>24

Action Completed 10887

Kereta 'hyundai i30 berhenti tepat didepan Afiq yang sedang tercegat didepan pagar. Nawi, Aris dan Ikwan keluar dari kereta, bila lihat Afiq menghadang jalan untuk masuk

" Afiq ! " Tegur Aris sambil menggoyangkan bahu Afiw setelah beberapa kali memanggil Afiq tapi tetap tidak disahut

" Apa " Afiq sahut seperti tadinya ia tidak mengelamun

" Kau pandang apa kat luar ni ? " Ikwan mencari cari apa yang dilihat Afiq. Setelah diperhati baru dia nampak apa yang dilihat Afiq

" Aku tak buat apa. Nak jumpa Taha ni. Korang dah buat apa aku suruh ? " Afiq memerintah mereka untuk ke hospital tempat Kailii dirawat sebelum kematian menjemput. Pergi balai untuk ambik laporan. Dan pergi tengok CCTV. ikutkan pergi ikut anggota polis yang sedang menyiasat tentang kematian Kailii.

Pertanyaan Afiq dibalas anggukan dari Aris dan Nawi. Ikwan masih memerhati tempat Atiqah dan yang lainnya dipadang

'Mereka tengah gaduh ke ? ' Ikwan berbisik dalam hatinya bila melihat Atiqah seperti tahan geram dengan lelaki didepannya ' budak budak nya. ' Ikwan bercakap dalam hati lagi sambil sedikit mengata tak suka pada perangai budak budak

> ATIQAH <
" Kau nak diam sekarang atau aku yang tutup mulut kau !! " Atiqah memang sedang menahan kemarahannya

" Kau fikir aku kesah.. Yeye aku tahu keluarga kau keluarga famous la keluarga tentera la. Kau fikir aku peduli ? " Mulut lelaki 3 masih saja bercakap cakap

" Diam lahh !! " Atiqah cuba setenang mungkin menagani ini.'Baik aku relax dan bersama. Kang abang Taha nampak tak pasal pasal cutinya dipendekkan ' Atiqah bercakap dalam hati sambil cuba sedaya upaya untuk tenang

" Kenapa kau pandang macam tu ? Kau nak pukul aku ? Eh bukan abang kau ada ke kat rumah sekarang ? kau yakin nak pukul aku ? Kau nak abang kau tak akui kau adik dia ke ? " Ejekkan lelaki 3 itu membuat emosi Atiqah meradang

Lelaki 1 yang lihat Atiqah tak dikendali.. Cuba menenangkan dan mengajak lelaki 3 dan 2 balik

" Gais dah la.. jum balik... Nanti lambat pulak sampai rumah " lelaki 1 cuba sehabis mungkin pujuk rakan nya

" Ehehe sabar ye.. aku tengok dari tadi kau cuba cuba ajak kami balik.. kau kenapa sebenarnya ? gegabah je " Lelaki 2 sindir lelaki 1

" Atiqah.. dah la.. biarkan je la mereka.. Nanti abang kau nampak.. " Dellia cuba menenangkan Atiqah walau dia cuba menahan sakit dikakinya

"Ahahahaha.. Eh Dellia.. tadi bukan kau nak cari gaduh sangat ke.. Kenapa berhenti.. meh laa " Lelaki 3 mencengkam tangan Dellia dengan kasar

busssss ~ Satu tendangan kaki tepat kena pinggang lelaki 3.

bukk ~ lelaki 3 jatuh

" Kau jangan sentuh Dellia !! " Emosi Atiqah naik bila lihat Dellia menahan sakit

Lelaki 3 bangun dari jatuhnya dia. pinggang lelaki tiga terasa sakit.

" Kau ni " Lelaki 3 menyerang Atiqah. Sayangnya Atiqah menyepak kaki lelaki itu hingga jatuh tersungkur didepan Atiqah.

" Aghhh " Teriak lelaki itu bila kaki Atiqah memijak tangan lelaki itu dengan kejam

" Tangan ini kan yang kau sakitkan Dell " Atiqah sengaja menginjak sekuatnya

" Lepas kan tangan abang aku la !! " Lelaki 2 menolak lelaki 1 yang dari tadi memeluk lelaki 2 untuk tidak mengikut campur. Setelah berhasil lolos dari lelaki 1. Lelaki 2 secepatnya cuba memukul Atiqah dengan kaki yang dihala ke perut Atiqah. Sementara Atiqah terpelanting kebelakang

Yang lain mundur kebelakang termasuk lelaki 1, lelaki 3 dan Dellia. Sapa tak kenal , kalau Atiqah dan Lelaki 2 yang bernama Jone ni gaduh. Jone ni dulu satu Tim dengan Atiqah ketika belajar bela diri . Kedua dua nya hebat. Tak pernah ada buruk sangka atau cemburukan satu sama lain. Mereka berdiri di pentas satu sama lain. Memegang segala hadiah yang mereka dapat. Saling bertukar posisi. Kejap Atiqah nombor 1 kejap Jone nombor 1.

