> 61

Action Completed 10887

[ TAK SEDARAH , TAPI AKU MENERIMA KEBAHAGIAN ]

Dimalam hari Atiqah tidak dapat tidur melainkan fikirannya terus melayang ke kakak dan adiknya.

Atiqah sedang duduk di meja belajar sambil terus memikirkan sesuatu

" Abang Taha takda kat sini. Si Arumi je aku boleh harapkan. Sebelum tu aku kena buat sesuatu " Aku terus bergerak ke almari warna pink dan mengeluarkan jaket tebal warna hitam setelahnya Atiqah menyarung tudung bawal warna hitam , setelah selesai Atiqah mencapai kasut jogingnya warna putih di sisi almari. Segera Atiqah melompat dari tingkap yang dipecahkan Fuzel tadi. Tiba saja ditanah , Atiqah hati hati untuk keluar. Antara Atiqah ingat atau tidak bahwa Fuzel selalu memperhatikan Atiqah.

FUZEL

" Eh , nak pi mano pulak si Atiqah ni ? Malam malam macam pencuri . " Segera Fuzel mengikuti Atiqah

> ATIQAH <

Atiqah berhenti di sebuah pokok kecil tepat dibelakang pengawal yang menjaga pintu pagar .

' macam mana nak alirkan perhatian mereka ni ? ' Kepala Atiqah celingak celinguk kiri kanan mencari bahan, dan Fuzel muncul

" Buat apa Atiqah ? " Dan Atiqah sedikit terkejut " Atiqah nak pergi mana ? "

" Atiqah nak jalan jalan la. Bosan ni " Ucap Atiqah dengan perlahan

Fuzel melirik jam tangannya ' 01:40am ' Fuzel melihat Atiqah yang masih melihatnya seperti tatapan memohon " Malam malam macam ni ? Masin sekarang ! " Fuzel sedikit membentak

" Shh.. Jangan cakap kuat kuat, nanti yang luar dengar . Aaa bang Fuzel.. Kejap je. "

" waktu waktu macam ni , kat luar bahaya. Lagipun esok sekolah kan ?. "

" Bang Fuzel. Kejap je. Ye. Atiqah pergi dulu. " Atiqah terus menyelinap pergi melalui memanjat pintu pagar .

Fuzel menghembus nafas kasar melihat tingkah Atiqah.

Pengawal itu langsung tak sedar yang kaki Atiqah sudah menapak ditanah. Atiqah perlahan lahan berjalan menjauh.

•••••••••••• •••• •••• ••• ••••••••
Dari satu bangunan ke bangunan lain Atiqah melompat. Dari tinggi ke tinggi next yang rendah kembali. Bohong takda luka. Tentu ada. Tapi Atiqah dengan gigih tetap melompat.

Di bangunan warna oren menyala Atiqah berhenti dan melompat turun ke tanah . Atiqah lihat kiri dan kanan, setelahnya Atiqah jalan lagi.. Kedua tangan Atiqah, Atiqah masukkan kedalam poket. Tudung yang Atiqah gunakan ditiup angin malam.

Wushhh

Atiqah dengan tenang melalui satu persatu rumah kedai. Dan akhirnya menyeberangi jalan. Tentu saja Atiqah taktahu dimana dia berada sekarang. Tapi Atiqah tetap jalan.

Disebuah jalanan yang sepi dan kosong tiada penghuni. Disisi kiri kanan hanya rumah kedai yang kosong . Atiqah melalui jalan gang sempit. Atiqah memperhati satu persatu jalan . Sangat gelap. Ye, jalan itu hanya ditumbuhi satu lampu dan yang lainnya hanya tiang.

" seharusnya kat merata sini tentu ada. Kenapa kat sini takda ey ? " Atiqah mengetuk getuk dagunya.. Memikirkan

Seseorang muncul dibelakang Atiqah ,memegang bahu Atiqah. Tentu saja Atiqah terkejut .

Tangan kanan Atiqah menumbuk kesetiap celah tangan orang itu, setelah itu Atiqah berada tepat dibelakang orang itu, Atiqah menumbuk dengan kuat belakang badan orang itu ( tepatnya dibahagian tulang ) . Hingga orang itu sedikit kedepan.

Orang itu pusing menghadap Atiqah. Atiqah sedikit terkejut bila mana orang itu adalah Fuzel. Atiqah mengaru pipinya yang tiba tiba gatal

" Eh bang Fuzel. Bang Fuzel okay ? " Atiqah bertanya sambil kedua tangannya menghala kebelakang ( rehatkan diri ) .

" Kamu buat apa Atiqah ? Jum balik sekarang. Dah malam ni. Bahaya berada kat tempat macam ni " Akhirnya Fuzel menarik tangan Atiqah agar mengikutnya balik

Atiqah melepas tangannya paksa " Sabar la bang Fuzel. Atiqah nak cari seseorang la. Selalunya ada kat tempat macam ni " Ucap Atiqah sambil celingak celinguk mencari seseorang

" Siapa yang kamu cari ? " Fuzel bertanya

" Aaa.. Tu... Atiqah cari kelompok orang orang yang suka cari masalah. Atiqah nak cuba bakat memukul. " Kata Atikah sambil menunjukkan gaya tumbukan

" Jum balik sekarang. Apa kamu lupa. Tadi tu jenis tumbukan padu tau. Jum balik sekarang " Fuzel menarik Atiqah agar ikut balik

" Tidakkk " Atiqah menepis tangan Fuzel yang menariknya " Bang Fuzel kalau nak balik. Balik la sorang sorang. Atiqah tak mahu ! " Atiqah memalingkan mukanya ( marah )

" orang yang kamu cari takda kat merata sini. Tengok jam tu dah jam 5. Esok saya akan bawakan dimana ada orang yang kamu cari. " Terang Fuzel " Jum balik " Fuzel menarik Atiqah lagi

" Tak payah la tarik tarik. Atiqah boleh jalan sendiri la "

Sampai di rumah . Rumah dah terang , bersiap untuk keluar. Haihh biasa la. Nama pun KL. Mana ada yang bangun sampai kul 8. Kalau adapun mesti sangkut dalam jem.

Ketika Atiqah masuk rumah , dia bertembung dengan papa tirinya dan Ibunya , ada juga abang Iparnya yang sama sama ingin bergerak ke meja makan.

" Ehh... Na'Am sayang. Dari mana ni ? " Ibu agak terkejut bila melihat Atiqah baru masuk. Ibu terus mendekati Atiqah. Fuzel pun masuk

" Keluar dengan bang Fuzel. " Setelahnya Atiqah pun menaiki tangga.

" Fuzel, pergi mana tadi ? " Tengku Rafail bertanya

" Saya mengintip Atiqah yang mencari seseorang untuk dipukul . " Fuzel pun bergerak naik tangga menuju bilik.

" Huhh ??? " Keduanya Eh ketiga nya ( Ibu , papa tiri, dan abang ipar tiri Atiqah ) tak faham sebab mereka mendapatkan jawapan yang berbeda

> AFIQ <

Afiq sudah lama sampai di Perak bersama Ikwan. Kini mereka sedang berkumpul di ruang tamu

" Aku dah agak dah. Tak semudah itu pembunuh upahan itu akan lepaskan Zack. " Nawi yang selalu bermain main itu sekarang sangat serius

" Sudah lah. Ada hal yang lebih penting yang harus aku tahu. " Afiq menegahi.

" Ohh kau nak tahu kegiatan Jakyi ke ? " Aris meneka

" Em. Sampai mana pergerakan dia sekarang ? " Afiq menanyai

" maklumat semua dah lengkap. Cuma tempat yang mereka tinggal sekarang je aku tak dapat. Rumah sewa mereka, masa aku pecah masuk. Takda yang mencurigakan. Kecuali Aris. " Selama Nawi menceritakan Afiq dan Aris mendengar dengan serius. Kecuali Ikwan yang hanya mendengar seperti angin yang berlalu ditelinga

" Ikwan. Macam mana kalau tugas seterusnya kau ambik . " Afiq menyerahkan sebuah fail pada Ikwan

Ikwan melihat fail itu . " aku akan selesaikan. Aku naik dulu la. Karang nak mula menyamar lagi kan. " Ikwan pun naik.

" Eh. Kenapa Ikwan macam badmood je ? Ada masalah ke ? " Nawi bertanya setelah perasan akan perubahan Ikwan

" Adalah tu yang ditinggalnya di KL. " Jawab Afiq setelahnya Afiq pun keluar rumah

" Eh Fiq ? Nak kemana ? " Aris menanyai

" Joging " setelah itu Afiq pun pergi.

" Eh Ris.. Kau tak rasa ada yang pelik ke dengan keduanya. Aku rasa mereka sembunyikan sesuatu la " Nawi bersuara

" Aku pun fikir macam tu. Tapi apa ? Afiq tentu bagitahu jugak. Kalau hal tu sangat serius dan punca dari kita , Afiq tentu marah. Tapi bila hal nya tak serius mana dan boleh disettel Afiq tentu banyak diam. " Terang Aris

> ATIQAH <

Atiqah turun tangga menuju meja makan. Di meja makan sudah ada papa tiri Atiqah, ibu Atiqah, Lulu, dan Rlia. Tengku sudah pergi dari awal. Oh ye ada Rafi juga bersama Fuzel sedang makan dengan tenang.

Atiqah sampai di ruang dapur.

" Gudmorning dek Na'Am. Jum makan sekali " Lulu menyapa

Atiqah yang memakai seluar kulit berwarna kuning, baju berwarna putih dipadankan dengan jaket kain separas lutut berwarna jingga. Dikenakan juga tudung shawl yang dililit berbentuk bunga nampak sangat ayu walau tanpa solekan.

Sekolahnya ini hanya hari pertama boleh mengenakan baju uniform. Hari seterusnya baju apa pun boleh . Jadi Atiqah mengenakan baju pilihan sendiri. Beg yang disandang warna hitam.

" Kak Lulu, takpa la. Atiqah dah kenyang " Atiqah menjawab dengan seulas senyuman

Ibu dan papa tiri Atiqah tersedak dengan embel ' Kakak '

Rafi serta Fuzel melihat Atiqah yang sedang tersenyum. Rlia mendekati Atiqah

" Dek Na'Am, macam mana boleh kenyang. Kan dek Na'Am belum makan " Rlia sedikit heran

" Takla kak Rlia. Atiqah dah makan kat bilik tadi. Telah rugi pulak dapur nya ada tapi tak guna.. Hehe. " Atiqah berjalan ke dapur untuk mencari pembantu rumah.

" Mummy.. kami tak salah dengar ke ? Dek Na'Am panggil kami kakak kan tadi ? " Lulu sangat teruja

" Ye. Mummy pun dengar apa yang kamu berdua dengar "

" Maknanya kami berdua tak salah dengar lah... Hihihi " Rlia ketawa sendiri nan bahagianya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience