>46

Action Completed 10887

Malam yang seharusnya tenang itu diganti dengan perasaan kelam untuk sebuah keluarga terkenal.

Pagi harinya, dirumah Aris. Afiq dan Ikwan sudah bersiap siap untuk pergi KL. Hal kelam yang berlaku di Perak entah kenapa terbawa ke KL. Hingga Afiq serahkan tugas disini pada Nawi Dan Aris.

Entah mereka sedar atau tidak bahwa mereka sedang masuk perangkap musuh '-.-

DiHospital tempat Atiqah dirawat yang ke dua kalinya. Atiqah masih sahaja tidak membuka matanya. Wajahnya tidak lagi pucat kebiruan . Sepertinya Atiqah akan sedar lebih dari perkiraan dokter

Di ruangan yang sama cuma bahagian yang terpisah, ada Encik Hussein bersama keluarga Atiqah termasuk di Arumi.

Hal serius akan dibincangkan

" Jadi apa yang nak kamu bincangkan Taha ? Serius betul muka tu " Ujar Encik Hussein setelah berjeda 15 minit sebelumnya

" macam ni uncle " Taha jeda sebentar dan melihat wajah Hussein didepannya.

Sekarang mereka sedang duduk di sofa ruangan Atiqah

Hushhh ~ terdengar Taha menghembus nafas lembut

" Taha nak bawa Na'Am berubat di KL sekaligus tinggal disana dengan Taha . " Akhirnya suara yang dijeda tadi kembali mengucapkan perkara yang dibantah Nurul

" Apa ! Tapi bang.. Na'Am kan masih tak sedar !... Nurul nak jaga Na'Am disini " Bantah Nurul tapi tetap sahaja Taha berkeras

" Kali ni biar abang. Kat sini Na'Am terus menerus jadi incaran orang. Antara itu musuh nya, jirannya, atau penjahat penjahat diluar sana ! Nurul cuba fikir..Betapa bahayanya Na'Am disini . Untuk tahun ni je dah berapa kali Na'Am cedera ? Berapa kali pulak masuk hospital. Keputusan abang tetap mustamad ! Abang akan bawa Na'Am ke KL. " Suara Taha tetap dipertahankan.

" Tapi bang.. Kat sana abang tentu sebuk. Bahkan abang balik sini pun 2 atau 3 tahun. Ni kan nak jaga Na'Am, Takyah la bang. Taktahu apa pulak yang jadi kat sana " kata kata Nurul malah membuat mereka yang ada diruang ini fikir, Nurul meremehkan abangnya

" Sudah la.. Jangan gaduh gaduh " Nurin menghentikan kakak dan abangnya " Pendapat Uncle macam mana ? "

" Taha... " Suara Tegas Hussein membuat Taha melihatnya , seterusnya menunggu suara selanjutnya. " Kamu sudah bercakap dengan Atiqah dulu ke belum keputusan ini ? Uncle yakin kamu lebih kenal dia sebagai abangnya kan. "

" Dah uncle, Tapi Na'Am berkeras dengan membantah. Mulanya Taha nak la bagi waktu, Tapi tengok apa yang jadi tadi tu. keputusan Taha muktamad, Taha akan bawa Na'Am pergi KL. "

Sepertinya ini adalah jawapan yang tak boleh dibantah, pikir Arumi

Tapi bagi Taha, Hal yang dimuktamadkan sebelah pihak ni harus meminta persetujuan Uncle Hussein dulu sebagai orang yang sudah menjaga mereka adik beradik setelah sosok ibu ayah tinggalkan mereka

" Bincanglah elok elok dengan adik adik kamu dulu, Baru buat keputusan ye Taha. Apa pun keputusan kamu , ingat lah mereka yang telah jaga Na'Am selama ini. Seterusnya Uncle setuju apa pun keputusannya. Uncle tak boleh halang keputusan kamu jika dah jadi keputusan kamu. Tapi nanti jika Atiqah sudah bangun dari tidurnya, dan memberontak tidak mahu tinggal KL, Hantar dia balik ye " Akhirnya keputusan Hussein la yang diputuskan Taha

" Baik Uncle " Setelah itu, Hussein balik KL .

Taha mula berbincang bincang dengan adik beradik yang bermasam muka dengannya kecuali Jihah yang sedang tidur di sofa panjang disisi Atiqah yang sedang terbaring lemah.

" Aa.. Abang, apa kata abang tak perlu bawa Na'Am ke rumah abang, sedang kan abang tinggal dengan abang Arumi dan kawan tentera abang yang lain, kesian Na'Am kan sorang je perempuan kat situ " Akhirnya Nurin buka mulut dan menerangkan segala hal yang telah ia fikirkan tadi

Nurin sedikit terdiam bila sorot mata tajam Abangnya tepat kearahnya serta kakaknya yang memandang tanda tanya

' Apa kembar aku ni tengah pikir ? ' Nurul terlihat tertanya tanya

" Bukan.. Macam ni abang.. Kak.. Abang kata dah jumpa ibu kan.. Kenapa tak kita mintak ibu jaga kan.. Ibu tak mungkin taknak jaga, Na'Am kan anak ibu juga " Nurin memperjelaskan , yang membuat bukan sahaja Nurul dan Taha terkejut, malah Arumi yang didepan tingkap pun menoleh ke arahnya

" kau gila ke apa dik ? Kau nak buat Na'Am hari hari menjerit, maki ibu, derhaka kat ibu ke apa " Akhirnya suara bantahan dari Nurul mula terdengar tidak elok

" Bukan kak... Abang... Katakan boleh, abang tentu faham " Nurin mintak tolong pada Taha untuk terangkan

Mata Taha terarah pada Atiqah yang sedang terbaring lemah dan ditemani Jihah di sebelah katil.

' Na'Am BENCI IBU ! SEJAK IBU PERGI, IBU TAK PERNAH KEMBALI ! BAHKAN SEMASA PAPA TINGGALKAN KITA SEMUA, IBU TAK MUNCUL. DEK JIHAH YANG MEMBESAR TANPA MENDENGAR SUARA IBU, IBU BIARKAN DEK JIHAH DULU !! SAMPAI BILA BILA PUN, NA'AM AKAN TERUS BENCI IBU !! '

Taha teringat kata kata Na'Am sekian lamanya dahulu. Ketika didepan Taha dan Adik adik lain, Na'Am sentiasa kata Benci

' Ibu, Na'Am sangat rindu ibu. Kenapa ibu tak balik, Na'Am sangat perlu ibu. '

Dan diwaktu yang berbeza, ketika Atiqah sendirian dibilik papanya, Atiqah sering ungkap kata rindu

" Abang akan berbincang dengan ibu " Akhirnya kata putus itu membuat Nurul dan Arumi menganga sendiri sambil terus menatap Taha

' Abang akan bincang dengan ibu, abang akan bincang dengan ibu ' Jawapan tu terus terngiang ngiang ditelinga Nurul dan Arumi

' Apa lagi ni ' Arumi memijat pelipisnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience