Jalan jadi gelap, lampu lampu jalan dinyalakan agar sinar kembali.
Air mata langit turun dengan lebatnya serta ditiup angin . Disatu tempat yang sunyi sepi ada jalan yang ditutup akibat pokok besar dan tinggi yang tumbang.
Dirumah , Atiqah duduk di salah satu sofa bentuk L di ruang tamu. Wajah Atiqah ketika ini menunjukkan muak dan bosan, matanya juga ditutup menunjukkan ia tidak mahu dengar atau bercakap
" NA'AM !! " Suara abang Taha bergema diruang tamu,
Atiqah membuka matanya malas, wajahnya masih menunjukkan muak dan bosan, sedang lengannya sudah dibersihkan oleh dokter yang tadi datang, dirinya kembali boleh bangun dan berjalan setelah lengannya dibalut
" Kamu bila orang bercakap, DENGAR ! Jangan besar kepala !! " bentak Taha
" Atiqah nak rehat " Atiqah segera bangun dari duduk nya
" Na'Am " Suara lembut itu memegang tangan Atiqah , Atiqah berhenti dari berjalan tapi tidak pusing " Kenapa cakap begitu pada abang , Kan kita dah bincang, panggilan Atiqah itu hanya kawan kawan atau orang yang tak dekat dengan Na'Am je. kan kakak dah cakap " Suara milik Nurin menyambung ucapannya tadi
" Betul la tu, Na'Am untuk keluarga , Atiqah untuk luar keluarga. Na'Am nak rehat kak. Na'Am penat " Atiqah terus berjalan pergi dari ruang tamu
Taha memandang adiknya yang pergi tanpa menoleh pada nya. Hembusan nafas kasar Taha didengar oleh Nurul yang dekat dengannya.
" biarkan Na'Am rehat, Abang kenapa balik tiba tiba ni ? Tak bagitahu dulu pun " Nurul mendekati abangnya
" Emm, nantikan uncle Hussein nak datang, abang kena adalah . Lagipun abang ada kerja sikit kat daerah sini " Ucap Taha sambil menopang tangan di dinding berdekatan dengan nya
" Abang nak air tak ? " Nurin yang melihat abangnya seperti penat, terus bangun dari duduknya
" Takpalah, biar abang ambik sendiri je. Abang nak bercakap dengan Na'Am sekejap " Taha ingin menaiki tangga
" Abanggg.. Nanti je la.. Biar Na'Am rehat. Abang pun rehat la. Abang baru sampai kan. makan pun belum. Tengok tu Abang Arumi, lepas makan nasi, terus makan puding trifle kasturi. Pergi lah teman bang Arumi bang " Nurul bukak mulut meminta abangnya untuk tidak melihat Atiqah dulu
Taha angguk bergerak ke dapur. Di dapur didapati Arumi yang sedang menyedup puding
Taha tarik kerusi disamping Arumi , dan menyerahkan sesuatu dari poket seluarnya pada Arumi
Arumi hanya pandang
" Aku andaikan kau untuk siasat ni. Jangan bagi sesiapa benda ni " selesai Taha bercakap begitu. Arumi menghentikan menyeduh puding
Arumi melihat Taha " Kau ingat tak ? kita ni tentera askar , sering masuk hutan tengok pokok dan daun, bukan polis sering tengok orang dan borang . " " Kita bagi tugas ni pada Afiq je. Macam mana " Cadang Arumi
" aku kena tahu jugak siapa yang nak bunuh adik aku. Apa guna aku sebagai abang. " Taha sangat risau bila memikirkan keselamatan Atiqah
" Kita bincang dengan Afiq dulu. Jangan buat sembarangan. Kau selalu cakap macam tu kat aku. jangan buat gegabah. Nanti masalah lain timbul " Ucap Arumi. Arumi tahu sahabat nya ini paling tertekan bila itu urusan keluarga nya. Tambah tambah Atiqah yang sentiasa bermasalah
Taha angguk " Aku rasa aku kena bawak Atiqah ke KL. Biar dia belajar kat KL. Biar aku jaga dia kat sana " keputusan Taha
" Kau ingat dia nak ke ? Dia dah selesa kat sini . Hubungan korang tak baik sekarang. Kalau dulu mungkin dia nak. "
" Itu sebab aku kena bawak dia ke KL. Sekurang kurangnya aku boleh baiki hubungan dia dia "
" Kita sebuk dekat sana. kau kerja. Nanti masalah lain yang datang "
" Itu tak mungkin. Aku akan pastikan itu takkan terjadi. "
> ATIQAH <
Didalam bilik Atiqah serabut dengan abangnya. 2 hari sudah abangnya disini. Abangnya juga sudah berbincang dengan Atiqah serta adik beradik lain untuk bawak Atiqah ke KL.
' Aku yakin abang ada rencana nak bawak aku pergi KL. Aku yakin dia tentu kongkong aku habis habis. ' Atiqah tak duduk setempat dibilik. Dari katil, ke tingkap, dari tingkap ke meja belajarnya. Bergerak pula ke katil, kembali lagi ke sofa panjang didepan katilnya
"Aghhhh !! Tak suka nya ! Dia dah buang aku ! Kenapa buat keputusan suka suka hahh !! " Atiqah menjerit sekuat sekuatnya , langsung tak peduli jika ada yang dengar
Tok tok tok ~ pintu bilik terbuka. Taha muncul
" Na'Am ! Hentikan. Kita bincang dekat bawah sekarang " suara Taha memaksa Atiqah kebawah
" Atiqah takmahu ! keluar. Jangan ganggu Atiqah " Atiqah menolak abangnya keluar dari biliknya. Tapi abangnya berkeras tidak keluar
Taha segera memeluk Atiqah yang sedang membara bara api kemarahan keluar dari diri Atiqah
" Istifar Na'Am. Jangan marah marah. Abang takmahu kamu sakit lagi. Sabar sabar. Ingat Allah Na'Am. Sabar " Taha menggosok gosok belakang badan Atiqah dan membelai rambut Atiqah dengan lembut
Atiqah tarik nafas nya dengan lembut dan menghembus nya sehingga Atiqah bertenang
" Atiqah takmahu pergi KL "
Share this novel