> 54

Action Completed 10887

" Kau nak pergi mana lagi ni ? Kau jangan lupa ! Kita kat sini ada tugas. Bukan bercuti. Lepas tugas ni selesai kita kena gerak balik Perak . kerja kat sini kena cepat selesai. Ni lah hari hari keluar. " Akhirnya Afiq bersuara ketika melihat Ikwan yang bakal keluar.

Saat ini mereka sedang berada di Vila Afiq. Ikwan yang hari hari keluar dan tak muncul di bilik mesyuarat itu membuat Afiq marah saja.

" Aku ada hal. Tanpa laa nanti kau bagi jela tugas yang kena aku buat. Aku pergi dulu. " Setelah itu segera Ikwan pergi

Afiq yang melihat kelakuan Ikwan segera mencapai telefon nya dan mendail nombor seseorang.

" Ikut dia " setelah berkata pada orang yang berada di telefon . Afiq diam sejenak

" Baik bos "

Panggilan dihentikan

> ATIQAH <

Atiqah berada di biliknya dengan penuh kebosanan. Padahal di biliknya sangat luas dan terisi banyak benda. Antaranya komputer di sisi meja belajar. Radio disisi televisyen. Alatan make up diatas meja hias yang sememangnya bukan yang Atiqah suka .
Bahkan di biliknya disiapkan dapur kecil. Tapi Atiqah tetap bosan.

" macam mana kalau jalan jalan ? Hmm ke nak berlakon jadi baik dan pendengar. Kan sia sia bakat adik kepada pelakon terbaik kalau tidak digunakan. Tapi mereka nanti tentu baik daun. Eyy tak payah tak payah.. Turun la. " Segera Atiqah mencapai jaket kain warna kelabu dan keluar. Sememangnya Atiqah dari awal sudah memakai tudung. Atiqah berasa tak selesa dengan rumah Tah sapa sapa tak pakai tudung.

Satu persatu tangga tinggal tapak. Sampai disebuah tangga yang sememangnya masih jauh dari tingkat bawah Atiqah berhenti.

" Ni bau apa ye ? Sedap gila.. " segera Atiqah berlari turun dan mencari dapur..

Sampai di tingkat bawah.. Matanya terpandang sebuah keluarga bahagia..

" Macam mana mummy ? Sedap tak kek kukus pandan ni ? Resepi baru Rlia tau " Ucap Tengku Rlia yang ternyata membuat kek kukus pandan cheese.

" Sedap. Untuk apa kamu buat ni..tiba tiba je buat pada hari biasa. Ada orang tempah lagi ke ? " Soal Ibu Alia setelah memakan beberapa senduk besar bukan rasa lagi.

" Bukan orang order mummy. Cuma buat untuk adik Na'Am. Untuk sambutan selamat datang ! " Ucap dengan semangat Rlia membuat Atiqah mendesah tak suka

' Lakonan ! ' Umpat Atiqah. Tapi mata Atiqah tidak boleh bohong, matanya setia melihat kek itu yang sebenarnya kek itu adalah satu satunya kek favorite Atiqah.

" Kak unak ugakk " Niel yang didepan ibu Alia merenget pada Rlia

" Nah.. Mummy suap.. " Ibu Alia menyuap sesenduk pada Niel. Yang membuat hati kecil Atiqah sakit melihat hal itu. Sekejap Atiqah memaling muka. Dan kembali melihat dan bertanya

" Tengku mana ? " soal Atiqah yang tak ada sopan sopannya

Ibu dan Rlia melihat suara itu " Eh Na'Am ! " Keduanya berseru

" Na'Am, orang itukan abang kamu. " Lembut Ibu bercakap

" Tidak ! Kau juga ! " Sambung Atiqah

" Hei Adik Na'Am ! Jangan nercakap macam tu. Mummy pun bukan mummy kami. Tapi kami menghormati pilihan papa. Tapi kamu ! Mummy yang melahirnya kamu. Tapi kamu bercakap ikut suka hati ! Mana hormat kamu pada ibu kamu sendiri ! " Suara Rlia sedikit meninggi. Dan Atiqah tidak menjawab. Yang ada dia keluar rumah yang tepatnya pintu berada di sisi tangga.

" Ehh Na'Am sayang. Kamu nak pergi mana ? Sayang " Ibu mengejar Atiqah sampai pintu selepas itu dicegah Rlia

" Mummy.. Pandai la dia balik. Dia takkan pergi jauh. Abang Tengku sudah mengirim bodyguard untuk melihat Na'Am " terang Rlia

" Kenapa kamu tertinggi suara tadi. Mummy faham kenapa dia begitu. Taha sudah terangkan. Kamu juga tahu. Ingat lah. Dia pasti berubah. Jangan marah dia. Nanti dengan marah pula dia akan lebih keras.."

" Tak Mummy. Kalau kita berlembut je. Nanti dia keras kepala. Kita tak boleh terus macam tu. Ada masa kita kena berkeras juga mummy ." Pujuk Rlia

" Taha sudah berkeras dan membuat Na'Am bertambah keras. Sekarang tinggal kita untuk berlembut pula. " Setelah itu Ibu masuk kedalam bilik nya

> ATIQAH <

Atiqah juga tidak tahu sekarang dia dimana. Tadi setelah keluar dari pagar rumah, Atiqah berjalan tanpa hala tuju. Dari rumah jiran ke jiran lain. Dan melalui sedikit kedai makan. Sampai pula pada tempat orang bermain bola jaring. Atiqah berjalan lagi. Sampai kini dia berada ditempat agak kecil, kiri kanan bangunan kosong. Atiqah memasuki satu bangunan yang agak lama. Jauh dari yang lain. Satu persatu tangga dinaikinya.

Disisi seorang bodyguard yang menjaga Atiqah. Dia pelik dan tertanya tanya buat apa Atiqah disitu..Matanya terus melihat Atiqah yang memasuki satu persatu tangga dengan hati-hati.
Bodyguard ini turut menaiki tangga .

> ATIQAH <

Sampai di permukaan rata. Yang hanya ada lantai. Atiqah sedikit pelik sebab lantai ini ada lukisan doodle yang berwarna sangat cantik. Atiqah berjalan jalan sampai ke ujung lantai. Mata Atiqah memandang kebawah.. Dan ia itu sangat tinggi.. Segera Atiqah berbalik ingin turun. Sekejap Atiqah tersentak.

Bodyguard yang menjaga Atiqah sedikit berjaga jaga dan turut tersentak

" Siapa orang itu ? " Suara Bodyguard itu sangat kecil seperti berbisik. Dia bercakap sendiri.

> ATIQAH <

Iris mata hitam Atiqah memandang terkejut pada iris mata merah darah orang bersweater merah lelaki didepannya.

Atiqah diam cuba mencerna keadaan , dan Yes Atiqah sedar sekarang orang didepannya orang yang sama yang melihatnya selama beberapa hari dan memberi ancaman. Yang paling membuat Atiqah ngeri bila mengingat isi surat dan kini Atiqah berada dihujung lantai. Boleh saja sekali tolak Atiqah akan jatuh kebawah dan mati. Kalau bernasib baik pun, Atiqah hidup dalam keadaan tinggal nyawa ikan ( koma )

Fikiran Atiqah melayang layang, sampai suara orang itu berkata sesuatu

" Apa kau fikir ? Kematian kau.... " " mudah ! " sambung Lelaki bertopeng setengah wajah yang hanya menutup bahagian matanya. Ikwan menarik senyum sindir pada Atiqah.

" Siapa kau " Hanya itu yang mampu Atiqah tanya. Sekarang Atiqah sedar orang ini orang yang sama yang ingin bunuh Atiqah dirumah pada malam itu yang juga membuat Atiqah koma beberapa minggu. Serta orang yang ingin membunuhnya dengan pedang khopesh di padang taman. Semasa Atiqah joging sendirian.

Ikwan diam. Tidak menjawab. " Bahkan kalau kau jatuh . Apa kau fikir , Aku izinkan kau mati.. " Dan Ikwan menolak Atiqah hingga Atiqah lagi 1 inci dan akan jatuh

" Apa yang kau lakukan !!! " Atiqah ingin menolak orang itu. Dan ye Ikwan hanya menepis dan betul betul menolak Atiqah.

" TOLONGGG !! " di tingkat 30, tangan Atiqah memegang lantai itu

" tolongg.. Tolong... !! Akhh.. Tolongg !! " Atiqah terus menjerit. . Atiqah mendengar gelak besar lelaki diatas itu. Mereka hanya berjarak 1 tingkat.

" Hahaha haha "

Bodyguard yang melihat hal itu segera turun dan menolong Atiqah.

" cepat Atiqah " Tangan bodyguard itu memegang tangan Atiqah dan menarik keatas. Dan Atiqah berhasil naik keatas. Tapi mereka tak sedar Ikwan berada tepat dibelakang mereka

" Harini selamat ? Esok.. Ahahaha belum tentu " Segera Ikwan menghilang.

Atiqah lemas sekejap. Kakinya terduduk di lantai

" Atiqah. Kita pergi sekarang " Suara bodyguard itu membuat Atiqah menoleh

" Kau siapa ? " Suara itu tertuju buat bodyguard itu

" Saya Fuzal , bodyguard yang dilantik oleh Tengku Rahan untuk menjaga Atiqah sendiri " Tegas Fuzal " Kita harus segera keluar dari tempat ini. Mari " Atiqah jadi bosan kembali bila mendengar nama Tengku itu

" Jangan cerita apa apa nanti pasal tadi. Kalau kau cerita jugak.. Aku bunuh kau hidup hidup " Ucap Atiqah dengan yakin

" Eh ! " ' Dia yakin ke nak bunuh aku ? ' Fuzel yang tak yakin dengan kata kata Atiqah

" tidak boleh Atiqah. Saya kena bagitahu tuan. Kita tidak tahu. Apalagi yang akan terjadi setelah ini. Sekurang kurangnya setelah diberitahu , keselamatan Atiqah lebih terjamin " Tegas Fuzel

Atiqah memandang tajam. Atiqah segera meninggalkan Fuzel

••••••••
Kini Atiqah berada didalam kereta Fuzel. Atiqah duduk didepan tempat penumpang.

" Nak pinjam telefon . " Kata Atiqah sambil matanya memandang Fuzel

" Atiqah nak buat apa ? Kata Tuan. Atiqah dihukum dan tidak boleh menggunakan telefon sebelum 2 bulan. " Tegas Fuzel lagi

" aku nak call abang Taha. Abang aku. Cepat la. "

" Tuan tidak bagi. Kata Tuan, abang Atiqah sekarang hanya minta Atiqah berubah baru boleh membuat semena mena "

" begitu ke ? Ohhh.. Kalau macam tu nanti bagitahu dekat tuan kau , Aku nak jumpa dia malam karang dekat taman belakang "

" Malam ini dekat Taman belakang ada parti keberhasilan Tengku Rafi yang menjadi CEO " Ucap Fuzel lagi. Yang sepertinya tahu banyak

" Kau ni.. Sebenarnya bukan hanya bodyguard kan ? Kau ni siapa sebenarnya .. Hah ?! Ke kawan kepada mereka jugak " mata Atiqah soal selidik orang disebelah nya

" Saya tak faham apa yang Atiqah cakap "

Dan Akhirnya keduanya mendiam.

Atiqah mengelamun sekejap

' siapa la lelaki bermata merah darah tu. Dia seperti banyak dendam. Aku tak pernah nampak ada orang bermata merah darah. Dan iris mata itu seperti bukan palsu. Aura orang itu pulak macam malaikat pencabut nyawa ? Malaikat ? Tidak ! Malaikat itu baik. Tapi lelaki itu .. Entah la.. Dari suara pula aku tengok.. Baik je.. Tah la tah la.. Katanya harini aku selamat.. Tapi nanti .. Huh... Sebenarnya siapa huhh dia..!! '

> AFIQ <

" Maksud kau ? Huhh hantar gambar itu kat aku. Dan kau terus ikut Ikwan. Jangan sampai hilang dari mata kau pulak " Dan Afiq menutup telefonnya lagi.

Crengg ~ satu pesanan masuk. Afiq melihat gambar yang diambil

" jadi Atiqah yang diincar. Eh jap. Tapi Taha tak bagitahu pun Atiqah kat sini jugak. "

Sekejap Afiq berfikir

" Ohh patut la Ikwan nak sangat ikut aku bertugas kat KL. Rupanya dia dah tahu. " Afiq angguk sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience