> 66

Action Completed 10887

Di rumah keluarga Tengku pula ( Tiri ) Ibu Atiqah sedang risau setelah mendapat tahu Atiqah keluar rumah sendirian di tengah malam.

" kemana Na'Am pergi ni ?. Mummy risau la. Dah malam dah ni. " Ucap Puan Alia. Sedari tadi dirinya tidak duduk setempat.

" Mummy, kita tunggu bang Fuzel yang. Mungkin sekarang bang Fuzel sudah jumpa dek Na'Am. " Ujar Rlia bagi menenangkan ibunya. Rlia juga sedari tadi meminta bahu ibunya agar bertenang.

" Aih memang menyusahkan ! Buat orang susah je ! " Suara yang tidak enak didengar itu dari mulut Rafi yang dari tadi hanya duduk dan tidak melakukan apapun. Sepertinya Rafi masih marah kerana lamaran kerja samanya ditolak akibat ulah Atiqah.

" Abang jangan la cakap macam tu. Buat orang naik darah je lah ! " Rlia menyahut ucapan abangnya dengan sedikit meninggi suara.

" Sudahlah ! Sebenarnya apa yang terjadi sebelum Atiqah buru buru keluar tengah malam ni ? " Soal Rafail setelah menenangkan kedua anaknya yang sedang bertengkar.

Mendengar papa mertuanya menyoal, Raja Alif menyahut kerana sebelum Atiqah keluar rumah, Raja ada ditempat

" Sebelum Adik Ipar keluar, Adik Ipar ada tanya beberapa soalan " Sahut Raja

" Betul tu Pa. Mummy. " Ujar Lulu bagi menyetujui ucapan suaminya

" Soalan apa yang ditanya Atiqah ? " Rafail bertanya kembali

Lulu dan Raja memandang satu sama lain. Entah apa yang mereka fikir hingga ada keraguan untuk mengucapkan nya. Keadaan itu membuat Puan Rlia dan Tengku Rafail cemas secara tiba tiba

" Atiqah bertanya tentang Syarikat Yuhoo. " Jawapan itu akhirnya keluar dari mulut Lulu dan suaminya. Namun jawapan itu membuat Rafi terkejut dan memandang mereka berdua

" Apa yang dia tanya tentang Syarikat tu ? " Rafi bertanya pula dengan riak wajah serius

" Emm... Dia tanya syarikat tu milik siapa, kepentingan syarikat tu untuk syarikat kau la. " sahut Raja

" Sekejap sekejap . Mana dek Na'Am tahu tentang Syarikat tu ? Setahu aku, Syarikat tu masih baru. Oh ye bang, kau dapat ke berkerjasama dengan syarikat tu ? " Rlia bertanya pula pada Rafi. Padahal semua orang ingin bertanya pada Raja tentang soalan yang belum habis mengenai Atiqah

" Diam la ! Hah sambung la " Ujar Rafi kepada Raja setelah membungkam Rlia

" saya dan Lulu hanya menjawab syarikat tu milik perempuan yang disiram air oleh Atiqah. Dan beberapa soalan lain. "

" Selepas tu suami akak pun ada cakap juga peran penting Syarikat Yuhoo kedalam syarikat Abang Rafi. Selepas tu Atiqah terus keluar Rumah. Ada juga kami panggil. Tapi diendahkan " Sambung Lulu

Tiba tiba Rafi bangun dari duduk nya dan menuju tangga .

" Eh bang. Kemana ? Taknak cai adik Na'Am ke ? " Rlia menyoal

" Tak. " Setelah berkata begitu, Rafi terus naik tangga untuk ke bilik

" Eh. Abang dengan dek Na'Am ada masalah ke Mummy ? " Rlia bertanya pada puan Alia.

Tiba tiba Fuzel masuk ke rumah sendirian

" Selamat malam Tuan, Puan " Fuzel menyapa dengan sedikit tunduk hormat

" Tak payah begitu sekali Fuzel. Kamu dah lama berkawan dengan anak anak pakcik. Sini duduk. Dan bagitahu kat mana Atiqah sekarang " Ujar Rafail. Fuzel menyunging senyuman, dan berjalan untuk keruang tamu.

" Haa Fuzel, Na'Am sekarang kat mana ? Kamu ikut dia tadi kan ?. " Puan Alia pula bertanya bagi memastikan

" Betul Aunty. Tadi saya nampak Atiqah terburu buru keluar dan terus berjalan kaki dan menuju ke suatu tempat. Jadi saya mengikutinya dari satu rumah ke rumah. Akhirnya saya tahu Atiqah berkunjung ke rumah keluarga Tang. Seperti yang saya pernah katakan, seorang dari anak mereka adalah kawan Atiqah di KL. " Ucap Fuzel yang memang dari awal dia ikut Atiqah, antara Atiqah ingat atau tidak dirinya yang sentiasa diikuti seseorang.

" Jadi kamu buat apa kat sini ? Kamu tak tunggu di ke untuk balik sekali ? " Tengku Rafail kembali menyoal.

" bukan begitu pakcik. Tapi sepertinya Atiqah tak balik malam ni dan ingin tinggal dirumah keluarga Tang. Sedangkan Nyonya keluarga Tang seperti menerima kehadiran Atiqah dengan baik. Jadi saya fikir tiada yang bahaya disana. " Sambung Fuzel.

" Kalau macam tu, Mummy jangan risau lagi ye. Lagipun kita pun kenal dengan nyonya keluarga Tang. Takkan ada masalah lah " Ucap Tengku Rafail agar isterinya tetap tenang.

Seseorang sedang berada di tangga, dia mendengar semuanya dengan teliti. Dia adalah Rafi.

" Seharusnya aku tak semarah itu. Lihat sekarang aku jadi bersalah. Semoga Atiqah maafkan aku. " Ucap Rafi yang baru sedar akan kesalahannya. Rafi baru ingat semasa pesta keberhasilan itu bukan lah kesalahan Atiqah melainkan kesalahan pemilik syarikat Yuhoo.

Keluarga Tengku kembali berehat agar aktivitas esok tidak terganggu akibat kantuk menyerang

Dalam sekejap malam menjadi siang. Matahari malu malu menyapa pagi. Tapi Atiqah sudah berada tepat didepan rumah keluarga Tengku bersama Mely , sedangkan Fulan sedang memegang stir Eh maksudnya Fulan adalah pemandunya.

" Eh beb, mahu saya masuk sekali tak ? " Mely menyoal yang melihat Atiqah keluar sendirian

" Tak. Tunggu aku kat sini je. Aku akan cepat. " Setelah itu segera Atiqah keluar. Pengawal yang didepan rumah sudah sangat kenal dengan Atiqah pun memberi Atiqah masuk, walaupun dalam kepalanya masih pelik sejak bila anak puan Besarnya keluar.

Atiqah balik ini pun kerana ingin menukar baju dan mengambil beg sekolahnya. Saat ini Atiqah sudah ingin membuka pintu Utama.

Tiada sesiapa yang perasan Atiqah yang ingin naik tangga. Beberapa minit setelah itu Atiqah sudah turun tangga kembali dengan memakai baju t-shirt jingga lengan panjang, serta berseluar jeans putih. Tudungnya pula secerah warna air laut . Sambil dirinya mengendong beg sekolah warna hitam. Tangan kirinya sedang memegang kasut sport warna putih. Setibanya ditingkat bawah, dirinya disapa dengan tiba tiba oleh Fuzel.

" Eh selamat pagi nona kecil " Sapa Fuzel dengan sinis sambil menggunakan embel embel ' Nona '. Sepertinya mereka sudah cukup rapat

" Eh juga. Selamat pagi pengintip malam " Ohh Ternyata Atiqah sudah tahu bahwa Fuzel memang mengikutinya sejak dia keluar semalam.

" Nak Si pengintip malam ni hantar sekolah ke ? " Fuzel kembali bertanya

" Tak " Ujar Atiqah sambil tangannya dinaikkan kedepan Fuzel bagi menghentikan orang didepannya

" Kenapa pulak ? Ohh, nak pergi sekali dengan Mely Eh ? Sebab tadi Si pengintip malam ni nampak Mely dan bodyguardnya kat luar sedang menunggu. Tunggu Nona Kecil ni ke ? " Taktahu kenapa Fuzel seolah dari tadi menyindir menyindir Atiqah

" Ye " baru sahaja ingin menjalan kearah pintu , tangannya ditarik Rafi. Atiqah hanya memandang cuek

" Harini pergi dengan abang je. " Setelah berkata begitu Rafi terus menarik Atiqah memasuki kereta Lamborghini nya. Entah Rafi ingin dimarahi Atiqah atau memang sengaja ingin dimarahi. Baru sahaja pintu penumpang tempat Atiqah duduk ditutup, sudah dibukan kembali oleh Atiqah. Atiqah terus keluar dan ingin berjalan menuju pagar , Tapi lengannya kembali ditarik Rafi. Rafi menyandarkan badan Atiqah pada keretanya dan tangan kanan dan kirinya menghalang pergerakan Atiqah

" Atiqah.. Harini abang hantar ye. " Rafi mencuba bercakap baik baik dengan Atiqah

" Mely dah tunggu kat depan la. Sana ! " Ujar Atiqah yang sepertinya sangat tak suka dengan tingkah orang didepannya.

Rafi yang melihat kemarahan Atiqah segera membuka pintu bahagian penumpang dan menolak tubuh Atiqah agar masuk kedalam kereta . Setelah nya Rafi segera berlari untuk masuk kedalam kereta.

Setelah menghidupkan enjin, Rafi segera memandu kereta agar keluar dari halaman rumah dan mengabaikan ocehan Atiqah disamping

Fulan yang melihat kereta Rafi keluar , dia juga melihat Atiqah didalam.

" Takpa. Atiqah dan abangnya kena berbaik juga kan. Fulan gege , kita bergerak ke sekolah sekarang " Ternyata Mely juga melihat hal yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience