> 74

Action Completed 10887

Seorang gadis masih tidur lelap dikatilnya.Tanpa memakai tudung, sebahagian wajahnya tertutup beberapa helai rambut. Matanya seolah berkedip kedip mungkin akibat cahaya matahari yang telah mencuri masuk ke celah langsir tingkap biliknya.

Tiba tiba tangan kirinya yang mengepal menumbuk katil seolah mengatakan ketidakpuasan keatas dirinya

" Sakitnya kepala ... " Ujar gadis itu. Matanya mulai terbuka, mata yang merah menandakan dia sangat mengantuk

" Ehh.. Kat bilik ? " Atiqah membetulkan posisi duduknya ,dirinya seketika termenung. Bayangan semalam muncul di kepalanya.

" Sia*l siapa lelaki tu ahh !! Ahh kesal kesall !! " Seketika Atiqah mulai mengingat kejadian semalam lagi. " Mata merah lagi. Apa mungkin cikgu Afiq ke ? Ahhh !! " Ucap Atiqah yang lagi lagi frustasi dengan fikirannya

" Ehh.. Dell mana Ehh ? " Segera Atiqah bangun dari duduknya. Tanpa bertudung, dia segera turun.. Sepertinya dirinya lupa akan Fuzel dan yang lain dibawah.

Atiqah melewati bilik gim, dan kakinya melangkah ke tangga, tiba tiba dirinya terserempak dengan Jihah yang baru keluar dari ruang latihannya

" Eh kak Na'Am ? Dah bangun ? Ada yang sakit tak ? " Soal Jihah dan terus berlari kearah Atiqah

" Okay.. Dellia mana ? " Soal Atiqah kembali dengan suara sedikit serak

" Ohhh kak Dell, kak Dell kat bilik tamu. Kata kak Lulu, pesakit harus ada ruang yang aman dan udara yang segar. Dari bilik kakak dan Kak Dell diasingkan setelah dapat persetujuan ayah Kak Dell. Emm kak Na'Am kenapa tak pakai tudung ? Kata kak ylia , kakak selalu pakai tudung meski takda orang lelaki kat rumah. " Ucap gadis kecil rambut berbentuk bunga itu

Atiqah menutup mulutnya menandakan dia lupa ada orang lain dibawah.

" Dellia kat bilik tamu mana ? Dia dah bangun ke ? " soal Atiqah lagi

" Dah.. Rasanya kak Dell kat bawah kut tengah makan. Kakak nak pakai tudung dulu ke baru makan ? " Soal Jihah

°°°°°°°
Atiqah baru sahaja makan tengahari bersama semua orang. Kakak, ibu dan keluarga tiri Atiqah tak bertanya soal semalam meski pada Dellia. Kerana bagi mereka, tunggu 2 orang ni bercerita lebih baik. Itulah difikirkan mereka masing masing. Tapi Jihah tak berhenti bertanya soal semalam

" kenapa kak ? " Atiqah disoal lagi oleh Jihah ketika ingin mendekati Dellia yang duduk bersantai di dapur lagi.

Atiqah menghembus nafas perlahan " Dek.. Tak jadi apa pun.. Kakak dan Dellia cuma lelah. Jangan tanya lagi ye. " setelah berkata begitu,Atiqah terus pergi kearah Dellia dan menarik Dellia untuk ke beranda belakang rumah .

Jihah yang melihat, berlari kearah ruang tamu dimana semua keluarga berkumpul

" Kak " Panggil Jihah, Nurul dan Nurin serta Rlia dan Lulu lihat " Bukan ke kak Na'Am tu pelik . Ditanya asyik mengelak je. Bukan susah pun nak jawab " Adu Jihah

Mendengar nama Atiqah membuat yang lain menoleh

" Ada sebab kenapa Kak Na'Am mengelak untuk jawab. Mungkin nanti dia akan bagitahu sendiri. Kita tak perlu paksa. Sebab lagi dipaksa, lagi dia mengelak. Faham ? " Puan Alia yang menjawab

" ye Ibu "

Sebenarnya Nurul sangat risau setelah melihat Atiqah tak sedarkan diri semalam lagi lagi dengan wajah yang pucat. Untunglah Lulu seorang dokter, jadi semua kepanikan sedikit terobati.

