> 89

Crime Completed 10887

Disisi Ikwan. Disebuah hutan sekelebat daun menghalangi jalan jalan, ditanah dengan penuh batuan kecil kecilan, sampai dihujung kaki hutan, ada sebuah sungai berair jernih warna hijau. Disetiap sisi sungai itu mempunyai batu batu besar. Sebuah batu besar diantara batu besar lainnya , sekelilingnya ditemani air sungai yang menyejuk permandangan. Ikwan duduk disitu. Dengan mata sayu yang tidak biasa ditunjuknya. Tangan kanannya dibalut akibat patah kerana Atiqah.

Termenung adalah yang sedang dilakukan Ikwan saat ini.

' jangan kejar. Biarkan dia '
' maksud anda, jangan sakiti dia bukan ? '

' jadi betul kamu dah tahu. Sebelum bunuh dia, bunuh aku dulu ! '

' baiklah Impian anda akan terkabul, tapi ingin aku bunuh kau tepat didepan dia. '

' seharusnya ini tak terjadi. Ikwan kenapa kau hah !! '

Sayu kedepan Ikwan mengingat janjinya bersama sahabatnya

' dalam setiap waktu kita bersama. Kau terluka, aku terluka. Dari semi hingga semi kembali. Wajah berubah tapi jangan hati berubah. Kita sahabat. Biar langit jadi saksi. Bumi jadi saksi. Aku akan lindungi kau, dan kau akan lindungi aku. Tidak melukai sesama sendiri. Selamanya sahabat. ' Janji itu terbuat oleh Ikwan dan Afiq saat mereka sama sama berumur 10 tahun.

Setelah itu, Ikwan ikut keluarganya pindah Mesir. Dan baru kembali beberapa tahun lalu, kerana tunang nya orang KL. Ikwan jadi polis dan seanggota dengan Afiq untuk lindungi dan berkerjasama dengan Afiq. Ikwan jadi penjenayah untuk membalas Zack. Ikwan percaya pada matanya, jadi susah untuk percaya kata kata orang lagi kerana Zack pernah jadi sahabatnya dulu.

" kenapa kau lindungi aku. Padahal aku berkhianat dan hampir buat kau susah. Satu dunia kata aku salah. Bahkan kau pun kata aku salah. Tapi kenapa tak terangkan, dimana aku salah. Sebab kau yang tak habisnya lindungi aku. Aku jadi malu nak berhadapan depan kau. Seperti janji yang dibuat, aku sebagai sahabat. Kau terluka aku pun terluka. Tapi tak melukakan sesama sendiri. Tunggu aku sahabat. " Gumam Ikwan dan bangun dari duduknya. Berjalan keluar dari hutan melalui daun daun yang menghalang jalan.

> AFIQ <

Afiq juga begitu, seperti Ikwan. Bersiap dengan rencana nya sendiri.

' sorry Atiqah. Sebab kamu nak sakiti Ikwan. Takkan ku biarkan. Walau nywa taruhannya. ' Afiq mencapai Pistolnya di atas nakas sisi katilnya. Setelah menyarung jaket hitam nya. Afiq keluar bilik, dan terus keluar rumah.

> ATIQAH <

Sampai di bab Atiqah. Tak boleh disamakan. Atiqah sangat beza. Saat ini, Atiqah sedang Videocall dengan sifunya.

Dunia Videocall

" Dah baca buku ke ? Ingat , jangan sampai tertinggal. Biar faham betul betul. Tak faham terus tanya. Segala gerakan pada buku, boleh diubah dengan fikiran. Biar lebih bagus. Tapi jangan ditiru. Faham tak ? " Terang Arumi dan berakhir dengan menyoal ketika melihat Atiqah yang sedang berlatih tepat didepan Arumi. Tanpa menoleh sedikit pun, Atiqah terus mempraktikkan apa yang dipelajarinya didalam buku itu

" faham. Nampak ni. Dari tadi, Atiqah mempelajarinya tanpa tangguh tangguh. Hebat bukan ? " Ujar Atiqah dengan meminta ingin dipuji.

" cara kamu tu masih goyah. Latihan apa je kamu kat sana ? Ingat jangan guna orang untuk kamu latihan. Guna punching ball atau samsak. " Terang Arumi lagi.

