Di siang harinya , terlihat Ikwan sedang keluar dari sebuah pejabat pos. Diwajah Ikwan terlihat ada sedikit senyum sindir.
> ATIQAH <
Atiqah baru saja dihantar pulang oleh Fuzel. Sampai sahaja didepan pintu utama Atiqah memandang Fuzel yang setia mengikutinya dari belakang, Meski ingin masuk rumah ? Tidak. Selama Fuzel berkerja dengan keluarga Tengku, selama itu Fuzel tinggal di rumah Tengku.
Fuzel menghentikan langkahnya ketika Atiqah menghentikannya
" kenapa ? " Fuzel bertanya
" Jangan lupa ye bang Fuzel. Semalam dah janji nak bawa Atiqah mengasah bakat tumbukan Atiqah " Ucap Atiqah dengan jari kelingking je digoyang goyang depan Fuzel
Fuzel hanya mengangguk dan " Baiklah. Malam karang jam 8. " seterusnya " Masuk lah ! " Fuzel mengarah Atiqah agar masuk ke dalam rumah.
Baru saja Atiqah tiba di ruang tamu, Eh dia sudah dipanggil oleh Lulu
" dek Na'Am " Panggil Lulu yang sedang duduk diruang tamu sambil ditangannya ia memegang sebuah kotak yang sederhana besarnya
Atiqah mendatangi Lulu
" Ye ? "
" Ini, tadi van pos laju mengirim ini untuk Atiqah. Ambillah. " Lulu memberikan sebuah kotak dengan pembalut yang bergambar aneh
" Dari siapa tu ? " Fuzel yang dari belakang Atiqah , bertanya
" Entah lah. Takda tulis pulak. " Lulu menjawab, sedang Atiqah mengambil kotak itu.
Atiqah membelek belek kotak itu, cuba mencaritahu dari siapa " Kalau dari kak Nurul atau Kak Nurin, tak mungkin. Sebab kalau mereka, tentu ada nama, takpun mesti ada sekeping kad ucapan. Em kalau macam tu, dari siapa ye agak agaknya bang Fuzel ? " Atiqah memandang Fuzel yang masih memandang Atiqah.
" Bukak lah, baru tahu siapa . " Fuzel memberi saranan
" Ye la. Bukak la. Kakak pun nak tengok dari siapa . kut kut la adik kakak satu ni ada secret admirer ke. Tentu letop. Hehe " Lulu pun jadi semangat tapi masih duduk di sofa.
Atiqah masih berkira-kira untuk membukanya ' seninya Aneh, tiada kad atau bahkan nama. Cuma ada huruf huruf yang memelikkan di pembalut kotak. ' Atiqah cuba dekatkan kotak pada telinganya dan perlahan lahan tanganya mengoyangkan kotak,
Krek krek krekk ~ bunyi dari dalam kotak , tapi hanya perlahan saja .
Atiqah jadi was was
" Takpe lah Atiqah bukak kat atas je. Atiqah naik dulu " Baru saja Atiqah ingin naik tangga, Tangannya dipegang seseorang , Atiqah melihat orang itu
" Eh ? ' siapa pulak ni ' " Atiqah membatin akibat tidak kenal siapa didepannya. Atiqah memandang Fuzel mencaritahu siapa didepannya
" Itu Tengku Rafi, abang tiri yang pertama Atiqah. " Fuzel menerangkan
" Ohh.. Kenapa bang Rafi ? " Atiqah bertanya sedang tangan kirinya masih memegang kotak itu
" Bukak kotak tu kat sini je. Kalau ada apa apa lebih mudah. " Rafi bukak mulut
" Hah ? takda apa la. " Atiqah menyangkal
" Mana kamu tahu ? " Dan kotak itu direbut Rafi , seterusnya Rafi bergerak ke meja ruang tamu. Kotak diletakkan " Sini lah "
Atiqah berjalan kearah kotak . dan duduk di sofa. " baiklah. Atiqah bukak ni "Tiba tiba Atiqah mengaru lehernya yang tidak gatal. Dan memutuskan untuk membuka kotak
Dengan hati hati Atiqah membuka pembalut. Tiba tiba Atiqah mengingat abangnya iaitu Zack.
' abang dah kembali . Kamu menunggu abang ke ? Maafkan abang Na'Am. Abang cari ibu dulu demi kita. '
' abang Long kita balik Eh ? .. Abang long ikut Na'Am balik jumpa kakak dan adik.. '
' Na'Am dengar ni baik baik... Jangan masuk campur hal orang lain, jangan cari masalah. Ramai lagi orang kuat kat sana. Bahaya Na'Am . Kamu sedang jadi burunan orang jahat sekarang. Hati hati dan jangan sendiri, tambah tambah waktu malam. '
' Anggap pertemuan ini hanya mimpi sahaja. '
Semua tu hanya putaran masa ditelinga Atiqah. ' mungkin kah ini ? Dari abang long ? ' Atiqah menghentikan tangannya dari membuka.
" Eh dek Na'Am ? Kenapa tak bukak ? " Lulu bertanya
" Ehe.. Tak boleh la. Atiqah nak tengok sorang sorang. Tah tah betul sisret admirer. Mana boleh orang lain tahu " Ucap Atiqah dengan senyuman. Sekejap Atiqah teringat sesuatu
' Sayang sekali abang yang kau banggakan tu dah mati dengan cara yang lembut ditangan aku. '
Sekejap senyuman Atiqah hilang. Rupa rupanya terlalu banyak yang Atiqah rahsiakan dari keluarganya.
Tanpa menunggu persetujuan Lulu, Rafi dan Fuzel. Atiqah terus naik atas bersama kotak yang sudah dibuka setengah pembalutnya.
' Tentu ada yang disorok dia ' suara hati Rafi berbicara.
> ATIQAH <
Sampai dibilik. Atiqah merenung kotak itu yang masih ditangannya.
' Sayang sekali abang yang kau banggakan itu sudah mati dengan cara yang lembut ditangan aku. Seharusnya aku siat siat kulitnya dan bakar atau rebus. '
' Ahahahhaha '
Atiqah masih diam memandang kotak itu. Sambil masih memikirkan sesuatu yang menghasut otaknya
' kenapa Atiqah nampak pelik kat situ ? ' Rafi membatin. Rupa rupanya Rafi mengintai Atiqah dicelah pintu bilik Atiqah.
Atiqah meletakkan kotak itu diatas katil. Sekali lagi Atiqah mengangkat kotak itu dan meletakkan diatas lantai biliknya. Sebelum Atiqah sambung membukanya, Atiqah berlari ke tingkap kaca dan melihat kiri kanan di bahagian luar. Bagi memastikan tiada sesiapa yang mengintai. " Okayh. Takde orang " Atiqah kembali berlari kekotak. Ketika tangan Atiqah hampir menyentuh kotak, Atiqah menarik semula tangan nya. Dan berlari ke arah lemari kecil disisi katil. Atiqah membuka laci terakhir. Dan mengambil sarung tangan getah berwarna biru, yang selalu dia gunakan untuk membuat eksperimen disekolah lamanya.
Atiqah memakai sarung tangan itu dan membuka kotak itu. Dengan hati hati.
Pembalut sudah sepenuh dicabut. Sekarang hanya tinggal kotak
' you are in my grasp '
' one flick and die '
' You're just an ant '
' who will save you '
' All will die !! '
Dan banyak lagi perkataan diatas kotak itu dengan tulisan warna merah cair.
Seketika Atiqah menghentikan tangannya dari membuka. " orang yang sama. Siapa dia sebenarnya . " Atiqah perasan ni tulisan yang sama dengan tulisan yang berada di kertas ancaman yang dia dapat di hospital
Atiqah terus membuka kota itu tanpa memperdulikan apa pun tulisan yang ada. Dan
Ktak trak trak ~ Atiqah mencampakkan kotak itu setelah melihat hal yang mengejutkan
Rafi yang melihat segera masuk ke bilik Atiqah. Rafi melihat, di dinding yang dicampak kotak itu. Ada beberapa keping gambar ditayangkan, dan ada juga 2 rantai hitam yang satu adalah kunci dan satu lagi adalah tulang.
' kau seharusnya berterima kasih pada aku kerana abang kau mati dengan cakar harimau aku ahahahaha Ahahaha ahahaahaa '
Setiap gelak tawa orang itu terhubung ditelinga Atiqah. Atiqah menunduk. Wajahnya gelap setitis demi setitis air matanya jatuh.
Rafi mengambil sekeping gambar yang berselerakan dengan gambar lainnya. Rafi melihat, dan ternyata itu adalah gambar Zack yang dibunuh dengan kejam pada malam kelam.
Atiqah menangis sambil menekup mukanya dikakinya
' jangan sedih lagi '
' ingatlah untuk tidak bergaduh. Jangan terlalu tunjuk diri pada dunia luar. Ingatlah dalam dunia ni orang kedua yang saya kamu adalah abang . Ingatlah orang yang baik di mata kamu belum tentu benar benar baik. Orang yang jahat dimata kamu , tidak jahat sepenuhnya. Jangan menangis kalau itu melemahkan kamu. Menangislah untuk kamu berjaya kedepannya. Abang pergi dulu . '
Setiap perkataan abangnya sungguh membuat hati Atiqah sedih. Perlahan mata Atiqah jadi kabur, Atiqah pun pengsan.
" Atiqah ! " Rafi mendukung Atiqah dan membawa ke katil.
Share this novel