Di jam dinding saat ini jarum masa baru saja bergerak ke angka 8. Di gelapnya malam pula bulan yang bulat hampir sempurna menerangi langit.
Atiqah saat ini sedang bersiap. Dalam fikirannya saat ini adalah setibanya Rafi didepan pagar, Atiqah akan segera keluar dan masuk kedalam kereta. Ahahaha. Entah kenapa Atiqah terlihat seperti katak yang meloncat loncat.
Atiqah keluar dari tandas lengkap dengan pakaian super duper seorang gadis polos. Saat ini Atiqah sedang menggunakan jaket pinch cerah dililitnya juga beg kecil berbentuk burung beo biru.
Seluar nya pula jeans hitam serta koyak 3 bahagian di lutut kaki. Terlihat di dalam bahagian koyak sudah ada kain yang dijahit. Kasutnya berjenis Kanvas berwarna hitam, talinya diikat reben berwarna pink.
Atiqah bergerak ke meja rias. Tudung bawal berwarna putih melati di ambil . Atiqah memakainya setelah menyamai panjangnya, Atiqah sematkan pin. Setelahnya cincin tanpa pusaka diambil didalam laci. Atiqah memasukkan dua sisi kepanjangan tudung itu kedalam cincin. Setelah selesai Atiqah sedikit membetul tudung itu.
Akhirnya jam yang ditunggu pun tiba. Atiqah segera turun.
Didepan pagar, kereta Lamborghini memasuki halaman. Rafi keluar dengan wajar macam mencuka. Entah kenapa dia kelihatan tidak bersemangat.
Baru sahaja dirinya ingin muncul di depan pintu utama. Atiqah muncul dulu dengan gaya polosnya
" hai bang Rafi. Jadi tak kita keluar ? " Atiqah bertanya dengan senyuman manis. Namun tiba tiba tanpa sebab Atiqah dibentak
" DIAM LAHH ! " Setelahnya Rafi masuk ke dalam rumah dengan tangannya mengepal kuat
" Kat mana salah aku ? " Atiqah masuk cari seseorang di lantai 2.
Sebuah bilik diketuk, didepan pintu tertulis nama ' TENGKU RAFI ' pintu dibuka menampilkan wajah sahaja.
" Bang Rafi okay ? " Atiqah bertanya. Tetapi tiada jawapan yang Rafi berikan. Matanya menatap tajam Atiqah. Atiqah merasa terancam.
" Bang Rafi. Bang Rafi kalau ada masalah jangan lampiaskan dekat orang yang tak salah. Bang Rafi tahu takk- " Belum sempat Atiqah mengeluarkan suara, Atiqah ditolak kasar oleh Rafi
" Tahu apa ?! Kalau bukan sebab kau. Syarikat aku dah ada support dari Syarikat Yuhoo. Punca dari kau ! Ku yang timbulkan masalah !! " Setelah berkata dengan nada kasar, Rafi menghempas pintu
Atiqah berjaya kelipkan matanya dua kali
' Syarikat Yuhuu ? Aku tak rasa ada salah apa apa pun . Kalau tak nak bawak sudahlah. Tak payah la nak lampiaskan marah kat aku. Gila ! ' Setelahnya Atiqah turun bawah dan mendekati Rlia yang bersama Niel yang sedang bercekerama.
" Eh dek Na'Am ? Kenapa ni ? " Rlia bertanya bila melihat wajah Atiqah yang mengelap
" tah la. Kak , Atiqah bosan la. Jum jalan jalan. " Ajak Atiqah
" Jalan jalan ? Boleh. Tapi tunggu sekejap ye , akak bersiap sekejap. " Setelahnya Rlia meninggalkan Atiqah dan Niel. Atiqah melihat Niel yang sedang bermain permainan Lego. Tiba tiba Raja dan Lulu datang bersamaan.
Hai dek Na'Am. Buat apa kat sini ? " Lulu menanyai
" Tunggu kat Rlia. " Atiqah tak menyambut hai si Lulu, Namun otak Atiqah terlintas untuk menanyai tentang syarikat Yuhuu
" Kak Lulu, syarikat Yuhuu tu milik siapa ? "
" Eh darimana Na'Am tahu tentang syarikat Yuhuu " Lulu bertanya pula
" syarikat Yuhuu tu taksilap abang milik perempuan yang kamu simbah air ketika Party Kejayaan Tengku Rafi. Eh tak silap tadi Rafi bertemu dengan pemilik Syarikat Yuhuu laa untuk meminta kerja sama. Tak tahu dapat ke tak. Kenapa Atiqah ? " terang Raja.
" ohh begitu " ' Patut lagi aku yang dijadikan tempat si pemarah. '
" Aa penting sangat ke Peran syarikat Yuhuu tu dengan Syarikat abang Rafi ? " Atiqah bertanya semula sementara menunggu Rlia turun
" Sangat penting. Kalau syarikat Yuhuu tak berkenan untuk kerjasama, kemungkinan syarikat Rafi akan menghadapi kritis " Lagi lagi jawapan itu membuat Atiqah sakit hati
' gila ! Kenapa hal haritu boleh membawa impak sampai Harini ! Padahal tu bukan salah aku! Dah terang tu salah minah gila tu ! Si Rafi ni pun satu ! Bod*h ' Dengan sakit hatinya Atiqah keluar sendiri untuk merayau rayau sendiri. Dia memang hilang mood untuk jalan jalan dengan Rlia saat ini
" ehhh dek Na'Am. Nak pergi mana tu ? " Lulu nampak terkejut dengan Atiqah yang buru buru pergi
Rlia pun turun dengan pakaian yang sudah ditukar
" Eh kak, Na'Am mana ? " dengan heran Rlia bertanya
> ATIQAH <
saat ini Atiqah berjalan sendiri mengharungi setiap jalan. Di jalan raya masih penuh dengan kereta.
°°°°°°°°°
Atiqah berjalan menuju sebuah rumah. Didepan rumah itu ada beberapa pengawal yang sedang berjaga. Atiqah pun datang ke pengawal itu.
" Selamat malam cik . Cari siapa ye ? " Pengawal yang agak muda itu menegur
" ni rumah Yang Mely kan ? Saya Tengku Atiqah. Kawan sekolah Mely " Ucap Atiqah
" baiklah. Saya akan bertanya terlebih dahulu " Setelah Atiqah angguk, Pengawal itu masuk.
Beberapa minit kemudian pengawal itu kembali
" Maaf lama menunggu cik Tengku Atiqah. Silakan masuk. Nona Mely sedang duduk diruang tamu bersama keluarganya " Pengawal yang sama mengatakan hal itu.
" Baik lah. Terima kasih. "
Saat baru sahaja ingin masuk ke rumah. Atiqah sudah disambut Mely
" Hi Atiqah. Kenapa datang tak bagitahu dulu. Jum masuk. Mama saya sedang menunggu. " ujar Mely setelah memeluk Atiqah . Atiqah hanya sekadar memberi senyuman.
Saat sampai diruang tamu hanya ada Seorang Wanita paruh baya yang sedang menatap Atiqah dengan seulas senyuman
" selamat malam aunty. " Atiqah mengapa.
" selamat malam. Sini duduk. Nak minum apa ? " mama Mely bertanya mesra
" Tak perlu Aunty. Saya hanya datang sekejap . "
" Mama, wo he wo zui hao de pengyou yiqi qule fangjian ( mama, saya pergi ke bilik bersama kawan baik saya ). " izin Mely
Mama Mely senyum dan angguk " Shi ( baiklah ) " Mama Mely memberi keizinan.
" Atiqah. Jum kita borak dibilik saya " Ajak Mely
" Aunty , saya izin ikut Mely " Atiqah juga meminta izin. Juga mendapat izin dari mamanya Mely
Mereka naik ke atas.
Disini mama Mely. Mama Mely tersenyum dengan sangat bahagia kerana melihat anaknya yang senang kerana sudah mempunyai kawan yang dianggap kawan baik
" Zhongyu wo erzi yijing youle yige chengshi de pengyou ( Akhirnya anak ku mempunyai rakan yang jujur ) " Ujar Mama Mely dengan air mata yang melimpah .
Dibilik , Mely dan Atiqah sedang berbicara serius.
" jadi awak kena marah kerana kesalahan yang bukan sepenuhnya kesalahan awak ? Zhege dongxi ni ying gai beli yunxu ! ( Perkara ini tidak boleh dibiarkan ) " Ucap Mely tak puas hati
" Mely.. kau tahu ke syarikat Yuhuu? Mereka hebat ke ? " Atiqah kembali bertanya
" A very i know " Sahut Mely. " Don't worry baby girl. I will help you . Lagipula tidak ada yang perlu dirisaukan. " sambung Mely
Share this novel