> Afiq Aris Nawi dan Ikwan terus ke Warung untuk makan. Setelah bercerita dan sedikit bertengkar tadi, kelaparan si Nawi dan Ikwan masih sahaja. <
" Aris, kau nak bawa kami makan kat mana ? Tak bawak kereta lagi.. Tak jauh ke ? " Nawi memulakan pertanyaan yang ingin dia tanyakan dari awal
" Warung makan la.. Warung ni famous kat merata sini, dan dekat dengan perumahan kita. "
" Afiq, asal kau tak ambik tindakan langsung tadi, kau tak percaya ke aku nampak bende tau. Afiq bukan aku je nampak, Wan pon tadi. Kan Wan ?" Nawi teringat ingat tentang yang ia nampak tadi. Itu kali pertama ia nampak yang sebegitu
" Betul, aku nampak dengan jelas. Tu sangat menyeramkan.. Aris kenapa kau macam tak kesah pun tentang hal tu. Afiq ? " Afiq memang menyuruh Aris, Nawi dan Iqwan memanggilnya bukan Tuan, kerana tidak mahu terbongkar rahsia
" Kau sebagai dektektif dulu, tak pernah ke nampak yang sebegitu ? " Aris bertanya sambil bertentang mata dengan Ikwan
" Mestilah pernah nampak, Tapi bukan ! polong ! "
" Aku bukan tak percaya korang, tapi kalau ini ada. Kenapa hanya kau orang sahaja dikacau. Lagipun perumahan ni takda hak sebegitu melainkan ada yang ingin kenakan kau berdua " Terang Afiq sambil melalui satu persatu rumah jiran jiran
" Sebenarnya hal ni dah biasa bagi orang merata sini. Tambah tambah kalau orang baru pindah. Aku dulu pun masa mula mula datang sini, ada kena macam tu. Tapi bukan polong la. " Aris berkata dengan santai tidak mahu lagi membicarakan hal lepas
" Dan ? apa tindakan kau ? " Nawi berjalan beriringan dengan Aris disebelah
" Aku ada tanya jiran jiran, jawatankuasa pun ada jugak ditanya . Imam imam.. Tapi jawapan yang aku dapat sama je.. Hal ni dah 5 ke 6 tahun jugak la terjadi, dari orang lama sampai orang baru. Dari tua sampai muda. Kadang kenderaan pun dipangcitnya.. Tapi orang perumahan tak ambik tindakan sebab bende tu pernah bantu orang kampung untuk menangkap pembawa bahan terlarang . Jadi mereka diamkan jela. Jangan kacau dia je. " Terang Aris panjang lebar
" Pembawa bahan terlarang ? Ada kene mengena dengan kasus yang sedang diselidiki ke ? " Ikwan mula mencuba mengagak agak
" Tak. Tapi mereka dah kena tangkap dah.. " " kita dah sampai.. " Aris memberhentikan kakinya bila sudah sampai di satu warung
" Warung Raja ? " Afiq menyoal setelah membaca papan tanda didepannya yang berwarna merah dihiasi lampu lampu hijau dan kuning
" Nama pemilik warungnya Raja " Terang Aris
> Atiqah <
Atiqah baru sampai di kedai uncle Raja setelah menukar pakaian nya. Atiqah dan Dellia melalui cikgu Aris didepannya.
" Qa nak duduk mana ni ? " Dellia bertanya setelah melihat lihat tempat
" Depan TV tu la.. Ada ulangan rancangan bola tu.. Jum jum " Atiqah laju kearah TV
" Uncle Raja, Mi Goreng 2. Sate .. " " Dell kau nak sate berapa ? " Atiqah berhenti order dan bertanya pula pada dellia
" 15 cucuk "
" Uncle sate 33 cucuk ! " Jeritan Atiqah itu sudah membuat Uncle Raja tahu itu adalah Atiqah
" Air ?! " Uncle Raja pun takkalah jerit
" Teh Air Ombak 2 cawan tinggi uncle !! " Jeritan Dellia pula
" Oh macam biasa ya ! " Uncle raja pon membuatnya dengan 2 orang pembantu lagi
" Kau layan je uncle tu.. macam uncle tak tahu je kita selalu minum apa " tawa Atiqah
" Tu ahh uncle dah tahu, saja je.. "
> Afiq <
" Eh tu bukan pelajar kau eh Aris ? " jari telunjuk Nawi menunjuk Atiqah dan Dellia
" Em.. mereka la tu.. Dah biasa dah tu.. "
" Kalau macam tu.. jum la duk sana sekali.. " Ajak Nawi dan berjalan kearah Atiqah dan Dellia sebelum menunggu persetujuan rakan rakanya. Ya lain ikut sahaja kehendah Nawi
> Atiqah <
" Hek eleh.. Sepak je la ke kawan dia tu. Dia pikir tu padang dia sorang apa.. " Mulut Atiqah tak reti diam bila tengok pemain sepak bola tu main sorang
" Sana sana.. pas la dekat Akhyar , aduhhhh bawak bola sorang pulakkk. Bila nak menang nya !! ingat boleh menang sorang ke.. !!" Dellia pulak bila lihat pemain 3 main sorang
" Ha ha, Safawi jaga tu, tu bola .. Hak alahh, kan dah ke negara orang "
" Kamu berdua tu perempuan. Perlahankan suara tu " Suara Aris dari belakang langsung Dellia dan Atiqah tidak menghiraukan bahkan tak dengar dan tak perasaan
" Ha rampas rampas.. Ok Akhyah bawakk terus belok kiri.. sepak sepak.. ha " Atiqah mula mengarahkan bola tu
" Gollll !! " Atiqah dan Dellia bertepuk tepuk tangan.. Makanan pun sampai
" Thank you uncle " Kata mereka berdua..
" Ushh lapar gila.. " Mereka pun makan.. Dellia baru perasan Aris saat ia ingin memanggil Atiqah
" Eh cikgu Aris.. bila sampai ? " Soal Dellia dan Atiqah pun pusing belakang
" Eh cikgu Aris.. kenapa tercegat je.. duduk la.. Eh kawan nye pon ada.. Duduk la.. ! warung uncle Raja tak roboh lagi ! " Segaja Atiqah berkata begitu
Share this novel