> ATIQAH <

Taman belakang rumah berkonsepkan alam. Dimana begitu banyak tumbuhan hijau, jalan berbatuan , ada juga kolam ikan mas berpadukan air pancut berlampu biru terang. Jadi air kolam semua jadi biru.

Atiqah dan Dellia saat ini sedang berbincang tanpa ada canda gurauan

" Maksudnya kau taknak bagitahu kakak kau kejadian sebenar, tapi kau nak bagitahu juga tentang jiran tralala tu ? " Soal Dellia

" Hm. Macam tu la. Aku rasa tu tak lah susah . Tapi Dell, ada hal serius aku nak bagitahu kau. Jangan ambik hati tau " Ucap Atiqah

" Apa ? "

" Aku nak siasat cikgu Afiq, aku rasa cikgu Afiq sangat aneh, aku- "

" Kau syak cikgu Afiq ? " soal Dellia setelah memotong perkataan Atiqah " Aku taklah syak, tapi aku pun ada rasa aneh. Sebab sehari selepas kau ke KL. Cikgu Afiq pun ke KL, dengan seorang pembantu sekolah, Ikwan mungkin.. " Ucap Dellia

" Ikwan ? Diakan kawan cikgu Aris .. Aku rasa ada yang pelik la . ada sesuatu yang aku tak nampak " sekejap Atiqah memikirkan

" Qa.. Tu tengok.. " bibir Dellia menunjuk sebuah tingkap dari rumah Aris

" Dari sini, kita boleh lihat sebuah celah ditingkap tu.. Kalau rumah kau Qa, tingkap ni bahagian mana ? " Soal Dellia

" tingkap ni bahagian bawah ? Stor dalam rumah ? Tak tak.. Emm.. Belah kiri bahagian belakang.. Emm dapur belah kanan.. Sebelah dapur, bilik muzik " Ucap Atiqah setelah berfikir satu satu " Tapi bilik tu jarang guna, selalu abang Taha yang guna. Selalu abang balik , bilik tu akan selalu berbunyi dengan alat muzik yang dimainkan abang Taha. Sebelum abang Taha, abang long aku selalu guna bilik tu dulu.. " Ucap Atiqah

" Em ? Abang long ? Sejak bila kau ada abang long ? Bukan kau ada satu je ke abang ? " Soal Dellia yang memang taktahu

" Tak la.. Aku ada satu lagi abang , dah la kita sambung je ke perbincangan utama kita " Ucap Atiqah memotong ucapan Dellia selanjutnya. Kerana bila mengingat Zack kembali. Hati Atiqah sangat sedih.

" kau rasa rasa, bilik tu bilik apa ? Sebab bilik ni yang paling tersorok disemua rumah kat perumahan ni. Kalau kat rumah aku, bilik ni dijadikan tempat ayah aku mereka sesuatu, macam mainan robot ke, Alaa kau tahu sendiri la. Ayah aku kan pereka elektronik " Ucap Dellia

" Em. Iye.. Aku rasa bilik ni dipakai untuk sesuatu.. Sebab bilik ni yang terkecil diantara bilik lain.. Malah bilik air pon lebih besar." Ucap Atiqah pula

" Kau rasa cikgu cikgu tahu tak tentang bilik tu ? Ayah aku pon tahu tentang bilik kecil tu 2 tahun setelah tinggal kat sini . Itupun setelah kau yang tunjuk tentang bilik tu " Sambung Dellia

Sejenak mereka memikir mikir

" Entah. Tapi kalau kau nak tahu, cikgu Afiq tu bijak tau.. Aku rasa mereka tahu.. " Ucap Atiqah.

Mereka kembali diam, air pancut menghiasi waktu mereka

" Qa.. Kau nak bocorkan tentang jiran tralala tu macam mana ? " Soal Dellia

" huhh.. Aku ada idea yang mantap... Kakak aku akan tahu dengan terkejut.. Aku yakin "

" Macam mana ? " Lagi Dellia tanya..