Sampai tadi.. baru mereka gaduh. Pasti susah nak tentukan siapa pemenangnya.. Sebab keduanya hebat. Dulu jurulatih mereka pun tak boleh nak tentukan mana yang lebih hebat. Mereka ibarat bagai butang dan baju. Sama sama

Atiqah yang terpelanting memang tak terfikir Jone akan menendangnya

" Apa kau buat ni Jone ! " Atiqah memarahi Jone dan mengelak pukulan Jone yang dari tadi cuba menyerang Jone

" Tu kesalahan kau. Siapa suruh kau yang mulakan " Jone terus cuba memukul Atiqah dari titik lemah sampai titik akhir. Atiqah terus mengelak. Sebab mustahil akan menyerang Jone

tetiba lutut Atiqah yang baru membaik itu disepak Jone

" Auuu " Atiqah menatap tajam Jone " Kau sengaja cari je kan. " Atiqah berdiri dan melayangkan pukulan padu pada dada Jone tanpa sempat Jone elak

" Aghhhh " Mana tak sakit.. Kalau Atiqah dan kena serigai kecil pun sakit. Tentu lah Jone pun sakit. Dua duanya hebat

Jone tak tinggal diam, Jone melayangkan pukulan tangan ... Atiqah menyambut tangan Jone dan menekan telapak tangan Jone

" Aghhhh... " Jone memusing tangan Atiqah..

" Aghhhh " Atiqah menendang lutut Jone cukup buat Jone jatuh seketika..

Dari tempat Dellia, Lelaki 1 dan 3 serta Tim main bola tadi.. hanya sanggup memerhati. Mereka cukup kenal dengan mereka berdua..

" Aihhh kalau macam ni bila nak selesai ? " Lelaki 1 dah bosan

" mereka ni lupa ke mereka kat mana sekarang ni ? " Dellia pun ikut bosan

" Mereka sedang tunjuk kemahiran masing masing ke " Lelaki 3 pun bosan

" Kau la ni.. kalau kau tak mula.. mereka takkan beradu kekuatan tau " Lelaki 3 marah Dellia

" Aku pulak.. aku kan suka bergurau dengan korang " Dellia buat muka tak bersalah

" Bergurau apanya..Itu aib tau " lelaki 3 tak dapat berfikir jalan bergurau Dellia

" Dah la.. baik cuba fikir untuk hentikan mereka.. Tiba tiba mereka didatangi Afiq.. Dan Aris.. Nawi dan Ikwan dah masuk rumah

" Eh cikgu " Dellia kelihatan terkejut bila Afiq dan Aris di sebelahnya

"mereka kenapa ? " Aris bertanya pelik

" Itu.. takda apa tu.. cuba beradu kekuatan.. dah lama tak beradu " Lelaki 1 mencari alasan

" aaa betul tu " Dellia menyetujui sementara ia tidak dapat alasan

" Kalau beradu kenapa kat sini ? " Afiq bertanya lagi

Lelaki 3 yang melihat adiknya dan Atiwah masih bergaduh " bang.. boleh tolong hentikan mereka tak..mana ada mereka beradu kekuatan.. mereka tengah gaduh tu.. Tolong ye bang " Lelaki 3 memang tak tahu kalau itu adalah seorang cikgu

" kenapa mereka gaduh ? " Aris enggan membantu tanpa sebab

> ATIQAH <

Atiqah sungguh geram dengan Jone yang dari tadi mencuba menjatuhkannya..

" Aduhhhh " Atiqah jatuh akibat Jone yang memukul lutut Atiqah menggunakan penumbuknya

" KAU NI JONEE !!! " Atiqah bangun dengan muka marah dan geramnya

" Apa.. kau dari tadi jatuhkan aku.. Ni kali pertama aku jatuhkan kau.. Aku baru nak bangga " Jone cuba melawak

" KAU INGAT KITA TENGAH UJI KEKUATAN KE !! " Atiqah sangat marah

" Kalau macam ni.. Ambik ni " Jone cuba memusingkan tangan Atiqah.. Tapi Atiqah yang memusingkan tangan Jone dulu.. Atiqah buat cara yang sama.. Iaitu cara ketika menumpaskan penculik yang ingin menculik Kailii dulu.

Atiqah menyepak lutut Jone.. Jone terduduk..

" Lembuuuu !! Kau lepaskan tangan aku.. Kau jangan cuba cuba buat aku pengsan.. " Jone tahu Atiqah akan menghentak lehernya. Dan pastinya Jone akan pengsan

" Boleh ! Tapi kalau kau tak balas lagi ! " Atiqah buat syarat

" Ia.. aku janji.. Kalau kau pun tak pukul aku lagi "

" Ohh dalam waktu terdesak pun kau masih mintak syarat kau tercapai hah.. " Atiqah baru je nak hentak leher Jone.. Tiba tiba ada suara menyapa dari depan

" Atiqah hentikan " Afiq menghentikan

" Cehhh " Setelah memandang siapa yang cuba hentikan nya Atiqah memandang tak suka

Atiqah yang tidak peduli..terus menghentak leher Jone.. Jone pon pengsan

" Kau fikir aku kesah " Atiqah bercakap pada Jone yang terkulai pengsan

" Atiqah .. Saya dah suruh kamu berhentikan.. Jangan memalukan keluarga kamu yang terkenal itu. " Afiq meninggikan suaranya bila Atiqah langsung tidak menghormati dirinya serta menjaga aib keluarganya

" Saya tahu la apa saya buat " Setelah berkata begitu. Atiqah menunduk dekat Jone. Terus ia memukul belakang badan Jone .. Jone terus terbangun

" Atiqah.. kau ni " Jone tahu Atiqah takkan sanggup biar teman sepejuangnya lemah didepannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience