Jam menunjukkan Jarum pendek di 12 dan jarum panjang di 3
> ATIQAH <
Kak Nurin sedang menaiki tangga menuju kearah bilik Atiqah dengan menggunakan baju rumah. Sepertinya harini Kak Nurin akan dirumah sahaja.
Pintu bilik Atiqah diketuk Tok tok tokk
" Na'Am.. Na'Am didalam ke ? " Kak Nurin terus mengetuk pintu dan memanggil nama Atiqah beberapa kali . Tapi tiada sahutan
" Eh, kemana anak ini ? " Kak Nurin pun membuka handfone nya yang berada digenggaman tangannya
Kenalan Na'Am ditekan. Kak Nurin menghubungi Atiqah
Atiqah menjawab
In Call
" Yes kak . Kat rumah pun nak call " Atiqah menjawab malas
" Kamu dimana ? Kakak didepan pintu bilik kamu. "
" Ohhh.. Na'Am dekat tempat latihan Dek jihah ni . Tengah tengok dek Jihah latihan " Kak Nurin pun off call. Dan segera ke Arah kanan. 2 meter selepas tu. Ia beluk ke arah kanan lagi. Didepan pintu warna pink itu ada tulisan bertulis ' Latihan ' Menandakan sedang digunakan
Nurin membuka pintu. Dilihat Najihah sedang berlatih bersama lagu tradisional yang mengiringi
Atiqah melihat "Ada apa kak ? " Atiqah memdekati kakaknya agar tidak menganggu latihan adiknya
" Kamu cakap harini nak ulang kaji di rumah cikgu Afiq kan ? Ni dah lebih 20 minit ni "
" Nanti je la.. " Atiqah kembali duduk di tepi jendela yang berkasa itu
" Buat apa kamu kat sini. Dari temenung tengok latihan adik . Baik kamu belajar. Tak baik tau mungkir janji. Dan janji kan dengan Kak Nurul untuk belajar di rumah cikgu Afiq "
" Ye la.. Oh ye kak.. Na'Am nak sambung latihan bela diri " Ucap Na'Am
" Na'Am.. baik jangan. Masa kamu belajar silat dulu. Itu dah cukup bagus. Dah boleh dapat peringkat master lagi. "
" Kakk itu dah lama la.. Na'Am nak asah kemampuan bela diri Na'Am lagi...Dah la.. Na'Am nak ambik buku.. nak pergi belajar "
Dibilik Atiqah
Atiqah mengambil buku diari hijau cerah untuk menulis nota nanti. Dan buku teks matematik Dellia
Segera Atiqah turun untuk menuju kerumah jiran yang digelar cikgu itu??
Sampai di depan pintu rumah Aris
" Aihhhh kenapalahh pintu rumah ni selalu tertutup. Rahsia apa yang mereka ni simpan laa " Atiqah bercakap sendirian
> AFIQ <
Didalam rumah Aris, Nawi memeriksa CCTV. Terlihat CCTV 1 ada Atiqah didepan pintu yang sedang bercakap sendirian. Buku ditangannya dipegang.
> ATIQAH <
Atiqah memerhati sekeliling. Ia melihat satu pondok papan dan tepi pondok itu ada kolam ClownFish
Atiqah meletakkan buku nya diatas pondok. Dan mengintai kolam itu.
Atiqah berjalan ke pintu semula
> AFIQ <
" eh apa budak ni buat kat sini ? " Nawi pelik dengan kehadiran Atiqah di depan pintu itu
" Siapa bro ? " Aris menyoal
" Ni Atiqah .. " Afiq yang baru keluar dari dapur segera melihat CCTV
" Dia ada bawak apa apa ke tadi ? " Soal Afiq pula
" Tadi aku nampak, dia bawak buku.. Lepas tu letak kat pondok tu " Afiq pon mencapai handfone nya. Dan keluar rumah
" Eh Fiq.. kemana ? " soalan Aris diabaikan
" Korang taktahu ke ? " Ikwan menanya pada mereka
" Apa ? " Sahut mereka dan memandang Ikwan
" Afiq kan dapat tugas dari Encik Hazli untuk mengajar matematik untuk Atiqah. Tak silap aku, seharusnya semalam Atiqah datang. " Ikwan menerangkan
" Ohh gituu.. " Mereka menangguk anguk
Nawi memerhati mereka menggunakan CCTV
" Wi.. kenapa kau tak pasang mikrofone. Aku nak dengar la percakapan mereka " Aris mendekati Nawi
" Kalau Afiq tahu.. Kita semua kena lari padang 100 kali.. kau nak ke ? "Nawi menawarkan
" Eh bagus la.. lama lama larian kita makin kuat tau " Ikwan menyokong
Aris dan Nawi memandang Ikwan
" Kalau kat KL. Padang nya okay la.. Tapi kalau kat sini. Dia bukan suruh lari padang. Tapi pusing Taman 100 kali " Aris menerangkan membuat Ikwan terdiam
> ATIQAH <
Atiqah baru saja akan mengetuk pintu. Tapi sudah terbuka. Muncullah Afiq
" Kamu dah datang " Afiq berkata sambil mata memandang pondok tempat terletakkan buku Atiqah
" Ehh.. saya tak ketuk lagi.. macam mana cikgu tahu saya datang ? " Atiqah menjadi pelik
" Kamu nak tahu sebabnya ? " Atiqah angguk
" Sebab saya membau ancaman " Afiq melintasi Atiqah dan menuju pondok yang di tepi kolam ikan itu
" membau ancaman ? Bila masa aku jadi ancaman ? " Sakit mata Atiqah melihat Afiq itu
" Kenapa lahh dia jadi guru tuision aku " Gumam gumam kecil Atiqah itu masih terdengar Afiq
selama beberapa minit berlangsungnya pelajaran pondok. Afiq hanya mengajar formula formula nya dahulu
" a ( m ) ÷ a ( n ) =
( a (m) )n =
a ( m ) × a( n ) =
untuk harini, ini latihan nya. hari berikutnya. Kamu bagi jawapan. "
Afiq memandang Atiqah setelah selesai menulis latihan buat Atiqah. Afiq menahan geramnya bila melihat Atiqah langsung tak peduli. Malah dia membuat formula kimia pada bukunya
" K² Ox K² O ialah Kalsium Oksida dan Zn C1² ialah zink klorida " Cikgu sepertinya formula mat dan kimia ni ada samanya
" Atiqah.. " " Cikgu " Atiqah cepat memotong perkataan Afiq
" Cikgu, macam mana nak masuk kedalam sebuah kereta tanpa menggunakan kuncinya " Segaja Atiqah menukar perbualan. Dia sangat malas untuk belajar Matematik
" Atiqah " Sekali lagi perkataan afiq dipotong Atiqah
" Cikgu tak tahu ke. Hmm kecewanya " Atiqah berpura pura sedih
" Buat ruang dipintu " Satu baris diberi Afiq
" Maksudnya cikgu ? "
" Sentuh bahagian sudut tingkap kereta dengan menekan kebawah. Paling mudah menggunakan bawah bahagian tapak tangan kamu. " Afiq menunjukkan bahagian bawak tapak tangannya
" Setelah itu kamu boleh menggunakan penyangkut baju elektrik atau dawai untuk membuka..... " Afiq tidak menyambung perkataannya
" membuka apa cikgu ? " Atiqah menanyakan
" untuk apa kamu tanya ? " Atiqah terdiam sebab melihat pandangan tajam sekilas Afiq tunjukan
' siapa dia ni sebenarnya ' tiba tiba Atiqah jadi getar " cikgu, cikgu Aris mana cikgu.. Ada hal yang perlu saya tanyakan "
" cikgu akan panggilkan " Afiq pun masuk ke rumah itu. Atiqah memperhatikan. Tanpa sengaja Atiqah terlihat di bahagian kedua dua sisi dinding pintu.
" CCTV ? " setelah berkata begitu. Atiqah melihat di sisi CCTV itu ada lampu merah, menunjukkan lampu itu masih menyala
Atiqah secepatnya mengalirkan matanya. Aris dan Afiq pon datang berjumpa Atiqah.
" ada apa Atiqah " Aris bertanya
" hmm hm " Atiqah berdehem. Tidak tahu kenapa Atiqah rasa tidak boleh berlama lama dirumah ini
" itu cikgu.. aaa itu pasal tawaran cikgu yang seni bela diri tu.. Karate tu " Atiqah mengucapkan kalimatnya agak terbata bata
" ohh.. tapi kena ada persetujuan ibu bapa kalau nak masuk. Betul juga, selama cikgu kat sini beberapa bulan. Cikgu tak pernah nampak parent kamu . Kemana mereka "
'apa cikgu ni sedang selidik ' Atiqah berfikir
" Papa dah tiada " itu sahaja Atiqah boleh katakan
" ibu kamu ? " Aris menanya lagi
Dalam tak sedar, tangan kiri dan kanan Atiqah mengepal bila mengingat kan ibunya . Afiq dan Aris perasaan akan hal itu. Perubahan wajah Atiqah juga terlihat. Tangan nya mengepal sehingga berdarah akibat terkena kukunya
" Auchhh " Atiqah melihat tangannya ' Ahhh aku ni ' Atiqah memandang kedua cikgu didepannya dengan perasaan kurang suka
" Ibu saya dah ma*ti " Atiqah berkata dengan segala perasaan benci. Setelah itu , Atiqah pun berkemas bukunya dan berlari balik kerumah nya.
" eh.. sorry. Aku kan taktahu " Aris berasa bersalah
" Kau kalau nak cakap , pandang situasi. Aku tengok, masa kau sebuk nama ayah dia pun, riak wajah nya dah berubah. Kau ni polos " Afiq ssgera masuk rumah
" Apa salah aku.. haa.. Afiq ni.. semalam tah la langsung tak berterima kasih kat aku sebab pukul 7 pagi aku sampai perak "Aris gumam sendirian
Share this novel