> 18

Action Completed 10887

Atiqah menunggu orang orang itu mendekat. Batang golf mendahului. Atiqah memegang batang golf itu dengan tangan kiri.. Kaki kanan melangkah kedepan dan Atiqah berpusing . Batang golf ditarik oleh tangan Atiqah, disebab kan hari hujan, Tangan lelaki yang memegang batang golf tadi menjadi licin dan melepaskan batang golf itu.

Atiqah menggunakan batang golf itu dengan memukul tangan kiri, tangan kanan, tengkuk lelaki itu. Akhir sekali Atiqah menyepak lelaki itu agar kebelakang kerana Atiqah melihat lelaki satunya kedepan. Atiqah menggunakan batang golf itu untuk melawan lelaki itu.

" Hiyaaa " Lelaki itu bersedia menikam Atiqah. Atiqah dengan pantas mengetuk tangan lelaki itu dengan kayu golf. Pisau lipat itu terlepas dari tangan lelaki itu. Atiqah menyambut pisau itu, dan menumbuk muka lelaki itu sekuat nya.. hingga hidung lelaki itu mengeluarkan darah. Atiqah mencampak pisau itu pada gadis cina itu

" Putuskan tali itu dengan pisau !! " Atiqah menjerit agar gadis cina itu dengar.. Gadis cina itu berusaha mencapai pisau itu. setelah dapat, gadis cina itu terus memutuskan

Gadis cina itu lihat Atiqah sedang lawan dua orang itu lagi.. Dan Gadis cina itu buat keputusan untuk menelifon polis.. Akibat hujan dan mereka berada di daerah hutan yang dekat dengan air terjun.. line jadi slow.. Setelah gadis cina itu menukar ke simkad ke dua.. Gadis itu dapat call polis

Atiqah terus memukul lelaki lelaki itu .

Di waktu bersamaan/ Dirumah Atiqah

Dirumah hanya ada Taha dan Arumi. Kalau Jihah ada jemputan makan tengahari bersama penari kecil. Kalau Kak Nurul ada syuting. Dan kak Nurin ada pertemuan dengan model model yang lain.

Di luar sangat lebat. Taha turun tangga dan menghampiri Arumi di meja makan. Arumi dah terlalu biasa di sini. Jadi dah buat macam rumah sendiri.

" Arumi " Tegur Taha di sisi Arumi

" apa ? " Arumi masih sebuk makan

Taha seperti mencari seseorang. Dia memandang kiri dan kanan, setelah mencari di atas tadi

" Kau nampak Na'Am tak ? "Meski tak suka. Atiqah masih adiknya

" Tadi kat luar je. masa mula mula sampai. Lepas tu tak. Jap rasanya tak masuk rumah lagi dari tadi . Kenapa ? " Arumi memberhenti makan kuih di atas meja dan memandang Taha

" Tah la.. perasaan aku macam ada sesuatu berlaku pulak masa dalam bilik tadi . Aku dah call adik adik lain. Mereka baik baik je. Tu aku cari Na'Am "

" Ce kau call dia " Cadang Arumi

Taha pun menelifon Na'Am. Tapi tidak tersambung.

" Tak jawab la .. " Taha buat keputusan untuk menelifon Dellia.. Dan tersambung

IN CALL
" Halo " suara Dellia terdengar

" Dellia..Abang Taha ni "

" Ohh.. kenapa bang Taha ? Ada terjadi sesuatu ke dengan Atiqah " Dellia bersuara agak cemas. Kerana sebenarnya dia sangat memikirkan Atiqah setelah dihantar pulang tadi

" Atiqah takda dengan kamu ke sekarang ? " Taha cuba memastikan

" Takda la bang Taha.. Tadi selepas Atiqah hantar balik.. Atiqah cakap nak terus ba...." Dellia seperti memikirkan sesuatu " Takkan Atiqah tipu aku " Suara bisikan Dellia yang sedang cakap sendirian tu didengar Taha

" Aa.. takpalahh Dell.. Atiqah dah balik nii " Taha terpaksa bohong

" Ohh.. okay bang.. kirim salam kat Atiqah ye " Dellia senang bila dengar Atiqah dah balik. Meski dia masih cemas

Off

" Na'Am takde kat sana ke ? " Arumi bertanya setelah melihat Taha meletakkan telefon nya

" Tak. Aku akan tengok GPS.. Kau cuba call dia " Sebelum ni.. bila Atiqah tak balik.. Taha tak pernah risau. Tapi sekarang Taha sangat cemas .
Arumi melihat cemasnya Taha pun menyetujui

> ATIQAH <

Atiqah semakin kelelahan dengan darah yang banyak keluar. Bukan Atiqah sahaja, lelaki lelaki itu juga. Atiqah membuat keputusan untuk diamkan mereka

Dengan sisa tenaga Atiqah. Atiqah berlari dengan darah yang mengalir, Kaki kiri Atiqah menyepak muka lelaki yang memegang batang golf tadi. Lelaki itu jatuh pengsan. Ketika Atiqah sedikit lengah. Lelaki yang memegang pisau tadi mengambil batang golf yang jatuh, dan memukul kaki Atiqah yang berdarah

" Aghh " Teriakkan Atiqah membuat Atiqah semakin lemah

Atiqah terjatuh.. Gadis cina yang melihat itu tidak dapat nak diam.. Tapi kaki nya luka terus akibat dipukul dengan penculik 2 tadi. Gadis cina itu mencampak pisau yang ditangannya pada Atiqah

" Gunakan itu " suara cinanya yang bercakap melayu itu keluar..Atiqah mencapai pisau itu..' Aku tak boleh menikam mereka.. tapi aku boleh cederakan mereka '

Ketika lelaki 4 itu mendekat . Atiqah bangun dengan susah payah dan melukai kedua tangan lelaki itu

Darah pekat mengalir. Atiqah juga melukai kedua kaki lelaki itu. Batang golf jatuh. Tetapi lelaki itu tetap mahu melukai Atiqah. Dia cuba merampas pisau ditangan Atiqah. Disebabkan pisau itu Atiqah mempertahankan.. Dia menumbuk tengan Atiqah dengan keras.. menyebabkan pisau itu berpindah tangan

" Awass ! " Suara gadis cina itu terdengar kerana lelaki itu cuba menikam Atiqah membuat Atiqah terjatuh

Bukk

Lelaki itu cuba menikam di bahagian jantung Atiqah.. Tetapi Atiqah menahannya.
Kalau boleh Gadis Cina itu tidak mahu duduk saja. Ia mahu menolong.. Gadis cina itu cuba turun ketanah.. Yang ada gadis itu tersungkur..membuatkan kakinya bertambah sakit

Atiqah tidak dapat bertahan lama. kerana kedua tapak tangan yang luka, Darah yang keluar banyak membuat ia lemah.. Dan air hujan yang membuat tangan nya licin

hujung pisau itu terkena dada Atiqah tapi Atiqah tetap menahannya.. Atiqah melihat dihujung bibir lelaki itu menunjuk kan lelaki itu senang dan gembira

Darrr ~ Suara tembakan dari jauh mengejutkan lelaki itu, Atiqah dan Gadis cina itu.. lelaki itu jatuh ke tepi

Ternyata polis sudah sampai.. Banyak anggota polis.. abang Atiqah iaitu Taha juga sampai bersama Arumi

Atiqah memandang Gadis Cina itu

" Kamu yang menelifonnya bukan " Gadis cina itu angguk

" Terima kasih , Aku Lian Kaili " Kaili memperkenalkan diri

" Aku pernah mendengar nama kamu "

Taha menghampiri adiknya. Dan beberapa polis merasakan nadi penjahat penjahat itu. Dengan lelaki ditembak tadi

Atiqah sedikit cemas bila abang nya datang. Dan Atiqah cemas juga jika ada yang mati akibat pukulan Atiqah

" Adik baik baik je ke ? " Taha sangat cemas dan terkejut bila melihat adiknya hampir ditikam tadi

" Maaf jika buat abang cemas "

" Tuan.. kita akan merawat mereka di kereta ambuland sekaligus menanyakan kejadian sebenarnya " Satu anggota polis berbaju lengkap polis itu mengatakan untuk merawat Atiqah dan Kaili

" Baiklah.. " Taha mengendong adiknya

" Akhhh " Tak sengaja Atikah bersuara kerana kakinya yang luka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience