Harini rumah Aris terlihat sangat riuh, bukan kerana ramai orang tapi kerana situasi yang darurat dan kacau.
Seseorang yang berbaju hujan yang juga sudah basah dengan air hujan , tinggi yang sedang, badan yang sado. Bergegas membuka pintu dari luar dan berlari kearah ruang tamu tanpa mengering dirinya dahulu.
Didalam rumah sudah kecoh dengan beberapa kes yang sedang mereka hadapi.
" Masalah ni sangat besar, atasan akan hantar lebih banyak lagi orang untuk tolong kita. " Aris membenahi kata kata nya sebentar tadi.
" Hal ni sudah dibincangkan. Tidak ada orang luar yang akan ikut campur. Kita tak boleh percayakan orang lain untuk waktu waktu macam ni " Ikwan memblokir terus ucapan yang keluar dari mulut Aris
" Tapi kita tak boleh bantah. Masalah ni dah dibawa cukup lama. Atasan dah mula marah bila rakyat terus mengadu anak mereka yang hilang setiap hari. " Aris terus dengan kata kata nya
" Afiq kan dah bincang dengan atasan. Mereka seharusnya faham. " Ikwan tetap berkeras.
" Afiq , apa pendapat kau. Kita pun takboleh paksa kehendak mereka jika atasan dah putuskan " Aris menanyai Afiq, yang sebenarnya bukan bertanya
" Aku tahu kita tak boleh paksa pihak atasan. Tugas ni pun tak seharusnya selama ini. Masalahnya hal ni bukan menyangkut kes penculikan sahaja. Tapi kes dadah, pembunuhan, dan kekuasaan. Mereka bukan penjenayah baru , tapi orang orang handal dari merata negara , dari berbagai perkerjaan. Dan perkerjaan mereka bukan murni sederhana. Tapi terlatih menjadi kebanggaan. Ikwan, aku nak kau dengan Nawi pergi Melaka. Dan bincangkan hal ni. Buat mereka percaya kita boleh handal kes ni. " Afiq menerangkan sambil mengarahkan Ikwan.
Terlihat Nawi dengan baju hujannya berlari lari seperti nampak Jin tak pakai baju.
" Eh ? Kau kenapa berlari dengan baju hujan ? Basah satu rumah pulak tu ! " Aris memarahi Nawi
" hushh hushh.. Afiq.. Aku dah tahu kat mana markas kecil mereka ( pondok yang Jakyi dan anak buahnya tinggal untuk mengedar dadah di Perak ) " