SEKOLAH SRI KL , 5 Think
Benar , kini Atiqah sedang ingin memperkenalkan diri dikelas itu
" Bagaimana kalau kamu perkenalkan diri dulu ? Sekurang kurangnya cikgu dan rakan rakan kelas kamu boleh tahu nama kamu " Ucap formal seorang cikgu yang berambut pendek lurus paras leher yang berwarna hitam keperangan. Cikgu ini terlihat cantik dengan spek biskut out. Sekali jari gebu seputih salji itu menyisih rambut yang melebihi matanya itu kebelakang telinga akan sangat membuat mimisan para lelaki.
" Atiqah ..." sejenak Atiqah berhenti " Tengku Atiqah " Tadi semasa didalam kereta, Atiqah diminta oleh Fuzel agar memakai nama keluarga angkat. Dengan terpaksa Atiqah akur.
Sedikit bisikan terdengar yang mengatakan tentang keluarga Tengku
" Ehh.. Kau bukan ke Amrihsha Natiqah ? Adik kepada Artis popular tu kan ? Macam mana boleh jadi Tengku pulak ? " Soalan itu keluar dari mulut seorang gadis di barisan paling depan
Tanpa menjawab Atiqah berjalan menuju kerusi paling belakang. Sebenarnya ada 3 bangku kosong, Tapi Atiqah memilih duduk sendiri
Para murid dan guru hanya menganga mulut dengan tingkah Atiqah
Seorang pelajar perempuan didepan Atiqah menoleh ke arah Atiqah
" Hai, saya mely . Kenapa awak dipindahkan ? " Mely bertanya dengan wajah imutnya.
" dipaksa " kejujuran Atiqah lagi hanya mampu membuat Fuzel yang berada diatas atap mendiam saja
Cikgu mengambil alih
" Baiklah Atiqah, perkenalkan kebetulan saya guru kelas kamu semua. Panggil saya cikgu Izzaty " Ucap cikgu Izzaty sambil tersenyum
Tapi Atiqah hanya membalas dengan anggukan
' lebih baik aku tak payah rapat dengan mereka semua. Aku masih taktahu apa muslihat lelaki bermata merah darah itu. Bahaya kalau aku melibatkan orang lain ' Bisik hati Atiqah
30 minit berlalu . Dikelas Atiqah tidak terlalu mendengar kerana semasa cikgu Izzaty menerangkan Atiqah menulis nota didepan. Semasa cikgu Izzaty menulis nota , Atiqah pulak baring dengan dagu diatas meja.
" Atiqah ! " Cikgu Izzaty memanggil Atiqah , yang sememangnya cikgu Izzaty sedar bahawa Atiqah tidak fokus.
Atiqah mendongak memandang cikgu itu
" disebabkan kamu tak fokus. sini kedepan. Selesaikan tugas ini. " Cikgu itu menyerahkan marken pen didepan Atiqah yang baru berdiri dari tempat duduknya. Atiqah berjalan dengan tenang. Cikgu ini mengajar matematik tambahan. Atiqah selalu give up dengan matematik apatah lagi dengan adik tirinya ( matematik tambahan ) .
[ PENGAJARANNYA - SEELOKNYA MENDENGAR APA YANG CIKGU AJAR, LAGI LAGI KITA YANG TIDAK FAHAM TENTANG FORMULANYA. BIAR LAMBAT ASALKAN BERJAYA ]
Tapi Atiqah tahu soalan ni. Sebab sebelumnya Atiqah memang minat Mat. Cuba masuk form 4. Atiqah jadi hilang minat.
Atiqah menjawab dengan tenang dengan soalan Rangkaian Dalam Teori Graf.
Walau mula mulanya Atiqah tak faham dengan soalan.
Selain sisi. Entah dimana daerah itu.
Seorang gadis tanpa bentuk wajahnya lagi. Sedang disuntik dengan satu alat suntikan . Didalamnya ada cairan dadah naga.
Gadis itu sudah pucat . Tangannya diikat dengan tali tebal. Dirinya sudah pucat kebiruan seolah tiada darah lagi yang mengalir.
Lelaki yang menyuntik nya keluar dari tempat gadis itu disuntik. Diluar sudah ada beberapa orang lagi. Antaranya ada Arai sebagai cikgu Adam, Jakyi sebagai cikgu Hazmi.
" Zack dah mati. Kau tahu siapa yang bunuh dia ? " Jakyi yang sedang berdiri di tepi pintu bertanya
" Dia adalah pembunuh upahan yang para polis sia*an tu incar . Balas dendam " Amron atau Cikgu Aron menjawab nya yang baru saja keluar dari pintu
" Ini tak boleh dibiarkan ! Aku akan bunuh dia !! " Aris yang sangat rapat dengan Zack sangat berasa sedih atas kepergian Zack yang mengemaskan
" Kau bahkan taktahu siapa pembunuhnya. Fikirkan rencana baru cari ! " Jakyi memarahi Aris
" Pembunuh Upahan Tak Pak*i Ot*k ! Dia seharusnya tahu tunang dia yang bod*h nak jadi tikus percubaan ! " Aris terus meluak kemarahannya
" SUDAH ! KORANG TERUS CARI TIKUS ! AKU AKAN CARI PERGANTI ZACK ! BUDAK DALAM TU SURUH ORANG SURUHAN KORANG JAGA " Lagi lagi Jakyi menegah mereka yang sedang emosi atas kepergian Zack yang mati mengenaskan
" Jak.. Aku dengar Zack ada adik. Aku tak rasa pembunuh upahan tu akan biarkan adik Zack bahagia. Kau nak aku cari tahu tak siapa adik Zack " Amron agak berhati hati untuk bertanya
" TAK PAYAH ! " Jakyi akhirnya pergi
Amron mendekati Arai yang sedang emosi
" Rai.. Kau sahabat Zack. Macam mana kalau kau buat sesuatu untuk Zack " Amron memberi cadangan .
Share this novel