makan sebelum berangkat " Renget Dellia

" Nanti balik boleh makan "

" Qa, kita selalu buat kerja ni kan sampai waktu dini pagi. Mati kelaparan la aku kalau macam tu "

" Mati kelaparan ? Kau tengah lapar ? "

" Ye la. Lagipun kan masih awal Qa , orang orang tu masih ada kat rumah mereka "

" Kan aku cakap aku nak tengok muka lelaki Trala- "

" Ye.. Tapi kan nanti selepas kita selidik rumah mereka, kita tetap dapat jumpa mereka. Kita habis jam dini pagi, mereka balik jam dini hari. Kan sama " potong Dellia dengan ucapan Atiqah barusan

" Selepas kita selidik kan kita nak makan "

" Sebelum kita menyelidiki la kita makan Qa. "

" Nanti , aku takda alasan lagi nak bagi kat kakak "

" Emm macam mana kalau kita cakap , kau nak jumpa ayah aku je . Ayah aku ada buat kolam ikan . Kau kan suka hal macam tu, aku yakin Kakak kau bagi. " cadang Dellia

" Tapi , lelaki yang bernama Fuzel tu akan ikut. " bantah Atiqah " Baiklah, Dell. Kita makan kat rumah dulu. Karang kita settel kan siasatan lebih cepat sebelum lelaki tralala tu datang. Okay ? "

" Tapi, alasan apa nak bagi kat kakak kau "

" Jujur je. Aku akan buat kakak setuju. Tak mungkin kakak akan diam je , lagipun kakak kan tahu niat aku baik. Hal bang Fuzel pulak.. Nanti aku cakap sendiri. Okay ? "

" Aa Qa.. Sorry aku buat kau susah. Aku cuma sangat ingin makan dengan kau dan keluarga kau seperti sebelum kau ke KL. Takda masalah. Dan makan ramai ramai. "

" Ye.. Alahai, takyah sedih la. Jum aku pun lapar ni "

Akhirnya mereka berdua pun turun. Dimeja makan sudah siap dengan Mi Bandung dan beberapa makanan sampingan. Beberapa orang pun dah berkumpul , kecuali Fuzel, Tengku Rafail dan Niel. Yang lain dah ada. Baru sahaja kaki Atiqah dan Dellia menapak di lantai bawah, Fuzel, Tengku Rafail dan Niel yang digendong Tengku Rafail datang bersamaan.

" Qa.. Ini ke keluarga baru kau ? Hebat ahh " Ucap Dellia yang memang baru nampak. Sebab tadi Atiqah memang tak kenal kan orang orang ni kecuali Fuzel. Keluarga Tengku dan kakak kakak Atiqah pun taktahu Dellia datang. Tadi Fuzel dah disuap Atiqah agar tak beritahu mereka semua.

Kata Atiqah
" Kalau bang Fuzel bagitahu kakak dan yang lain , bahwa Atiqah dah balik tambah tambah dengan Dellia. Jangan harap ! Boleh tahu bila Atiqah keluar rumah dan dengan sapa ! Huhh "

Atiqah dan Dellia menuju meja makan sama sama.

" Eh Dell, Na'Am " Ucap kak Nurul dan Nurin bersamaan akibat terkejut

" Hai Kak " Sapa Dellia

" Hai Kak Dell, kita berjumpa lagi " Dari kejauhan Jihah menyapa Dellia. Dan Dellia membalas dengan senyuman

" Eh ni sapa ? " Lulu bertanya akibat memang taktahu tentang Dellia

" Ni Dellia. My Bestie . " sambil Atiqah memperkenalkan Dellia, Atiqah menarik Dellia untuk duduk di meja makan

" Selamat malam uncle aunty " Ujar Dellia

" Ahaha, Dell. Tak payah canggung cengitu. Nah makan. Kita nak cepat kan " Atiqah memotong sapa sapaan antara Dellia dan keluarga tirinya dengan menyuap tteokbokki kedalam mulut Dellia

" Oh iye.. Aku lupa " Dengan mulut penuh Dellia membalas

" Huhh ? Na'Am nak kemana ? Kan dah malam sayang ? " Puan Alia menyoal kerana heran

" Mensiasati kasus pemberontakan " Jawab Atiqah sambil terus memakan makanan nye. Namun dengan cepat Nurin menangkap maksud Atiqah

" Maksudnya Na'Am nak ke rumah jiran baru belakang rumah kita ni ke ? " Soal Nurin dan Nurul bersamaan "

" Boleh dikatakan begitu. Kakak tak payah la percaya sangat dengan jiran tralala tu. Kakak bukan kenal sangat kan dengan orang orang itu, asal mana pun akak tak tahu. Terus percaya kata orang orang tralala tu. Sampai orang fitnah orang yang rapat dengan kita pun kakak percaya bulat-bulat. " Sekejap Atiqah berhenti makan dan memandang kakaknya

" Kakak sendiri tahu mereka orang baru, jiran baru, duduk kat belakang rumah kita. Tapi mereka menceritakan , memfitnah Bang Laufin. Padahal mereka orang baru tu, macam mana mereka tahu , mereka kenal bang Laufin. Dah terang sengaja nak merosakkan hubungan baik sesama manusia. Na'Am betul kan ? " soal Atiqah yang memang menahan emosi sedari siang tadi setelah mendengar cerita tentang lelaki tralala tu .

" Tapi mereka ada bukti " Ucap kak Nurul. Sebenarnya orang orang dimeja makan tu masih tak faham maksud Atiqah dan Nurul Nurin, kecuali Dellia, Fuzel, dan kakak kakak Atiqah.

Atiqah malas nak menjawab. Jadi Atiqah meneruskan makannya

" Atiqah , Fuzel ikut kamu ye nak. " Tengku Rafail cuba bercakap dengan diamnya Atiqah

" Takpalahh.. Atiqah boleh jaga diri sendiri. " Atiqah memandang Fuzel yang ingin membantah

" Kalau tetap nak ikut Atiqah, Atiqah takkan segan segan tak menurut dan melawan setelah ini " Ugut Atiqah. Ya memang akhir akhir ini perangainya menjadi lebih baik.

" yelah " Jawab mereka

" Jangan ingat Atiqah tak tahu , bang Fuzel selalu ekori Atiqah diam diam. Asal hal tu terjadi harini, apa yang Atiqah cakap , akan terjadi " Sambung Atiqah.

Akhirnya mereka sambung makan.
Setelah lamanya, akhirnya Atiqah dan Dellia segera keluar untuk memulakan siasatan menghukum jiran tak sedar diri.

_________________ ___________ __________ _____________

******

MAKASIH KERANA MASIH MENUNGGU AKU UP.
KAMU SEMUA THE BESTT !!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience