Didalam keadaan Atiqah sekarang, sangat lemah, bahkan nurse yang merawatnya atau menjaganya didalam ambuland sedaya upaya membantu nya agar nafas tak terhenti
Stetoskop digunakan nurse itu untuk mendengar detak jantung Atiqah yang semakin lemah, lama kelamaan dengaran detak jantung makin hilang, membuat nurse cemas.
Riak cemasnya 2 nurse itu membuat Nurul frustasi. Nurul terus berzikir dan membacakan ayat ayat Al-Quran yang pendek pendek. Sambil terusan ia berdoa dalam hati
' Ya Allah Yang maha pengampun, Yang maha melihat, Yang maha Kuat, Yang Maha besar. Hurkk..Hamba mohon Ya Allah, jangan ambil adik hamba. Hamba dan keluarga Hamba masih memerlukan gadis ini Ya Allah. Hamba mohon jangan lagi. Ya Allah yang Maha Pengampun, Ampunilah Hamba dengan kesalahan hamba, jangan menghukum adik hamba. Dia tidak melakukan kesalahan. Semua kenakalan dan membangkam kami adik beradik, itu kesalahan kami kerana salah mendidiknya ya Allah. ' Seketika Nurul mengingat satu perkataan Atiqah
' Kak, kalau nanti Na'Am ada peluang, Atau diberi peluang. Na'Am ingin semuanya kembali. Kalau Na'Am diberi peluang lebih besar. Na'Am ingin bersama Papa. Na'Am rindukan papa ' Ucapan Atiqah itu membuat Nurul kehilangan seri diwajahnya. Ia sangat susah menerima hal ini. Jari jarinya mengengam tangan Atiqah
" Na'Am sayang, bangun . Kak mohon. Na'Am tak sayang kakak ke ? Na'Am kata nak jadi macam papa kan . Jangan tinggalkan kakak. Na'Am nak cari abang Tafi kan. Bangun sayang. Kesian Dellia sendiri. Kesian adik Jihah menangis dari tadi. Bangun sayang. Jangan pejam mata terus. Kakak rindu senyum Atiqah. " Sejenak Nurul berhenti bicara. Dan menyambung lagi dengan suara serak. Nurse yang melihat artis terkenal ini menangis , turut berasa sedih
" Na'Am sayang.. Na'Am.. Bangun ye. Kakak rindu saat Na'Am makan makanan Melayu kampung. Na'Am takberhenti menyuap. Kakak rindu saat Na'Am berdikari walau sebenarnya dalam hati Na'Am, Na'Am memang nak. Tapi Na'Am tak mahu susahkan Kakak. Kakak tahu semua Na'Am. Kakak sangat rindukan Na'Am. Maafkan kakak sebab sebuk dengan banyak perkerjaan. Tapi kakak.. Kakak tak pernah lupakan Na'Am. Kakak buat semua ni untuk keluarga kita sayang. Segera bangun sayang. "
" Apa Na'Am sanggup lihat kami menangis begini ? " Nurul serasa putus asa bila melihat Atiqah yang tak kunjung bukak mata atau beri respon atau apa. Tapi tetap Nurul kuatkan semangatnya
" Sayang bangun. Bangun lahh... Kakak sangat rindukan Na'Am sekarang. Bangun sayang " Bahu Nurul dah muka terangkat rangkat, Tangisan nya mula pecah , dan suara isakan sudah sangat terdengar hingga terdengar sangat pilu. Hingga seorang nurse itu membuat keputusan untuk memeluk artis itu menyalurkan ketenangan
" Kak. Berdoalah pada Allah. Allah akan dengan rayuan kita. Allah itu adil. Ini adalah salah satu ujian dari Nya yang maha Esa. Allah hanya kita berdoa padanya. Kak jangan menangis terus. Nanti adik kakak akan sedih dan akan terganggu pula. Kita doa saja kak. " Nurse itu mencuba menenangkan Nurul
Nurul terus sahaja menangis sambil memeluk nurse itu. Dalam hatinya terus berdoa. Dan berdoa
•••••••••••••• •••• ••• ••• ••
Author
Maaf rakan rakan, semalam saya lupa untuk update. Semalam saya mendapat beberapa tugas dari guru sekolah. Dan ketika malam pula, saya tidak melakukan kerana kepala saya sangat sakit. Dan setelah makan ubat, saya terus tertidur
Sekali lagi maaf ya rakan rakan.
Terima kasih kerana sampai harini masih ingin membacanya. Maaf dalam salah kosa kata.
Share this novel