> Dibilik yang berwarna jingga itu dan dipenuhi soft yellow ditinggal Atiqah dan Dellia <
" Qa, apa pandangan kau tentang kawan cikgu Aris tu ? " Soal Dellia sambil mendengarkan lagu 'Cute dari Harith Zazman, MFMF, LOCA
" yang mana ? " Atiqah menjawabnya sambil melakukan rengangan tulang belakang
" Tiga tula.. aku tengok mereka baik je. Kawan cikgu Aris kan.. tentu baik. Perlu jugak ke kita prank mereka ? " Dellia berkata berdasarkan kemampuan bercakapnya
" Tu kau tengok yang diluar, yang didalam kau tak tahu kan.. Ingat tak bang Asyid tu.. tengok baik je, suka tolong. Bercakap bukan main baik. Puji melambong. Last last pengedar dadah. " Setiap yang Atiqah katakan itu sungguh mengejutkan buat siapa yang mendengarnya .
" untungnya kita cuba perangkap dia dulukan. Kalau tak taktahu sampai bila bang Asyid akan terus bohong orang perumahan ni "
" Tu la, mungkin dulu orang perumahan ni mudah percaya dengan kata pura pura atau juga mungkin dah terpancing dengan pujian bang Asyid yang melambong tu. "
Pedas perbualan dua orang ni untuk mengingatkan pembohong beberapa tahun lalu. Hingga satu ketukan kecil pada pintu membuat Atiqah muncul
Atiqah melihat adiknya yang berambut tocang ikat dua
" Hai kak Na'Am " gadis polos yang berumur lingkungan 6 tahun itu berbaju ballroom
" Hai, nak pergi mane cantik cantik ni ? " Atiqah yang melihat adik nya berpakaian begitu, ingin sekali mengodanya
" Nak keluar la dengan kak Nurul, pergi jemput kak Nurin lepastu, nak pergi makan malam dengan kawan kawan kak Nurin "
" Ohhh... jadi nak apa datang sini ? " Atiqah mempunyai dua orang kakak kembar iaitu kak Nurul Amira dan Nurin Amira. Kerjaya kak Nurul adalah seorang Artis terkenal. Dan kak Nurin seorang Model. Adik Atiqah iaitu Najihah Fatonim masih kecil tapi sudah menjadi penari ballet
" Ehehehe, kak Nurul panggil kak Na'Am "
" Okay.. turun dulu ye " Atiqah mendekati Dellia
" Bukan boneka Seperti apa ysng engkau mahukan Sesungguhnya aku tak sanggup Sudah Cukup Tak Perlu kau terus membunuhku " Atiqah menunggu Dellia menyelesaikan nyanyian nya dulu
" Dah ke ? " Atiqah menyoal
" Oh dah dah.. kenapa Qa ? "
" Sumbanggggg " Sengaja Atiqah berkata kuat
" ehehehe.. Kenapa dengan adik kau tadi Qa ? "
" Kak Nurul panggil.. Aku turun jap "
" Kay "
Share this novel