[ MOOD SEDIH ]
[SETIAP YANG HIDUP AKAN PERGI JUGA, TIDAK KIRA TUA TAU MUDA, KAYA ATAU MISKIN ]
HOSPITAL KUALA LUMPUR ( HKL )
Disebuah lorong wad terlihat sunyi, ada 2 orang penjaga didepan sebuah bilik. Tiba tiba kedua dua penjaga itu jatuh tak sedarkan diri.
Seseorang berpakaian serba hitam hingga menutup kepala masuk ke ruang itu, tiada embel embel dokter dengan langkah tanpa pertolongan orang lain dia masuk.
Terlihat seseorang terbaring lemah di katil pesakit. Ye dia adalah Fuzel yang sedang koma dalam kritikal.
Dan berpakaian serba hitam itu adalah Ikwan tanpa memakai topeng hanya Hoodie menutup kepalanya.
Mata Iris merah darahnya memadang Fuzel sinis dan berkata
" Kesian, kerana orang lain kau yang harus mati. Hahahaha " Ujar Ikwan dengan gelak yang menyindir Fuzel yang masih dalam keadaan koma. Satu suntikan yang agak panjang keluar dari poket jaket Ikwan. Sambil berjalan kearah tiub air pesakit Ikwan tersenyum sinis
Suntikan racun disuntik kedalam tiub milik Fuzel. Setelah itu Ikwan pergi meninggalkan bilik itu.
Titttttt ~ bunyi itu bergema dibilik. Dokter dan beberapa nurse berbondong-bondong masuk kedalam bilik pesakit. Ada seorang nurse yang membangunkan 2 penjaga didepan pintu tadi.
> ATIQAH <
Atiqah yang sedang tidur itu dimalam hari itu seolah memimpikan sesuatu yang menyeram. Ketika mata yang masih terpejam dalam keadaan tidur, air matanya mengalir panjang seolah memimpikan sesuatau yang mengusik hatinya
" Jangan tinggalkan Atiqah " Bisik Atiqah dalam keadaan tidurnya
Keesokan harinya. Hal tak terduga terjadi. Beberapa keluarga tiri Atiqah sudah bergerak ke Hospital, memandangkan Fuzel kematian ibu bapanya. Jadi yang mengurusnya adalah keluarga tiri Atiqah.
Atiqah juga ke Hospital. Dengan cuba memberi semangat pada diri sendiri. Atiqah cuba untuk tidak menangis.
Mereka adalah Taha, Rafi, Tengku, Afiq, Raja, Rafail dan Atiqah. Ye hanya Atiqah yang perempuan. Kerana tadi dirinya memberontak untuk ikut bersama.
Mereka sudah berada didalam bilik wad yang Fuzel tempati buat masa sekarang.
Tengku tak dapat tahan tangisnya , memandangkan dia yang sangat rapat dengan Fuzel, segera dia berlari kearah Fuzel yang sedang terbaring tak bernyawa. Memeluk dan menangis teresak
" kenapa kau sangat lemah. Hukkk.. Kau seharusnya kena kuat... Kau tahu ? Aku tunggu kau untuk bangun.. Tapi kenapa... Kau hancurkan harapan aku ? Ha ?? Huhuhu Fuzel... " Ujar Tengku dengan tangisan yang tidak henti henti " sahabat akuuu " sambung Tengku. Begitu juga Taha, Rafi dan Afiq yang berkawan rapat dengan Fuzel. Sebak, sangat sebak.. Mereka bertiga berpeluk untuk tenangkan sesama sendiri.
Raja menepuk nepuk belakang Tengku. Lain halnya dengan Atiqah.
Difikirkan Atiqah berpusing berpusing apa yang dokter katakan
" Pesakit Fuzel Hadian tidak dapat ditolong lagi. Seseorang menerobos masuk dan memberi racun pada pesakit Fuzel Hadian hingga nafasnya berakhir. Maafkan pihak Hospital kerana kelalaian kami menjaga pesakit " Ujar seorang dokter perempuan dengan hati hati.
Atiqah juga mendengar percakapan Rafail dengan Seorang polis
" Racun mematikan berwarna merah dineutralkan kan menjadi tidak berwarna. Dicampurkan dengan air yang masuk ke badan Ikwan. Racun ini sangat cepat merebak hingga ke jantung. Maafkan kelalaian orang kami kerana tidak berhati hati " Ucap Polis itu.
Mata Atiqah terus memandang Fuzel yang selalu melindungi dia hingga akhir hidupnya
" ATIQAH SEMBUNYI ! "
" Bang Fuzel jum kita pergi. Jangan cari mati ! "
" JANGAN HARAP ! "
" Atiqah awas ! "
" Kamu hati hati, jangan bertindak melulu " Pesan terakhir Fuzel membuat Atiqah mengingat bibir bawahnya untuk tidak menangis. Hingga bahunya bergetar getar.
' bang Fuzel. Terima kasih. Atiqah.. Atiqah.. Belum sempat membalas pertolongan abang. Atiqah tahu pembunuh nya orang sama. Atiqah akan balas, cara dia bunuh abang sangat menjijikkan. ' Batin Atiqah mengumpat dalam hati agar rasa sedihnya berkurang. Tapi malah tangisannya menjadi
' betul aku cakap, semua yang rapat dengan aku. Semua dapat nasib yang sama. Mula mula abang long. Next Dell. Sekarang bang Fuzel. Maafkan Atiqah. Atiqah akan balas kematian abang dengan cara yang lebih menyakitkan. Tunggu ye bang. ' batin Atiqah menguat dirinya.
' bajing*an keseta*nan !! ' Umpat Atiqah. Tangan Atiqah mengengam kuat ketika melihat wajah Fuzel akan ditutupi kain putih oleh nurse.
Tangan Atiqah yang mengegam bergetar hebat. Atiqah berada tepat didepan kaki Fuzel. Atiqah teringat kali pertama mereka berkenalan. Saat itu Atiqah hampir terjatuh di bangunan. Tapi Fuzel datang tolong.
" bang Fuzel. Ternyata terlalu banyak pertolongan abang. Maafkan Atiqah, kerana Atiqah. Abang, pergi. " Rafail memeluk anak tirinya itu kerana, dalam tak Atiqah sedar, air matanya memaksa keluar.
" maafkan Atiqah bang Fuzel. Ini.. Ini salah Atiqah..salah Atiqah kerana tak berhati hati, degil. Maafkan Atiqah. Kerana rapat dengan bang Fuzel. Ini salah Atiqah " Ujar Atiqah yang terus terisak dan tangannya yang terus mengelap air matanya.
Tapi malahan air matanya terus jatuh
" Bang Fuzel ! Tolong jangan pergi , jangan tinggalkan Atiqah dalam delima " Ujar Atiqah yang ternyata tak terima dengan kematian Fuzel. Rafail memperkuatkan pelukannya pada Atiqah
" kuatkan hati kamu Atiqah. Dia sudah tenang disana. Jangan buat dia sedih " Ujar Rafail yang sebenarnya sangat berasa sebak.
Dalam bilik wad ini sangat suram hanya bunyi tangisan yang ada.
Keesokan harinya Atiqah hanya diam di bilik tak keluar , tak makan . Hanya menangis. Atiqah sangat rasa bersalah atas kepergian Fuzel.
Atiqah teringat kejadian sebelum Fuzel tertikam
" Aku akan lindungi dia dari orang macam kau !! Disebabkan dendam kau yang Atiqah sendiri taktahu, kau tega nak bunuh dia ! "
" ATIQAH SEMBUNYI ! "
" aku dah bagi kau peluang untuk menyerah. Tapi kau tetap degil. Terima akibatnya ! "
" bang Fuzel jum kita pergi. Jangan cari mati ! "
" JANGAN HARAP ! "
" Atiqah AWAS ! "
" Kamu hati hati. Jangan bertindak melulu. "
Semakin Atiqah mengingat. Semakin Atiqah berada dalam keadaan tempuruk.
Keadaan Tengku sebaliknya. Dirinya perlahan bangkit dari kesedihan. Untuk membalas kematian Sahabat baiknya.
" Maafkan Atiqah bang Fuzel. Maafkan Atiqah bang Fuzel. Maafkan Atiqah.. Bang Fuzel.. " Banyak kali Atiqah ulang perkataan yang sama. Tiada senyum. Dan banyak kali Atiqah mengingati kejadian kaki pertama bertemu. Saat mereka bergaduh. Tersenyum. Saat Fuzel melindungi Atiqah. Tanya tentang sekolah Atiqah. Dan saat waktu waktu terakhir sebelum nafasnya meninggalkan tubuhnya.
Semakin lama, air mata terus keluar dan menangis. Atiqah sangat sedih. Dan dalam hal itu juga, Atiqah tak sedar. Atiqah sudah jatuh dalam perangkap Fuzel.
_________ __________ ________ ________ ______ ___________
***
SUDAH DULU YE. AUTHOR SUDAH MENANGIS DENGAN CERITA YANG AUTHOR KARANG SENDIRI.
JANGAN MENANGIS MULU YE. DAAA. KALIAN THE BEST.
Share this novel