>30

Action Completed 10887

Atiqah dihantar orang Zack untuk pulang. Tapi Atiqah mintak untuk hantarnya ditaman tempat Atiqah dibawah pergi.

' Kenapa abang seperti sorokkan sesuatu ? hantar aku balik pun taknak ' dihati Atiqah begitu banyak soalan

Saat sudah sampai lorong rumahnya. Seseorang menyapa Atiqah

" Eh Atiqah.. aku dengar dari beberapa jiran tadi kau diculik.. Entah kenapa aku tak percaya.. tambah tambah bila tengok kau sekarang.. hahh entah entah pakwe kau bawak kau jalan jalan dan buat sedikit drama penculikan .. teruk teruk " Lulu sengaja memancing emosi Atiqah

" Apa kau mengarut " Atiqah sungguh malas nak marah marah

" Yaa... sebenarnya aku nak bagitahu jugak.. kalau kau nak tahu.. abang kau yang anggota tentera tu langsung tak kesah.. sebab apa.. hehe.. masa abang kau dapat tahu kau diculik oleh cikgu Afiq.. 30 minit kemudian abang kau dah balik KL. " Lulu sengaja menceritakan " Aku dengar abang kau dapat call untuk kerja.. Nampaknya abang kau langsung tak pedulikan kau.. Hahhaha kesian sekali hidup kau Natiqah ! Ahahaha " Lulu gelak mengejek Atiqah

' ini tidak mungkin ' Atiqah tidak memperdulikan Lulu . Terus Atiqah berjalan pergi dari depan rumah Lulu ke arah rumahnya.

Saat sampai didepan rumah. Atiqah melihat Kak Iffa iaitu assitant kak Nurul sedang menunggu kak nurul. Ada abang Jaafar juga dan Kak Nurin sedang terburu buru ingin keluar

" Kak ! " Atiqah berlari mendapati kakak nya iaitu Nurin yang terburu buru ingin pergi

" Eh Na'Am.. kenapa balik malam.. pergi mana je.. ni kakak ada kerja... kamu jaga rumah ye... " Kak Nurin terburu buru mengucup dahi Atiqah. Dan berjalan memasuki kereta bersama abang Jaafar.

Selepas kereta itu pergi dari hadapan rumah.. Atiqah menghampiri kak Iffa.. Tiba tiba kak Nurul keluar terburu buru

" Eh Na'Am.. Na'Am kakak ada syuting mengejut .. kakak akan balik 3 hari lagi.. hati hati dirumah ye. Oh ye.. Kakak bawak Dek Jihah.. sebab harini Dek Jihah akan pergi pertandingan nya tertunggak. " selepas itu Jihah pun keluar dengan wajah agak ceria . Jihah melihat Atiqah.. ingin ia mendapati Atiqah untuk memeluknya.. Kak Nurul mencegah

" Ni dah keluar punn.. Na'Am.. kakak terburu buru.. Hati hati ye. bye Assalamualaikum.. " Kak Nurul dan Jihah pun masuk kereta bersama kak Iffa.

Dalam fikiran Atiqah ingin menanyakan Abang Taha sejak dalam perjalanan balik. Tapi Atiqah dikejutkan dengan terburu buru nya kakak kakaknya untuk kerja

" Ha ? " Atiqah masih terkejut dengan hal itu. Apa mereka... ' kepala Atiqah memikirkan banyak hal..

Atiqah duduk diluar rumahnya.. ingin dia mencari Dellia. Tapi Dellia sudah beritahu bahawa Dell ada hal bersama keluarganya selama cuti umum untuk seminggu ini.

Atiqah mencapai handfone nya di poketnya bajunya.. ternyata handfonenya off.. Atiqah On handfonenya..

Dring Dringg ~ dua pesanan masuk ke dalam handfone Atiqah

Atiqah membuka WhatsApp . Ada pesanan dari abang Taha dan Abang Arumi

Atiqah segera membuka pesan dari abangnya
' Mulai hari ini. Jangan pernah memanggil aku sebagai abang kamu . Senang bukan ? boleh membuat apa pun yang kamu suka ! ' Pesanan itu menimbulkan banyak tanda soal pada Atiqah. Ketika Atiqah ingin membalas pesanan. Atiqah dikejutkan dengan abangnya yang memblok Atiqah

Dengan masih terkejut. Atiqah membuka pesanan dari abang Arumi
' Apa kamu tak serit ? atau memang menunggu untuk bebas ? Na'Am. Taha mendapat tahu kamu memukul kawan kamu . Apa betul itu kamu ? Kamu tak dapat nak terangkan apa pun lagi Na'Am . sebab bukti yang abang kamu dapat dah terang. Mungkin kamu fikir kamu akan terangkan. Tapi fikirkan dulu, Taha akan balik 2 atau 3 tahun lagi . Bila kerja selesai.
Semua tahu, Bahkan abang pun tahu. Taha tak suka perempuan bertindak seperti lelaki. Taha dah bagitahu kamu kan ?. Tapi kenapa bertindak seperti masih taktahu . Fikirkan ' Pesanan panjang itu malah membuat Atiqah murung.

" Apa mereka benar benar tahu aku diculik ? Apa mereka pernah fikir aku akan balik atau tidak ? Mereka tahu atau tidak siapa yang culik aku ? Apa mereka sayang aku ? Apa aku benar benar keluarga mereka "

Dalam kegelapan malam itu.. Atiqah duduk tepat ditengah padang kecil depan rumahnya . Kepala Atiqah mendongak keatas. Bulan yang bersinar indah itu dan dikelilingi bintang di sekelilingnya malah membuat Atiqah menangis " Malah bulan ditemani beribu bintang. Tapi kenapa aku ditinggalkan. Papa.... " Atiqah sangat rindukan papanya

23:01

Kereta Hyundai i30 berhenti tepat didepan rumah Afiq. Nawi dan Ikwan keluar. Nawi cakap pada dokter, Ia akan berehat di rumah sahaja. Dengan terpaksa Ikwan menguruskan borang discaj Nawi.

Ikwan dan Nawi berhenti dari jalannya ketika melihat padang yang gelap hanya diterangi 2 lampu jalan itu sedang dihuni seseorang

" Eh siapa tu ? " Nawi terlihat bertanya tanya
" Kau masuk lah rehat.. biar aku tengok sapa tu " Ikwan mendorong Nawi untuk masuk

" Takyah dorong.. aku boleh masuk sendiri " Selepas kelibat Nawi hilang . Ikwan segera berjalan keluar dari pintu pagar. Kearah padang yang kecil itu. Ikwan melihat seseorang sedang baring di padang pasir itu. ' Siapa tu ? ' Malah Ikwan masih bertanya tanya di tepi pokok agak rendah itu. Ikwan berjalan kearah padang pasir

" Eh Atiqah !? " Ikwan agak terkejut bila melihat Atiqah yang sedang baring. Atiqah yang terkejut namanya dipanggil. Terus bangun dari baringnya

" Oh cikgu. " Atiqah berlagak biasa sambil menyapu wajahnya yang dibanjiri air mata

" Kamu kenapa ? Macam mana kamu boleh disini ? Cikgu Nawi cakap kamu diculik pagi tadi " Ikwan terus duduk di sisi Atiqah yang sedang bersila dengan kepala menghadap bulan itu

" Saya tidak kenapa kenapa. " Atiqah tidak mahu memandang Ikwan kerana matanya yang sembab

" Kamu menangis ? kamu ada masalah ke ? kenapa duduk sini ? Tak sejuk ke ? " Ikwan agak risau bila melihat Atiqah yang begitu diam

Dalam tak sedar air mata Atiqah mengalir dengan deras lagi. Atiqah tidak dapat menahan sebak bila saat abang yang dirinduinya kembali. Tiba tiba abang yang disayanginya tidak mahu mencari Atiqah ketika hilang seharian. Malah sebuk dengan kerja dan tidak mahu lagi dipanggil Atiqah abang

" Atiqah .. Atiqah " Ikwan melambai lambai tangan didepan Atiqah

" Saya baik baik sahaja " Atiqah memandang Ikwan dengan mata sembab setelah menyapu air mata yang mengalir lagi itu

' dapat ke aku mempercayai mereka yang berusaha mengelabui aku. ' Atiqah terus berlari masuk ke perkarangan rumah nya.

[ SAAT TIDAK MAHU ITU TERJADI, IA TERJADI JUGA ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience