> 73

Action Completed 10887

Sosok orang ini berpakaian hitam, matanya beriris merah darah memerhati dengan tajam kearah depannya. Riak wajahnya pula susah ditafsir. Entah apa yang membuatkan orang ini berada ditengah kegelapan , tapi yang pasti dendam kembali menguasai dirinya setelah dinonaktifkan beberapa hari.

" Akhirnya hari yang ditunggu akan datang kembali. Selamat datang kembali dalam kesengsaraan gadis kecil . " Ucap Ikwan dengan aura membunuh yang pekat.

> ATIQAH <

Atiqah dan Dellia berada disebuah rumah , dari segi dan letak rumah nya seperti rumah Atiqah dan Dellia. Mungkin sebab perumahan yang sama.

Dellia menyerahkan Atiqah sebuah topeng hitam yang mampu menutup sebahagian wajah iaitu mulut dan hidung. Jangan salah, mereka menggunakan penutup itu kerana..

" Astagfirullah Qa, bau apa ni.. Menyegatnya. Terakhir kali aku datang, mana ada bau ni " Ujap Dellia yang baru saja mampu bercakap dan bernafas setelah menutup hidung dan mulutnya menggunakan topeng yang sama seperti Atiqah

" Tah la, aku pun baru pertama kali bau benda ni. Sakit kepala ahh.. Eh.. Takkan

" ARAK ? " Dellia dan Atiqah mengatakan hal yang sama.

" Kau kata mereka orang melayu macam kita jugak. Tapi ni bau, aahh aku tak dapat berkata apa apa dah. Keluarkan handfone dan ambik semua gambar yang kau dapat. Hati hati tau. Aku akan menjelahi tempat lain " Ucap Atiqah

" Kau pun hati hati. "

Akhirnya Atiqah dan Dellia berpecah. Atiqah menuju ke ruang tamu dan beberapa bilik yang tampak diguna. Dan Dellia menuju dapur dan ruang lain yang terbuka. Tak susah nak cari tempat tempat yang mereka tuju, sebab barang rumah ni tersusun sama macam rumah mereka.

Dellia yang didapur menganga mulut saat melihat botol arak yang berada diatas meja. Seterusnya Dellia membuka peti sejuk.

' What ?? ' Dellia sangat terkejut bila didepannya begitu banyak arak murah. Terus Dellia mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar.

> ATIQAH <

Kepala Atiqah sepertinya sangat sakit, dan berdenyut denyut. Terasa pitam sangat ada. Mungkin beberapa waktu lagi, dia akan jatuh pengsan.

" Apa ni ? Aku sangat taktahu ni apa ? " Atiqah berada diruang tamu, dan Atiqah melihat beberapa plastik bungkusan kecil, serta didalam bungkusan itu ada serbuk putih , bungkusan lain pula ada serbuk merah.

Diatas meja itu juga ada lilin yang berdiri tegak tapi tidak menyala. Seperti baru habis dibakar. Ada juga diatas meja serbuk yang dikumpul satu tempat untuk dihidu mungkin, tapi tidak dimasukkan dalam plastik.

Baunya menyegat , mungkin Atiqah mampu menghidunya kerana Atiqah baru sahaja melepas topeng setengah wajahnya. Atiqah kembali memakai topeng itu sebelum dia jatuh pengsan. Akhirnya Atiqah ambik beberapa gambar hal itu.

' Eh ' Atiqah berjalan menghampiri sebuah sofa berdekatan. Tangannya yang disarung sarung tangan hitam bergerak mengapai sebuah air warna kecoklatan seperti air teh tarik yang berada didepan sofa itu

" Ini ? " Atiqah mencuba membuka penutup botol air yang seperti botol air mineral 1.5 liter. Tangan satunya membuka topeng di wajahnya. Wajah Atiqah menunduk, dan menghidu air itu.

" Uwekkk air apa ni. " Tapi Atiqah masuk tak lupa untuk menangkap gambar juga air itu dan meletakkan ditempat yang tadi dia ambil.

Atiqah berjalan menaiki tangga tanpa was was. ' Heran betul , mereka keluar rumah memang tak tutup lampu ke ? Eh ' Atiqah menghentikan langkahnya sebentar, ketika fikirannya mengatakan ' Ke... Masih ada orang kat rumah ni.. Tapi Dell kata hanya ada 6 orang. Dan memang aku nampak 6 orang tadi kat depan. Mungkin mereka bukak lampu sebab taknak orang curiga dan datang merompak ' Atiqah mengiyakan sendiri jawapannya

Disisi Dellia pula, dirinya baru sahaja memasuki sebuah ruang kecil yang berada dibelakang dapur, seharusnya itu bilik pembantu rumah bagi sesiapa yang ambik pembantu rumah.

Sebelum Dellia masuk, dirinya melihat kiri kanan untuk waspada..baru sahaja masuk.. Tapi bilik itu tidak ada apanya seperti tidak disentuh. Mungkin penghuni rumah taktahu ada bilik ni.

Dellia berlanjut mencari sesuatu dibahagian luar rumah pula..mata Dellia tak hilang dari terus memerhati, tiba tiba ada sebuah bilik lebih kecil, seharusnya itu stor setiap rumah.

' Mungkin tunggu Atiqah untuk masuk sama sama.. Atiqah berlari masuk rumah dan mencari Atiqah. '

> ATIQAH <

Atiqah masuk ke sebuah bilik, kalau dirumah Atiqah, bilik yang dimasuk adalah bilik latihan Jihah.

Kiyekkk ~ pintu dibuka Atiqah.

Didalam gelap menunjukkan tiada penghuni, tapi bau dari bilik ini lebih menyengat..

Atiqah memang membuka topeng mulut itu, bagi Atiqah lebih mudah menghidu sesuatu agar mudah Atiqah mencaritahu dimana tempatnya.

Tadipun begitu, sebelum Atiqah masuk bilik ni, dirinya menghidu bau menyengat , lebih menyengat dari bau dibawah.. Jadi Atiqah penasaran dan masuk.

Dan sangat masuk. Atiqah sangat terkejut, dan terkejut. Tiba tiba Dellia muncuk dibelakang Atiqah. Dellia juga terkejut, ternyata bilik itu sengaja dibau anehkan oleh Ikwan. Ikwan menunggu didalam dengan senyum menyeramkan. Bau didalam tu sungguh membuat Atiqah dan Dellia mual, dan sangat sakit kepala.. Sepertinya mereka sungguh akan pengsan tak berdaya.

" Kita jumpa lagi Atiqah " Ucap Ikwan yang masih menutup sebahagian wajahnya. Atiqah memegang tangan Dellia dan menarik Dellia keluar dengan sisa tenaganya. Mereka turun tangga bersama dengan kelajuan.. Dellia dan Atiqah sangat sesak dengan bau dan terkejut dengan lelaki berbaju hitam barusan.
Mereka baru sahaja akan membuka pintu utama. Tapi pintu Utama sudah dibuka dulu oleh seseorang dan itu adalah Ikwan.

Atiqah dan Dellia memegang tangan mereka bersama , saling memberi kekuatan sebab mereka sangat lemah dengan bau yang semakin menyegat. Ternyata ditangan Ikwan masih membawa sesuatu yang dapat mengeluarkan bau busuk.

' Bau ni bau .. Macam bau.. Jeruk busuk ke ? Macam mana dia tahu kelemahan aku dengan Dellia. Aku kena lari dengan Dellia. ' Batin Atiqah. Atiqah terpaksa lawan orang ni.

Atiqah berlari kearah orang tu, dan ingin menyepak dada Ikwan, belum juga sampai . kaki Atiqah dipusing oleh Ikwan. Hingga Atiqah jatuh ke lantai

" Qa " Dellia ingin tolong , tapi atiqah geleng menandakan ' jangan datang '

Atiqah bangun, baru je bangun, Ikwan berbisik tepat ditelinga Atiqah membuat Atiqah terkejut. Dan lagi. Bau menyegat tu sangat dekat dengan Atiqah

" Tak perlu bazir masa. Tak lama kau juga mati ditangan aku .. " Bisik Ikwan dan Atiqah mendengar dengan terkejut. Atiqah rasa asa kesempatan terus menarik Dellia dan keluar. Dan Ikwan tidak menahan.

Atiqah dan Dellia sudah berada di lorong rumah Atiqah. Dari tempat Atiqah dan Dellia berlari ,mereka dapat melihat.. Depan rumah Atiqah sangat riuh oleh keluarga Atiqah. Mereka sepertinya baru bermain mercun. Dari rumah Atiqah pula, Tengku Rafail yang sedang menemani anak anak bermain, sedikit terperanjat melihat orang berpakaian hitam sedang berlari.

" Fuzel " Panggil Tengku Rafail pada Fuzel yang berada didalam sedang mengapit sate.

" Ye uncle " Fuzel menghampiri Tengku Rafail

" Cuba tengok tu siapa ? " Tunjuk Tengku Rafail dan Fuzel melihatnya.

Atiqah dan Dellia berlari bersama sambil berpegangan tangan. Dari wajah mereka , mereka sungguh pucat.. Seolah akan mati saat itu juga. Nafas mereka terdengar tidak teratur.

" Qa.. Aku sangat lelah.. sapa orang tadi.. Dia bukan penghuni rumah tu. Aku tak pernah nampak dia. Tapi aku rasa... Aku rasa pernah nampak.. Nampak dia .. Dia familiar " Ucap Dellia yang masih berlari dengan Atiqah

" Aku pun lelah, dan sangat lelah. Untung kita selamat. Apa.. Apa kau lupa.. Hushh.. Dia kan..orang yang sama serang aku sampai aku koma berapa lamanya " Ucap Atiqah dengan nafas terdengal
Dan mereka berdua baru sahaja tiba didepan Tengku Rafail dan Fuzel yang menatap mereka terkejut

" Atiqah, dellia " Seru Fuzel terkejut melihat mereka sangat pucat.

" Korang kenapa " Tengku Rafail membantu Atiqah dan Dellia di bantu Fuzel. Belum menyentuh bahu mereka berdua. Keduanya jatuh pengsan

" EH ATIQAH DELLIA, kamu berdua kenapa ? " Seru Fuzel terkejut. Terus mengendong dan membawa masuk

Keesokan harinya.

DIMARKAS KECIL JAKYI

Arai dipukul habis habiskan oleh Jakyi hingga barbabelur.

" Aku terlalu baik sangat hah dengan kau ?? Sampai jadi pengkhianat !! Aku kurang didik kau ke hah !! Sampai kau melupakan dendam kau dan melindungi saksi !! Hah bod**ohh!!! " Ucap Jakyi dengan marah sambil masih memukul Arai dengan tangan kosong

" Atiqah.. Atiqah adik Zack !! Aku akan lindungi dia sebagaimana abang dia pernah lindungi aku dari burunan dulu " Balas Arai yang masih terkena pukulan dari Jakyi. Dirinya dipukul ketika baru sahaja menjejak kaki di subuh hari pagi tadi. Entah macam mana Jakyi boleh tahu Arai sedang melindungi Atiqah

" ENYAHH LAHH !! Selagi dia saksi !! Mati adalah jawapan !! " Ucap Jakyi dengan nada kasar. Setelah itu dia meninggalkan Arai yang babak belur dan menyuruh orang susuhannya mengurung Arai.

Jakyi masuk kedalam markas dengan wajah ganasnya. Tiba tiba Amron mendekati Jakyi yang sedang mengidap rokok sambil bersandar.

Amron berdiri disebelah Jakyi " Tapi Zack banyak berkorban untuk geng Tunzos. Walau macam mana pun kita bertanggungjawab juga melindungi Atiqah untuk membalas kebaikan Zack. " Ujar Amron.

" selagi dia saksi, mati adalah jawapan !! Tapi.. " Jakyi menjedakan sebentar sebelum menyambung ucapannya. Dan Amron menunggu dengan sabar

" Kalau dia boleh tutup mulut dan tak ikut campur , aku akan biarkan dia. Kalau perlu. Aku juga akan lindungi dia. " Setelah berkata begitu, Jakyi terus menghisap rokoknya itu dan menghembuskan asap bulat bulat

" kalau macam tu, hal ni aku akan urusan. " Ucap Amron dan pergi dari hadapan Jakyi.

Sekarang tinggal Jakyi seorang

" Aku tahu, bahkan aku juga ada hutang dari Zack. Dan tak sempat bayar. " Ucap Jakyi dengan pandangan yang meredup.

_______________ ____________ __________ _______________

****
HALO HA SEMUA. BAGAIMANA KABAR HARINI ? SEMOGA KALIAN SEHAT BELAKA.

TERIMA KASIH MASIH MENUNGGU AKU UP. KALIAN SUNGGUH BEBAT !! FIGHTINGGG !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience