Parkin motosikal di Hospital ada Taha dan Arumi yang baru tiba.
Di sisi lain, di dalam Wad Atiqah sangat suram dan seram kalau dibayangkan. Kerana sekarang yang bersama Atiqah adalah abang tirinya Tengku yang terkenal dengan penuh kekejaman.
Sejak Tengku masuk wad Atiqah, mereka saling diam diam dan diam. Bahkan satu suara pun tiada.
Tengku sangat kacak, bahkan dari hujung kasut sampai hujung rambut semua kelihatan sangat mewah dan berstail Amerika.
Wajahnya tiada titik senyum disitu seperti wajah ikan ? Dari mata seperti banyak misterinya.
Dirinya sebuk berkerja bahkan ketika menjaga Atiqah saat ini, ia masih sebuk dengan telefon nya. Sering juga mata misterinya melihat keadaan Atiqah.
Sekejap ia bangun dan berjalan kearah katil
" lepas. " tangan Atiqah menarik kasar tangannya kembali
" kalau nak air..tu cakap. Kalau tak mampu jangan nak berlagak boleh . " Suara lelaki tu seperti sangat tenang tapi tu bagi Atiqah TIDAK. Dengar suara nya sama sahaja seperti dengar suara gemuruh gemuruh petir.
Tadinya Tengku melihat Atiqah ingin ambik air yang jauh darinya. Yaa tahulah Atiqah tak suka tunjuk lemah depan orang lain.
" Nah. " Tengku dengan lembut memberi air pada Atiqah. Tapi Atiqah tidak menyambutnya bahkan matanya tidak melihat Tengku.
Tengku berinisiatif untuk duduk di pinggir katil
" duduk jauh jauh la ! " suara Atiqah sangat berbunyi tak suka
" minum la dulu. Nak minum kat tadi. Lepastu aku duduk jauh jauh. Nah ambik " Dengan lembut lelaki itu memujuk
" Kau takkan mampu pujuk aku. Pergi sana !! " suara Atiqah mengema di bilik itu
" Na'Am ! " suara itu berasal dari pintu . Segera Atiqah dan Tengku melihat kearah pintu
" Oh Bro. Kau mengejutkan je. " dengan Tenang Tengku bangun dan mendekat ke arah Taha. Mereka bersalaman sekejap
" Ohh datang... Ingat nak asuh 'Adik sendiri dekat orang lain " Dengan sindir Atiqah bercakap sambil melipat tangan nya di perut
" Bro. Tinggal aku dan Atiqah jap. Aku nak cakap dengan dia sekejap " Taha meminta Arumi dan Tengku keluar sekejap
" Takyah sopan sangat. Kita sebaya la. Aku keluar dulu , jum Arumi. Kau melekat je dengan Taha ni " Segera Tengku menarik Arumi agar ikut keluar.
Taha yang melihat mereka sudah keluar , mendekat ke Atiqah.
" apa maksud Na'Am cakap macam tu. Abang tak asuh la. Itu pun abang Na'Am juga. " Taha berdiri didepan Katil Atiqah . Tepat matanya memandang mata Atiqah yang tidak hiraukan nya.
" Abang ? Sejak bila dia jadi abang Atiqah. Bahkan abang yang didepan Atiqah ni pun taknak Atiqah panggil abang kan ! Lagi satu. Kan Atiqah dah cakap , ATIQAH TAKNAK PERGI KL !! Abang kenapa hah. Dah bawa Atiqah , asuh Atiqah pada sapa sapa Tah " Ucap Atiqah dengan kemarahan yang bertebar tebar
" Na'Am ! Jaga perkataan tu ! Orang yang Na'Am cakap tah sapa sapa tu, Abang tiri Na'Am , ibu kandung Na'Am sendiri. Yang melahirkan Na'Am kat dunia ni ! " " Abang dengar apa Na'Am cakap kat Tengku tadi . Jangan malukan abang seperti abang tak pernah ajar kamu tatacara pulak " Perkataan perkataan Taha tu sangat memanaskan hati Atiqah
" Oh begitu kah ?!! Memalukan ? Setiap apa yang Atiqah buat sangat memalukan ke ! Bagi 'Anda semua yang Atiqah buat semua memalukan . betul kan ! "
Taha turut bersabar bila mendengar adiknya sendiri membahasakan diri seperti mereka tidak kenal
" Na'Am bukan macam tu. .. "
" Bagitahu Atiqah !! Kenapa bawak Atiqah ke sini ! Atiqah tak mahu tinggal kat sini ! BAWAK ATIQAH BALIK PERAK ! ATAU ATIQAH BALIK SENDIRI !! DAN TAK.NAK.JUMPA.ANDA LAGI.. " Suara Atiqah sampai keluar Wad yang membuat beberapa orang yang lalu didepan bilik wad Atiqah terkejut.
Segera Arumi masuk bersama Tengku, yang mereka melihat dua beradik sedarah yang sedang bergaduh hebat
" Jangan harap ! Sampai kamu berubah ! Baru abang bawak kamu balik ke Perak ! Sekolah dekat sini ! Hidup dekat sini ! Berkawan dekat sini ! Berubah dekat sini ! Berubah untuk jadi lebih baik , jangan bawak PERANGAI LELAKI TU KAT SINI ! " suara Taha pun tak kalah tinggi
" Haha. Anda fikir anda siapa !! Hidup Atiqah , Atiqah yang tentukan , BUKAN ANDA !! "
" Atiqah , jaga kata itu . orang kat depan kamu tu Abang kamu sendiri. Apapun terjadi sebelum nya korang tetap adik beradik. Sedarah ! Sedaging ! " suara Arumi mendapat pandangan tajam dari Atiqah
" Na'Am ! " Perkataan Taha dipotong Tengku
" Jangan gaduh dekat sini. Bawak bertenang. Ini Hospital. Hormatlah pada pesakit lain."
Atiqah dengan marah masih dengan perkataan berapi api
" Atiqah nak balik harini jugak. Atiqah tak mahu tinggal dekat hospital. Atiqah nak jumpa kakak. Harini jugak " setelah itu Atiqah terus bangun ingin ke tandas
" Tidak ! Tinggal sini selama beberapa hari. Setelah itu tinggal di rumah ibu. Kalau tak jangan harap dapat jumpa kak Nurul " Taha masih berkata berapi api jugak
Tengku dan Arumi dah kesal dengan mereka
" Anda cuba jauhkan Atiqah dan kakak Atiqah sendiri ke ! Hahh !! " Atiqah menatap tajam Abangnya
" Ia " Setelah Taha bercakap itu terus Taha keluar. Atiqah terus masuk tandas.
Didalam tandas, dalam tak segan , setitik demi setitik air mata Atiqah keluar. Wajahnya jadi sangat merah, antara marah, kesal, sedih dan kecewa bersatu
Sangat kecewa dengan abangnya yang tak pernah membentak Atiqah, yang tak pernah kasar dengan Atiqah. Tiba tiba nekad bawak Atiqah ke KL dan paksa Atiqah tinggal dirumah orang yang sangat Atiqah marah
" Hurmm kenapa abang macam ni.. Abang berubah.. Abang jauhkan Na'Am dengan Kak Nurul, dengan Kak Nurin, adik Jihah , dengan Dell , dengan abang Long. Kenapa abang macam ni.. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa abang.. Na'Am tak pernah terfikir untuk membenci abang Na'Am sendiri . Kenapa.. Kenapa.. Kenapa bang " Mata merah, muka merah itu memandang ke depan , dari dinding ia seperti melihat seseorang
" Siapa ? " dengan berani Atiqah bertanya. Atiqah sangat terkejut
" Jangan sedih lagi, dengar lah apa yang akan abang katakan " Ia itu adalah suara Zack . Yang sebenarnya hanya bayangan
Atiqah termenung, tidak menjawab iya, tidak menjawab tidak. Air mata terus mengalir
" Ingatlah untuk tidak bergaduh, jangan terlalu tunjuk diri pada dunia luar. Ingatlah dalam dunia ni orang kedua yang sayang kamu, adalah abang. Ingatlah orang yang baik dimata kamu, belum tentu benar benar baik, orang yang jahat di matamu, tidak jahat sepenuh nya. Jangan menangis kalau itu melemahkan kamu, menangis lah untuk kamu berjaya kedepannya . abang pergi dulu. " Dalam sekejap pandangan Atiqah jadi kabur. Atiqah hilang kesedaran.
Share this novel