" Kita bagitahu jawatan kuasa dulu, next.. Bagi bukti.. Seterusnya panggil polis. Akhir sekali aku yakin rumah tralala itu dikelilingi jiran jiran.. Hahahaha.. Idea aku bernas kan ? " Soal Atiqah bangga

" Tak.. Qa.. Aku rasa tak semudah tu.. Bukan kau kena bagitahu bang Fuzel dulu ke untuk mudahkan rencana kau yang mantap tu ? " Soal Dellia dengan wajah imutnya

" Huhhh masalah la pulak... "

°°°°°°°°°°°
Atiqah dan Dellia saat ini sedang mengendap ngendap untuk keluar

" Qa, kenapa kita keluar macam ni ? Tadi kau kata ada idea cemerlang ? Mana ? " Soal Dellia dengan wajah imutnya di belakang Atiqah

" ni la idea cemerlang aku . Baguskan ? " Ujar Atiqah dan berakhir dengan ketukan keras di kepala Dellia

" Au . kau ni sakit laa !! " Lagi lagi Dellia mengeluh

" Kau tu lain kali perlahan kan suara tu .Bahaya tau bila ada yang dengar.. Shhhh "

" Qa, kita nak pergi mana sampai ngendap ngendap sampai macam ni sekali ? " Soal Dellia, mana tidaknya, saat ini mereka sedang meringkuk dan berjalan berjengkit agar tak ketahuan orang lain

" bongkar jiran tralala tu.. "

Setelah melewati setiap rintangan akhirnya Atiqah dan Dellia berada di taman depan rumah Atiqah.

" Qa,aku tak tahu pulak nak jumpa jawatan kuasa perumahan ni pun kena lewati rintangan macam ni sekali. Haihhh " Keluh Dellia dengan duduknya

" Dah jum la. Lepas ni takda rehat rehat tau, lepas selesaikan hal jiran tralala, aku terus nak selidik cikgu Afiq. Kau tahu, kita boleh dalam bahaya kalau bertembung lagi dengan lelaki bahaya semalam tu. " Ujar Atiqah

" Emm, kalau cam tu jom sekarang jugak kita cari pakcik JKP . " Ajak Dellia dengan menarik tangan Atiqah

Dirumah Atiqah saat ini Puan Alia sedang mencari Atiqah yang sangat mengherankan akibat menghilangnya Atiqah

°°°°°°°
Dirumah yang lebih jauh dari segala rumah perumahan. Saat ini Atiqah dan Dellia didepan rumah yang agak besar dan jauh dari kata perumahan. Rumah ini dihiasi warna kedamaian.

" Wahh , Qa ni pertama kalinya aku datang sini tau setelah bertahun aku tinggal kat sini. Cantik la rumah nya. Nyaman je. Wehh ,apa nama JKP ni Qa ? " Soal Dellia dengan takjub nya

" Tuan Erhsan. Tapi aku selalu panggil orang ni Pak Erhsan sebab Pak Erhsan ni kawan arwah papa aku jugak. "

" maknanya kau dengan Pak Erhsan rapat la kan ? "

" Jauh dari kata rapat. Kalau boleh hapuskan. Pak Erhsan selalu menyebuk pasal aku. Dia selalu beda bedakan aku dengan adik beradik aku. Jadi aku kurang suka orang ni. Dia dengan tuan Hazli bagi aku sama je. Kalau Tuan Hazli adik kepada uncle Hussein. Pak Erhsan ni sama sejenis dengan mereka. "

" Maksud kau, mereka semua kau anggap musuh.. Hahh Qa, Ce kau cakap jangan panjang panjang. Aku tak faham la. To the point je. " Ujar Dellia

" Dah la jum "

" Jap Qa.. " Dellia tarik lengan Atiqah

" Apa lagi ? "

" Dari yang kau cakap tadi.. Bukan ke susah untuk Pak Erhsan percaya dengan kata kata kau nantinya "

" Sebab aku tahu dia takkan percaya la.. Aku dah siapkan bukti.. Jummm " Ujar Atiqah dan menarik lengan Dellia agar mengikutinya untuk masuk ke halaman rumah Tuan Erhsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience