[ TENGOK JENGUK PANDANG PANDANG,
JANGAN SAMPAI LANDAK DITENDANG ]
[ ADA UDANG DISEBALIK BATU ]
Di Hospital Fatimah Ipoh ruang 106 Nawi masih tidak dapat sedarkan diri.
Diluar sisi sisi pintu ruang 106 ,2 pengawal berbadan mesomorph sedang berdiri tegak berbaju kemas pakaian polis.
> ATIQAH <
" Kak.. ingat lah kak... nanti ada peluang...kakak te..terus lari.. cari jalan keluar kak...Kat sini tak selamat kak "gadis junior Atiqah yang masih terikat itu memberi Atiqah peringatan
" Dek.. memangnya adik kenal ke sapa yang culik kita " seru Atiqah sambil tangan masih cuba melepaskan tangannya memandangkan Atiqah pernah belajar membuka ikatan tali
" Mereka....bukan saya je kak.. kakak pun mesti ke..kenal.. " Atiqah perasan gadis junior itu bercakap satu satu mukanya juga pucat
" Adik okay ke ? " Belum sempat gadis itu jawab. Gadis itu jatuh tersungkur di pondok tempat mereka diletakkan itu.
" Eh..adik junior ! Adik junior ?! kami okay ? " Jeritan Atiqah memunculkan orang yang menculik Atiqah tadi.
" Eh anda nak bawak dia kemana ? Heii !! " Atiqah pelik bila lihat adik junior dibawa pergi dengan cara kasar iaitu menyeretnya
Atiqah ditinggal sendirian di pondok itu
Waktu berganti waktu.. hari yang cerah berganti gelap. Tapi gadis junior itu masih belum kembali
" dah pukul berapa ni... aku nak balik " Atiqah bercakap sendirian memandangkan lelaki yang menjaga nya sedari tadi sedang berbual dengan lelaki yang mungkin Atiqah kenal sebab lelaki itu memakai sweater hingga menutup wajahnya
" Woii aku nak balik lahh !! " Atiqah tak segan menjerit. Lelaki yang menjaga nya itu memandang Atiqah tanpa riak. Lelaki yang sedang bercakap dengan lelaki itu tadi menghadap kebelakang kearah air terjun seolah tidak mahu Atiqah melihat wajahnya
" Kau ingat kau sedang camping.. suka suka ada masa nak balik. Taktahu bersyukur. " Lelaki yang memandang tanpa riak tadi itu bercakap seolah tiada yang bakal terjadi
" KAU NAK APA HAH SEBENARNYA !! Adik junior tadi mana ?! " Atiqah trrus menjerit
" Gadis tadi ? Dia sudah dibawa ke markas. " Lelaki itu masih bercakap seolah tiada yang bakal terjadi lagi
" Aghhhh bagitahu aku apa korang nak.. aku nak balikkk lahh!! " Atiqah terus memberontak.. sebenarnya Atiqah ada rencana.. ikatan yang tadi hampir terbuka tersangkut pada paku di tiang pondok.. jadi semasa Atiqah memberontak tali terus terlepas dari tangan
" Apa kau buat hah.. berhenti " Lelaki itu cuba menghentikan Atiqah yang memberontak
Lelaki itu mendekati Atiqah untuk menghentikan nya. Lelaki itu naik tangga buluh pondok
Bukkkkk ~ Dada lelaki itu ditendang Atiqah hingga lelaki itu jatuh tepat disisi kaki lelaki yang menatap air terjun.
" Bangun ! " Satu suara garau memaksa lelaki yang jatuh untuk bangun. lelaki itu bangun
Setelah Atiqah turun dari tangga. Atiqah cuba lari.. tiba tiba sahaja satu tangan ,kasar memegang tangan Atiqah. Atiqah cuba melepaskan tangan yang memegang lengannya itu dengan memulas tangan orang itu. Tapi orang itu tahu trik Atiqah.
Atiqah cuba lagi untuk menendang lutut orang itu. Lagi lagi lelaki itu tahu. Atiqah cuba lagi untuk menumbuk wajah lelaki itu dengan kanan tangan. Seketika tangan yang melayang ke udara terhenti dengan tangan yang menahan .
" Hentikan. Aku takmahu melukakan kau " Suara garau itu membuat Atiqah heran
' Suaranyaaa seperti.... ' Atiqah teringat masa lalunya
Atiqah yang masih kecil dulunya selalu menganggu abang abang dan kakak kakak nya yang sedang belajar. Sekali itu Atiqah pernah masuk ke bilik abang longnya .
Abang longnya sedang belajar. mata abangnya seolah meneliti apa yang dibacanya
Tapi sayangnya Atiqah hanya melihat abangnya seperti ditutup kabus awal pagi
Atiqah yang kecil itu mendekat . Atiqah melihat abangnya mengambil air mineral dan meminumnya. Atiqah dengan sengaja menolak abangnya hingga abangnya tersedak dan air terkena buku yang dibaca
abangnya terlihat marah. Abangnya melihat Atiqah
Abangnya membicarakan sesuatu sebab mulutnya bergerak. Tapi Atiqah tidak boleh memahaminya. Bukan sebab Atiqah tuli. Tapi ini hanya ingatan sesungguhnya ia lupa wajah abangnya serta suara abangnya
tapi
" keluar lahh. Abang sedang belajar. Abang tidak mahu menyakiti kamu " suara itu sangat jelas ditelinga Atiqah
Off
Atiqah memandang lelaki itu yang sedang masih memegang lengannya
Atiqah melihat di lehernya ada rantai tali hitam panjang untuk kunci dan pendek untuk tulang
" Siapa kau sebenarnya ? "Atiqah bertanya tambah tambah bila kepala dan wajah orang itu masih tertutup sweater yang digunanya
Share this novel