" Atiqah dah bunuh 30 orang " Jujur Atiqah dengan terus melatih dirinya

" Apa ? Apa kamu cakap ? Atiqah menghadap sini bila bercakap. " Dengan tegas Arumi memanggil.

Atiqah berhenti melatih diri. Menggerakkan kakinya menuju katil, dimana laptop yang diguna untuk videocall dengan sifunya itu berada .

Duduk menghadap Arumi dan berkata

" Atiqah cakap, Atiqah dah bunuh 30 orang orang Tunzos. Sekarang Atiqah cuba pancing bosnya pula untuk berkerjasama dan buat dia percaya Atiqah. Seperti yang ada dalam wasiat milik arwah papa buat Atiqah. Dan juga jangan marah. Kan Atiqah membantu inspektor inspektor tu. " Terang Atiqah dengan suara pelan agar hanya didengar oleh dia dan sifunya

" Siapa yang tahu lagi ni ? Tahu tak bahaya ? Kamu masih lemah. Tengok tadi apa yang kamu praktikkan, masih goyah. " Ucap Arumi merendahkan Atiqah

" Halo ? Sorry sikit ey. Abang sendiri tahu, orang orang Tunzos tu semua hebat hebat. 30 orang kut dengan tangan kosong. Lemah pulak " Dengan sakit hati Atiqah memuji diri sendiri.

" ingat. Jangan sampai ada orang lain tahu. Orang akan salah faham dan kata kamu sengaja membunuh untuk menggunakan mereka sebagai latihan. "

" Atiqah tahu. Tutup ey. Nak latihan lagi la " Ujar Atiqah dengan tangan akan menutup Videocall itu

" sabar ! Apa ceritanya dengan Afiq. Kamu hanya mintak kerjasama kan ? Tak buat masalah kan ? " Arumi menyelidiki Atiqah

Mendengar nama Afiq membuat aku jadi malas

" ye hanya kerjasama. Tapi setelah Atiqah bantu dia. Dia tak bantu Atiqah balik. Atiqah yakin sekarang dia tengah rancang untuk menghentikan tindakan Atiqah. "

" Itu sebab Ikwan tu sahabat lamanya. Mereka ada janji yang terbuat untuk mereka saling melindungi. Meski Afiq anggota polis, Afiq tetap boleh jatuhkan kamu tau. Dan meski Ikwan tu penjenayah, dia ada sisi baiknya. Fikirkan itu baik baik. Dan selesaikan dengan cara baik. Agar kamu boleh fokus dengan exam " Saran Arumi. Arumi telah tahu siapa Ikwan setelah Atiqah memberitahu kenyataannya ketika Arumi melatih Atiqah. Dan Atiqah tahu hubungan Ikwan dan Afiq pun Arumi yang bagitahu.

" Dia nak Atiqah bunuh dia sebelum bunuh Si bermuka dua tu. Atiqah cuba setia dengan kerjasama kami. Tapi Atiqah juga kena balas dendam dengan setiap pembunuhan yang dilakukan di bermuka dua pembunuh sia**lan tu ! " dengan pedas dan berapi api Atiqah menyatakan hasrat dia

Tok tok tok ~ tiba tiba pintu diketuk dari luar

" jap ye sifu. Atiqah tengok siapa di luar. " Ucap Atiqah pada Arumi.

Celekk ~ Pintu dibuka Atiqah. Ternyata Rafail yang mengetuk

" ye uncle ? "

" di luar ada cikgu kamu, katanya kamu dan dia akan berjumpa. Betul ke ? " Soal Rafail. Tiba tiba Atiqah tersenyum. Dan jelas dilihat Rafail.

" tak. Atiqah tak berjanji untuk berjumpa. Kenapa eh ? " Soal Atiqah kembali.

" mungkin ada sesuatu yang ingin Afiq bicara kan. Pergi lah jumpa. " Ujar Rafail meminta Atiqah jumpa Afiq.

" Ok. Atiqah akan turun. " Rafail pergi dari bilik Atiqah. Dan Atiqah kembali tutup pintu dan pergi kearah katil

" Bang. Inspektor Afiq kat bawah. Atiqah akan tengok pekehe nya . Bye Atiqah tutup. " sebelum Atiqah tutup Videocall itu, Arumi mengingatkan Atiqah sesuatu

" ingat jangan lupa, dia mungkin ada buat rencana untuk jatuhkan kamu. Meneliti sekeliling, dan memahami situasi. Faham ? "

" baik sifu. "

....

> ATIQAH / AFIQ <

Pandangan mata Atiqah dan Afiq langsung tak bersahabat. Tiada lagi kata kerjasama antara keduanya. Yang ada kata ' mati untuk penghalang.

" Ye inspektor Afiq ? Ada yang perlu dibantu ? " Dengan sindir Atiqah bertanya.

" ye. Kita perlu bercakap empat pasang mata. Dan bukan disini. "

" hehe. Baiklah Inspektor Afiq yang dihormati lagi bijak. "

' Sekarang kamu boleh sombong Atiqah. Tapi tidak nanti. ' batin Afiq memandang Atiqah. Kedua tangan Afiq berada didalam poket jaketnya. Dan kedua tangan Atiqah dengan tegas berada dibelakang badannya.

Sekarang mereka di sungai.

Tanpa aba aba, Afiq melayang tinju kearah Atiqah, Atiqah yang merasakan bahaya mundur beberapa langkah.

Atiqah melihat kearah Afiq dengan tajam. Siap membunuh. Tiba tiba Ikwan muncul disisi Afiq. Keduanya saling berpeluk seketika.

' jadi ini rencananya. 2 lawan 1. Sangat lemah. Tapi terkesan tak seimbang untuk aku. Kerana keduanya sangat kuat. Aku sendiri, tanpa kekuatan berlebihan. Dan masih goyah kalau dimata sifu sendiri. Persediaan aku tak pasti bila sampai ' batin Atiqah melemah. Tapi masih berdiri tegak didepan kedua harimau itu.

" lemah ! Dua lawan satu. Hehehe. " Ujar Atiqah.

Tanpa memberi aba aba atau syarat, keduanya saling menyerang Atiqah.

' kalau macam tu, aku akan guna cara dua langkah kedepan. Sembilan langkah kesisi. '

Pedang tua warna hijau milik Ikwan sepanjang kaki bayi 24 bulan dikeluarkan Ikwan, dan Afiq dengan langkah seribu menterbalikkan tumbukan ahli tentera darat.

Srekkk buk strangg buk

Sayatan pertama Atiqah dapat.

' jatuhkan pertama, kedua akan ikut ' batin Atiqah.

Sekejap Atiqah menutup matanya. Mereka di sungai. Ini tidak mudah. Salah tingkah, tergelincir. Jatuh sendiri.

Pedang Ikwan mendahului. Dengan pantas dan cepat . Dua langkah kedepan. Atiqah menumbuk tangan Ikwan yang memegang pedang tua itu,

Buk, dada Ikwan disepak dengan kuat. Tak berhenti disitu.

Sreekk ~ Atiqah menggunakan pisau cukur yang dibawanya dan menyiat kulit tengkuk Ikwan.

" Akhh " seketika suara Ikwan bergema. Afiq terus mengeluarkan pistol nya dan menembak tepat kearah kaki Atiqah

Domm ~ Atiqah yang telah hafal arah tembakan itu, mengeluarkan Pistolnya juga, dan membalikkan arah buah api itu kearah tangan Afiq.

" cukup luka ini" Atiqah menghalakan Pistolnya tepat kearah Ikwan

" jangan Atiqah. " Suara Afiq seolah memohon.

" kenapa kau tak cerita kenyataan hah dekat sahabat kau. Abang aku yang tak bersalah, dibunuh dengan sadis. Aku ingin sekali membunuh bahkan lebih untuk membalas segala darah yang mengalir. " Dengan suara pedih dan sakit Atiqah menjawab. Ikwan tetap tak faham

" Jangan membalikkan keadaan gadis kecil. " Ikwan menghalakan pedangnya kearah Atiqah dan menusuk tepat kearah tengkuk Atiqah. Darah menitis. Atiqah yang tak siap dengan arah tusukan itu, memejam matanya. Memandang Afiq agar segera bercerita kejadian sebenar pada Ikwan.

" Amad, Melisa mati kerana tindakan sendiri. Kau hanya salah faham. " Ujar Afiq memegang pundak sahabatnya. Namun Ikwan masih sama memandang Atiqah dengan tajam.

Atiqah menaikkan Pistolnya kearah Ikwan.

Dom

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience