21++
Di waktu yang sama, di situasi yang hampir sama. Seorang lelaki bersweater hitam dan seorang lelaki berbaju tanpa koler warna merah. Rantai bertali hitam lelaki berbaju merah itu bergoyang goyang. Entah apa yang berlaku, lelaki berbaju merah itu jatuh terduduk dengan wajah yang penuh lebam dan darah .
Panggg ~ sekali lagi wajah lelaki berbaju merah dilibas dengan pemegang tongkat kayu berbentuk ular
Berkali kali lelaki berbaju merah dilibas. Lelaki bersweater hitam langsung tidak memberi lelaki berbaju merah kesempatan untuk lawan
Sekali lagi untuk libas. Lelaki berbaju merah memegang tongkat itu. Tapi tangan dia bergetar getar, seolah tiada kekuatan lagi untuk memegangnya
" Siapa kau !?? " Lelaki berbaju merah bersuara. Wajahnya penuh dengan luka dan lebam hingga tidak kenal lagi siapa lelaki itu
Kaki kiri lelaki bersweater laju kedepan dan menyepak wajah lelaki itu serta menghentam kasar tangan lelaki itu
Ktakk ~ bunyi tulang patah
" Aghhhh... Lepas lahh "
" INI BELUM CUKUP. SEHARUSNYA ADIK KAU YANG MATI. KAU BUAT TUNANG AKU MATI. APA KAU FIKIR KAU BOLEH HIDUP SENANG. SAMPAI KAU MATI, TAKKAN ADA YANG BOLEH HIDUP SENANG !! AKU TAKKAN IZIN KAN !! HIYAA " Lelaki bersweater merah itu menghempuk mata lelaki berbaju merah itu menggunakan 'Pisau tumbuk
" Aghhhh " Mata kiri lelaki itu mengeluarkan banyak darah " Kau boleh bunuh aku. Tapi kau jangan sentuh keluarga aku. Mereka taktahu apa apa " lelaki berbaju merah sempat mengatakan sesuatu. Yang membuat hati lelaki bersweater panas
" Habis kau fikir tunang aku tahu ke hah.. Hiyaa !! " Dengan brutal lelaki itu menikam nikam perut lelaki berbaju merah dengan pisau tumbuk
" Ikwann.. Kau... jangan.. salah ..faham...." Akhirnya lelaki berbaju merah menghembuskan nafas terakhir. Tapi lelaki bersweater masih sahaja menikam nikam lelaki berbaju merah itu.
Lelaki bersweater mengambil Bagh Nakh atau Cakar Harimau. Ia menggunakan itu untuk bahagian jantung...
Untuk beberapa jam.. Kejadian itu diakhir, Darah sangat banyak, mengalir bersama air hujan.
Lelaki bersweater menyalakan api yang besar dan membakar bahan bahan bukti, seperti alat alat tadi. Akhir sekali lelaki itu ambik gambar lelaki yang bersimpah darah itu.
" Selagi Tunang aku tak bahagia. Aku akan pastikan seluruh keluarga kau takkan pernah bahagia. " Dengan setiap butiran perkataannya diikuti kilat dan petir yang menyambar.
Share this novel