***
LANJUT DAN MEKASIH MASIH MENUNGGU.
KALIAN THE BEST.
______________ _________ _____________ _________ __________
" Jujur sajalah " Ujar Atiqah sambil embel embel malam terakhirnya.
" Lelaki tu seorang pembunuh upahan di Iraq. Sedang di incar semua orang kerana dia hebat dan pakai ilmu terlarang untuk bela dirinya. Dan perempuan tu tunang dia yang sudah meninggal. Beberapa tahun lalu ada salah faham antara Lelaki itu dan Zack abang kamu. Jadi Lelaki itu simpan dendam untuk membalas. Dan Zack tewas ditangannya. " Ujar Jakyi yang memang ingin jujur pada Atiqah tentang kronologi kematian Zack.
' jadi yang dimaksud adalah Si bermuka dua. ' Batin Atiqah
" salah faham ? Apa ?" Soal Atiqah yang penasaran
" Huff, Tunang pembunuh Upahan tu mintak Zack untuk menjadikannya tikus percubaan. Akibat Tunangnya sudah jatuh hati pada Zack. Memandangkan Zack memang mencari tikus. Secara tak langsung Perempuan itu setuju. Mulanya Zack abang kamu tolak sebab Zack dan pembunuh upahan tu berkawan rapat bahkan sangat rapat. Tapi sebab perempuan tu yang terlalu tafsub ingin dapatkan hati Zack, dia sendiri memasang semua alat uji kaji tu. Dan baru sahaja tes pertama, dia sudah mati sebab terlalu lemah. Zack dipersalahkan ketika tiba tiba pembunuh upahan tu muncul. Sampai la pembunuh upahan tu dendam dan bunuh Zack dan orang yang disanyangi Zack. " Ujar sedih Amron yang tak terlihat. Dan menceritakan kenyataan dari sebalik kejadian.
' ternyata begitu. Jadi dia fikir aku rapat dengan abang long. Jadi dia ingin bunuh aku. Dan Jihah adik aku yang turut rapat dengan aku dan melihat rancangan Si bermuka dua, jadi dia ingin bunuh Jihah. Dan dia bunuh bang Fuzel kerana baginya bang Fuzel selalu melindungi aku dan ganggu rancangan dia. Selepas ni siapa je rapat dengan aku, akan mati bukan ? Tapi tak lagi. Sebab dia akan mati tepat ditangan aku. Aku takkan diam. Tapi aku ikut dulu permainan dia. Hihihi ' batin Atiqah tertawa dalam hati.
Tiba tiba ada serangan dari depan oleh Jakyi yang ingin memukul Atiqah, Tapi Atiqah bukan yang dulu yang mudah ditipu dan diserang dengan mudah.
Bukk ~ sekali sepakan dada oleh Atiqah, Jakyi terjatuh kebelakang dengan jarak 5 meter.
" sesuai ajaran bang Arumi. Dan fikiran terbalik aku. " Gumam Atiqah. Dan tepat setelah ketua mereka jatuh tersungkur, semua yang sembunyi tadi keluar dari sarang. Seolah mereka harimau yang siapa menerkam Atiqah. Namun kancil imut telah jadi kancil liar yang lebih bijak dari mereka. Atiqah lihat satu persatu wajah yang bermuka garang. Tak semua berbadan sado. Ada yang kurus dan gemuk. Namun Atiqah yakin , baru dihentam Atiqah pasti terjungkal kebelakang.
" aku tahu mereka bukan sekadar penjenayah. Namun juga ada pembunuh upahan, bekas polis, bekas tentera dan mata mata. Ada juga bodyguard. Ada juga mafia. Tapi... " Gumam Atiqah jadi kesal bila semua lelaki didepan nya " Aghhh sia**l. Kenapa handsome semua. Sayangnya kalau aku kena tumbuk muka mereka, buruk la nanti. Sayang la pulak. Yang gemuk maupun kurus , kenapa kacak. Yang sado.. Aduhh aku sangat ingin selfie dengan mereka semua dan caption abang kacak my lovebe. " Gumam Atiqah yang hanya sendiri mendengar.
Jakyi bangun yang masih tak habis fikir, gadis sekecil Atiqah dengan mudahnya menumbuk dan melayangnya dirinya. Baru sahaja Jakyi bangun
huk huk ~ Tiba tiba batuk dan darah keluar dari mulut Jakyi
" hihihi. Sorry . tapi rasanya tak sekuat mana tadi . " Ujar Atiqah sindir Jakyi.
Amron masih diam memerhati apa yang baru terjadi
" Aghh rasanya ini sangat bosan. Atiqah balik ye. " Ujar Atiqah dan benar baru saja berbalik, sebuah lengan yang besar ingin menumbuk belakang Atiqah
" hihi lemah ! Mencari mangsa ketika tak sedar. Tapi anda salah ! Kita sebagai yang ingin membunuh kena bijak dan teliti. Dan dengan mudah, dari depan lagipun kita akan membunuh dan pasti terbunuh yang akan mati. " Ujar Atiqah menyepak tepat didada bidang lebar itu, menumbuk beberapa kali dan akhirnya menyepak tepat diwajah orang itu hingga orang itu berpusing beberapa kali dan terpelanting beberapa meter.
Tak sampai disitu 4 kelompok datang kearah Atiqah dan terus ingin belasah, namun mereka tak tahu, orang yang baru sahaja Atiqah pukul sudah mati ditempat. Itu maknanya orang yang mereka hadapi, bukan calang-calang .
3,2,1 ~ keempat orang itu mati ditempat sebelum tumbukan tepat kena Atiqah. Dua jari Atiqah menyentuh leher mereka, hingga nafas mereka berhenti.
Atiqah dengan senyum indahnya melihat para harimau didepannya. Dan Atiqah dengan bijak berjalan ke depan. Buku Atiqah pegang. 4 orang lagi maju . Atiqah guna bucu buku itu dan menumbuk tepat dimata keempat orang itu hingga mereka merintih kesakitan. Atiqah memandang seorang lelaki yang menurut Atiqah sangat menganggu pandangan ( kacak ) , Atiqah menarik lengan orang itu dan menabrakkan ke 3 orang lagi.
Tak lama setelah itu , perlawanan memang terjadi 30 orang kurang 8 orang jumlah 22 orang lelaki termasuk Jakyi dan Amron tidak habisnya memukul seorang gadis yang belum 18 tahun.
Dari 22 orang. Sekarang, 11 orang. Jam dipakai Atiqah menunjukkan jam 3 pagi. Pastinya kakak dan yang lainnya risaukan Atiqah. Namun tidak Afiq. Dia dengan santai mengamati dari jauh perlawanan kalah jumlah namun seimbang.
Sekarang 5 orang termasuk Jakyi dan Amron mengelilingi Atiqah. Atiqah dari tadi belum menyentuh Amron dan Jakyi kecuali awalan.
Dan Atiqah tak berniat untuk menyentuh, sebab mereka akan berada ditangan Afiq.
" menyerah lah. Lihat rakan kalian sudah mati. Apa kalian yamin ingin mati disini juga. Haihh tapi tak disangka tangan aku yang putih nan cantik ni telah bunuh 25 orang manusia bukan harimau. " Ujar Atiqah mengejet lawannya. Atiqah tahu ke lima orang itu orang terkuat yang dibawa.
" Huhh cikgu, seharusnya cikgu tak bawak mereka, lihat la. Orang terkuat yang akan mati ditangan kancil imut nan liar. Merugikan. Cek cek cek." Ujar Atiqah dengan menggeleng kepaka nya merendahkan mereka.
" Jangan cakap banyak. Rasakan ni " Seorang dari mereka mengeluarkan cakar harimau yang seperti sama dengan milik Ikwan bezanya tangan yang memegang. Atiqah tidak mengelak kerana Atiqah lelah. Namun tidak tangan dan kakinya, bersedia membunuh orang yang menghalang jalannya.
" aku akan mencuba rasanya, ketika itu sampai di kulit aku. Tapi apa anda tidak ingin rasa juga ? " Soal Atiqah dengan sindir. Aura hitam sangat pekat pada Atiqah. Siap memakan mangsanya.
Mereka seakan tidak berhadapan dengan Atiqah kecuali iblis.
Atiqah memegang lengan orang itu. " tak silap saya, anda yang terkuat 10 kebawah bukan ? Anda yakin ingin mati ditaman ini dengan cakar harimau anda sendiri ? Bagaimana kalau anda mati ditangan kiri aku ? "
Namun tidak ditangani lelaki itu, dia ingin segera menghabiskan Atiqah. Atiqah membalikkan tangan itu mengarahkan kejantung lelaki itu. Lelaki itu cuba hentikan dan dibantu rakan yang lainnya untuk membalas Atiqah. Tapi satu ayat Atiqah buat mereka mematung.
" Atiqah tahu, jantung abang Zack dibakar Ikwan Si pembunuh Upahan di Iraq. Dia menggunakan cakar harimau seperti anda. Kesian sekali abang mati tanpa jantungnya. " Ujar Atiqah. Dan benar mereka yang disana tiba tiba takut tapi tidak dengan Amron dan Jakyi yang sedang mencerna ucapan Atiqah.
Atiqah berhenti ketika cakar harimau itu sudah kena pada badan orang itu atau tepat ditempat jantung itu berada.
" Atiqah tak mahu cakar harimau ini merobek jantung lain. Pergilah. Jangan mati tanpa jantung. " Ujar Atiqah membiarkan 3 orang itu pergi dari hadapan nya. Dan mereka terus lari dari sana. Tinggal dua makhluk hidup lagi.
" dan cikgu cikgu tercinta sekalian " Atiqah kelihatan malas melayani mereka
" cikgu takkan biarkan kamu hidup meski kamu tetap memukul. " Ujar Jakyi yang ingin menyerang Atiqah, tapi Atiqah mengelak dengan senyuman.
" serah diri saja. " Tepat Atiqah berpusing kebelakang. 5 orang detektif datang mengepung Jakyi dan Amron.
Ye mereka adalah Afiq dan Timnya.
Atiqah dengan malasnya terus balik rumah. Seolah tidak ada yang berlaku, Atiqah buka maskernya dan terus membaca buku
" sesak aku pakai masker tengah letih letih. " Ujar Atiqah yang berjalan menuju pulang kerumah. Dibuku, ATIQAH sedang belajar tentang pertarungan cemas.
Share this novel