>42

Action Completed 10887

Dalam mata kabur Atiqah yang sedang tersenyum di dinding ruang makan itu, ia hanya mampu lihat samar samar abangnya dan Arumi sedang dengan brutalnya memojot laki laki pembunuh itu.

Taha dengan emosi melayangkan sepakan sepakannya bahkan tangan lelaki di pembunuh itu akan patah lama lama. Dan Arumi sekadar membantu disitu.

Lelaki itu beberapa kali menghindar setiap gerakan.

Hingga akhirnya mata biru lelaki itu melihat kearah Hussein yang sedang mengarahkan pistol kearah lelaki itu.

Dengan segera lelaki itu mengeluarkan bom asap ketika Arumi lengah.

Bom asap dicampak di antara dia dan Taha.
Seketika pandangan menjadi kabur. Ketika semuanya kembali reda, lelaki itu sudah hilang membuat Taha frustasi.

Seharusnya Taha boleh boleh saja dalam bom asap. Malah boleh nampak gerak geri penjahat. Tapi taktahu kenapa, bom asap ini seolah olah menekannya agar kaku sementara. Begitu juga Arumi.

" Na'Am sayang, bangun jangan tidur sayang. Na'Am. Na'Am sayang !! Bangun ! " Suara kak Nurul terdengar sehingga ditelinga Taha, segera Taha melihat kearah Atiqah yang masih diambang kepengsanan.

Pandangan pun gelap.

Taha segera dukung Atiqah setelah Encik Hussein kata ambuland sudah sampai.

Kak Nurul mengikuti Atiqah dengan ambuland. Sedangkan Jihah, Nurin dan Taha naik kereta Nurin
Begitu juga dengan Arumi, dan Dellia yang masih pengsan menaiki kereta Hussein bersama Hussein

" Gelagat lelaki itu seperti nya agak familiar. Kamu tak rasa begitu ? " Soal Hussein didalam kereta

" Begitu juga saya. Ini penyerangan yang kedua. Lelaki itu seperti lelaki yang semalam mencuba membunuh Atiqah di taman. Sepertinya lelaki itu pembunuh upahan " Arumi menyimpulkan apa yang difikirkannya

" Mahu uncle tengokkan. Iris itu tak semua ada. Kebanyakkannya pembunuh upahan di Iraq mempunyai Iris biru dan merah. Apa mungkin lelaki itu ada kena mengena dengan yang diincar Afiq juga ye " Sepertinya Hussein hanya bermain main dengan fikirannya sahaja

Arumi yang mendengar , masih memiliki teka teki " Tapi apa kena mengena Atiqah dalam masalah Afiq ? " Akhirnya kebingungan diajukan

" Apa kamu kenal Taufiq abang kepada Taha ? Yang hilang 6 tahun lepas ? " Hussein pun menanyakan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Arumi tadi

" Ya. Kenapa .... Eh !??" Sepertinya Arumi sedang memikirkan dan mendapat 1 ingatan

" Apa jangan jangan Atiqah dijadikan taruhan akan dendam lelaki itu ? Memandangkan Zack pernah bunuh tunang lelaki itu. Tapi data Atiqah sudah dipalsukan oleh uncle sendiri. Macam mana lelaki itu boleh tahu ? Bahkan Zack tak pernah lagi muncul di depan Atiqah serta keluarga lain. Kehilangan Zack jadi misteri selepas pelarian ibu mereka " Panjang lebar Arumi mengatakan fakta untuk mencari jawapan

" Itulah.. Lelaki itu mungkin ada sahabat sahabat andalannya untuk mencari informasi tentang keluarga Zack " Hussein juga tak pasti dengan kata katanya

" Apa mungkin ada mata mata diantara kita uncle ? " Arumi bertanya cuba meneka neka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience