> Didalam kegelapan malam hanya diterangi lampu jalan dan cahaya bulan dan bintang di langit indah itu, Atiqah berjalan dengan tenang sambil menjinjing buku nota Dellia yang dipinjamnya untuk kegunaan besok di rumah Afiq <
sendirian Atiqah berjalan sepulang dari Warung uncle Raja, angin yang menyapa pada waktu malam, sangat mendinginkan sehingga Atiqah memeluk dirinya sendiri sambil berjalan dengan baju tshirt oren menyarung badannya
Ketika ingin melewati satu kawasan yang agak gelap.. Atiqah melihat cikgu Hazmi didalam kereta proton merahnya disisi bukit
Atiqah ingin sekali menyapa. Setiba di sisi kereta cikgu Hazmi.. tingkap kereta memang terbuka luas.. Cikgu Hazmi sedang menelifon
' betul la tu.. bila ada call.. mesti berhentikan kereta dulu sebelum mengangkatnya ' hati Atiqah bicara
" Aku akan segera ke sana untuk mencari budak. " Cikgu Hazmi bicara dengan suara serak lelakinya
" Alaa biasa la tu.. mereka budak baru . Tak tahu apa lagi, lama lama biasa la tu " Entah dengan siapa cikgu Hazmi berbicara
" Masalah kat sini akan cepat selesai. Aku akan ingat kan mereka untuk lebih hati hati " Tidak tahu siapa yang dimaksudkan cikgu Hazmi
" kau kena hati hati dengan polis baru.. dari radio yang budak aku dengar, polis polis bo*oh itu sedang cari kau lagi " Seseorang yang bercakap dari handfone Samsung hitam cikgu Hazmi itu bersuara serak tua
" Aku akan pastikan mereka mati ditangan aku. Dulu boleh mereka pijak aku. Sekarang aku pancung satu satu . Ahahahaha " Suara cikgu Hazmi yang berbicara kasar itu mengejutkan Atiqah.. Segera Atiqah pergi dari situ
Tapi sayangnya hal itu disedari Hazmi, tapi saat Hazmi melihat.. hanya tinggal bayang Atiqah saja.
ngos ngos hoss ~ Sesak Atiqah berlari dari situ, kini sudah sampai di taman perumahan rumahnya. Atiqah pun berjalan dengan tenang semula.. Tapi jantung nya berdetak detak laju
" Ha ? Tadi tu.. cikgu Hazmi bercakap dengan sapa ? Kasarnya.. disekolah bukan cikgu Hazmi cakap, jangan bercakap kasar dengan mereka walau kenal atau tak ke.. Tak kan tadi tu memain je.. " Fikiran Atiqah terus memikirkan kejadian tadi sambil melalui rumah jiran yang berwarna kelabu semua tu
Di satu rumah itu, Atiqah melihat Lulu sedang berlatih gitar sambil diajari abang Laufan iaitu abangnya si Lulu
" Ni gitar caranya jangan kasar macam semalam.. lama lama boleh tercabut dawainya..kau nak main lagu lembut lembut, yang tangan macam nak pukul guna tukul tu dah kenapa. Nak nyanyi lagu rock pon jangan guna gitar ni.. tu dalam rumah tu.. pi ambik " Terdengar suara abang Laufan yang memarahi Lulu tapi tidak sampai berkata kasar
" Haihhh adik nak test je la.. bukan nak rosakkan " Lulu membetulkan maksudnya. Lulu melihat Atiqah yang bakal lalu
" Oi minah tomboy !! " Lulu memanggil Atiqah dengan menjerit. Membuat Laufan sedikit tersentak
" Kau nak apa, minah Lampir " Lulu fikir Atiqah suka dengan sifat Lulu tu. Hah langsung benci
" Eh Atiqah " Laufan pun memdekati Atiqah yang berada 2 meter jaraknya
" Ye bang Laufan.. Ada apa apa yang nak disampaikan ke ? " Abang Laufan ni sangat menyukai kak Nurul.. dari bangku sekolah lagi.. Sekarang abang Laufan penyanyi biasa biasa.. Tapi tengah cuba uji bakat untuk jadi Artis
" takla.. Kak Nurul apa khabar ? " Laufan berdiri tersipu. Tak macam lelaki
" Kak Nurul Alhamdulillah sehat.. sekarang kak Nurul tengah bersiap mungkin untuk syuting malam sampai 6 pagi besok mungkin " Atiqah memang selalu menerangkan jadual Kak Nurul pada Laufan ni.. Padahal Atiqah taktahu sangat pun. Sebab kak Nurul tak mahu membebankan Atiqah untuk mengingat banyak perkara
" ohh.. nanti kirim salam ye.. kat kak Nurul. Oh ye.. satu lagi, cakap kat dia jangan lupa makan , jangan lupa rehat, jangan lupa solat, jangan lupa
" lupa tidur, lupa mandi, lupa jawab salam. Abang Laufan, kak Nurul ingat la dengan perkara asas. Dah la.. Atiqah balik dulu " Lantas Atiqah memotong pembicaraan Laufan
Ketika tiba di halaman depan rumah, Atiqah sudah melihat kereta Toyoto Vios warna kelabu . Terlihat juga seorang gadis berambut straight dan memakai kaca mata, bersama seorang gadis lagi yang berambut gelombang berjalan agak laju menuju kereta dengan menjinjing beg canvas dan beg Trolley.
Kak Nurul keluar dari rumah dengan memakai gaun merah dan memakai kasut Wedges. Sandal Gladiator dipegang kak Nurul. Satu lagi Kasut Platform dipegang gadis berambut straight tadi. Gadis itu memberi kak Nurul satu buku.. sepertinya Dialog skrip drama.
Atiqah berjalan menuju kak Nurul
" Kak.." Atiqah menyapa kak Nurul bersama 2 orang assitant kak Nurul iaitu Mia dan Iffa
" Hai Atiqah " Dua orang itu menyapa Atiqah dengan senyum ramah
Atiqah senyum
" kak Nurul " panggil Atiqah lagi bila melihat kakaknya sedang melihat lihat buku skrip itu. Kak Nurul melihat
" Hai Na'Am.. dari mana ? " Tetapi Atiqah tidak menjawab itu..
" Kak... " Atiqah memanggil lagi.. Sepertinya kak Nurul lupa
" Ia Na'Am.. kenapa " Kak Nurul menurunkan badannya setinggi Atiqah
" dah malam malam pun masih pakai tumit ke ? Dengan baju nipis " Atiqah sangat tidak menyukai cara pakaian kakaknya.. Kakaknya memakai tudung shawl kuning gaya Halfmoon. Tapi Atiqah masih tidak menyukai cara pakaian kakaknya
" Na'Am, Syuting kakak kalinya, kena pakai tumit tinggi, malam ni dinner " Nurul tahu Atiqah tidak mahu Nurul terluka lagi. Tahun lepas, Nurul hampir excident dimalam hari akibat kasut tinggi yang tiba tiba terpatah. Rupanya itu sabotaj dari rakan sekerja
Setelah Atiqah sedikit reda dipujuk.. Nurul pun pergi kerja malamnya.
Sebelum Atiqah masuk rumah. Sebuah kereta Bently tiba didepan rumah
" Aku tak jejak lagi kaki di dalam rumah, Kak Nurin dah nak keluar. Nasib kau harini tinggal sorang dirumah " Atiqah tahu itu adalah Assistant Kak Nurin iaitu abang Jaafar yang berumur 27 tahun
Belum sempat Jaafar keluar dari kereta, Kak Nurin sudah terburu buru keluar rumah dengan memakai baju Blouse Sulaman Putih, rambutnya pulak ekor halus dengan bahagian besar.
Semasa kak Nurin sampai didepan Atiqah, Abang Jaafar pun keluar dengan gaya bodyguard. Berbaju Punk Sleeve Black Shirt, Rambut Low Bald, kasut kasual.
Atiqah memperhatikan Abang Jaafar mengambil Beg Hobo dari tangan kak Nurin
" Kak Nurin.. " Atiqah memanggil. Nurin memandang adiknya
" ye dik.. "
" Kak tak cukup baju ke ? Kasut... Kenapa kak Nurul dan kak Nurin sama ye ? Sorry kak.. bukan nak kurang hajar. But i don't like pakaian kakak kakak Na'Am " Atiqah segera masuk kedalam rumah
" Na'Am.. " Nurin memanggil Atiqah, tapi dihiraukan " Maaf dik "
Share this novel