>31

Action Completed 10887

Jam berkayu elegen di dinding kelabu itu sudah masuk waktu subuh.

0633 pagi 4 orang jejaka sudah berkumpul disatu bilik khusus untuk mesyuarat atau membincangkan sesuatu yang privasi.

Afiq duduk di kerusi kebesaran-nya tapi sangat sederhana berwarna hijau muda. Empuknya seperti sofa tidak sekeras keras kerusi.

Nawi , Aris dan Ikwan duduk di anak anak kerusi berwarna hitam. Diatas meja yang panjangnya meja mesyuarat warna coklet kaca itu sudah mereka taruh borang borang, laptop, Fail dan segala bahan yang diperlukan seperti handfone, alat tulis , pendrive serta air mineral disatu satu meja

Nawi menekan sesuatu pada telefonnya yang menyala di atas meja.

Sesuatu muncul pada dinding putih susu dibelakang Afiq. Afiq segera ketepikan kerusinya dan melihat apa yang ada di dinding itu

Afiq melihat organisasi yang Aris dapati.Carta Organisasi maklumat muncul berwarna biru disitu.

" Boleh saya mulakan tuan ? " Nawi meminta izin. Mereka memang ada adab ketika mesyuarat. Tidak sambil lewa atau bermain main atau bergelak tawa. Kerana mereka tanamkan satu dihati mereka

' Ketika berkerja fokus itu penting ' Afiq menegaskan hal itu didalam Tim Brown dan mereka menghormati hal itu sama hal nya , Afiq juga menghormati setiap pendapat yang keluar dari mulut mereka misalnya, baru baru ini Ikwan melafazkan satu pendapat iaitu

' harus saling bukak mulut dan memberi pendapat ' Afiq menerima itu kerana itu wajib

" Silakan " Afiq mengambil fail berkulit hitam di atas meja. Sambil menyemak setiap bibik bicara Nawi

" Setiap para incaran ini hanya menggunakan maklumat palsu . Setelah detektif Ikwan menyelidik hal ini, ternyata kenyataan nya lebih mengejutkan " Nawi berkata sambil pen ditangannya menunjukkan di layar

" Jakyi yang sedia tahu seorang bekas banduan sejak 3 tahun lalu dikeluarkan dari penjara i putrajaya . Nama sebenarnya ialah Nazmi Narodin. berumur 41 tahun. Rakan seperjuangannya setelah keluar dari penjara iaitu Amron ialah seorang bekas Tim kepolisian dikeluarkan kerana kesalahan yang dituduh . Nama sebenar ialah Zaludin Ahmad berumur 25 tahun. Antara yang termuda diantara mereka. " Sambung Nawi , seketika Nawi berhenti untuk mendapat persetujuan Afiq

" Kenapa tak sambung ? " Afiq bertanya dengan datar

" Dua orang lagi aku tak dapat maklumat. Maaf tuan ! " Nawi berasa bersalah kerana tidak mendapat maklumat Zack dan Arai

Afiq melihat Aris yang menyemak sahaja pembicaraan mereka

" Kau dapat sesuatu ? " Afiq sedia tahu bahawa Aris sangat hebat dalam mencari maklumat sampai titik akhir

Aris angguk . Aris membuka laptop nya. Dan menekan sesuatu yang keluar lampu merah

" Zack atau nama sebenarnya adalah Muhammad Taufiq. " Setelah berkata itu kepala Nawi, Ikwan malah Afiq juga terangkat memandang Aris.

" Nama itu tak asing bukan ? " Aris tersenyum sinis

" Zack atau Muhammad Taufiq anak kepada Almarhum detektif Tajul yang kini berumur 26 tahun . Begitu juga dengan Arai atau nama sebenarnya Muhammad Adam Haikal. Pasti terkejut siapa sebenarnya dia. Arai sangat dikenali di kepolisian di Amerika sebagai pengintip terhebat ketika umur sangat umur sekitar 15 tahun " Aris menyerahkan satu gambar yang sangat jelas pada Afiq " Itu adalah gambar ketika dia tertangkap . Mengenai laporan polis Amerika, Arai diperangkap oleh teman nya sendiri. Arai dikeluarkan akibat bergaduh dengan polis disana kerana tidak mempercayai kata katanya. Kini umurnya seperti Zack juga iaitu 26 tahun. "

" Keempat orang ini adalah anak buah kepada Marbo ketua Geng Tunzos. Kalau dulu sebelum dipenjarakan Jakyi 6 tahun berkerja dengan Marbo , selepas keluar penjara .. itu sudah masuk 9 tahun. 3 orang lagi masing masing 5 tahun " Sambung Aris

" Mengejutkan. Mereka hebat hebat.. Tapi mengambil langkah salah " Ikwan bercakap sambil menulis sesuatu pada borang

" Apa yang kau lakukan. Bagaimana ? Apa laporan yang sudah kau dapat . " Afiq terus bertanya pada Ikwan

Ikwan menyerahkan borang yang tadinya ia tulis pada Afiq.

Setelah Afiq lihat apa yang ditulis Ikwan. Afiq memandang Ikwan dengan soalan yang dibenaknya

" Apa maksud kau " Soalan yang tertuju pada Ikwan malah membuat Nawi dan Aris ingin tahu isinya

" Itu yang aku dapat selama tugas yang kau berikan aku jalani. Aktiviti haram ini sudah diambil ujian-nya. 10 remaja hilang lelaki dan perempuan di beberapa negeri adalah punca dari mereka untuk mencuba benda haram itu pada remaja remaja itu. Jika badan remaja itu lemah, remaja akan mati. Jika kuat maka akan lebih mereka mencuba kan dadah dadah itu pada mereka yang kuat untuk melihat bertapa kuatnya ubat terlarang itu. 15 remaja yang dijumpai mati di sungai , setelah disiasat puncanya adalah dari ubat itu. Bukan itu sahaja " Ikwan menyerahkan peta lokasi yang sudah dicetak pada Afiq " Aku sudah menemukan markas mereka. Tapi itu bukan markas Utama. Markas ini berada di Kelantan dan Sabah. Yang mengendalikan markas markas ini 2 antara 4 orang tadi. " Setelah itu, Ikwan menyerahkan satu gambar dari fail hitam miliknya

" Kenapa gambar ini ada pada kau ? " Afiq tak boleh baca fikiran Ikwan ini

" Kalau benar Zack adalah anak kepada Detektif Tajul, Jadi tak salah adik beradiknya masih hidup. Detektif Tajul memiliki 6 orang anak bersama isterinya. apa yang saya dapat, Zack memiliki 5 orang adiknya yang sudah disorok maklumatnya. Sebab selama saya cari, Maklumat ini tidak dijumpai " Afiq memikirkan sesuatu setelah menggabungkan semua masalah ini

" Almarhum Detektif Tajul adalah kawan baik Encik Hussein. Aku Yakin, Encik Hussein akan memberi maklumat tentang anak anaknya. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience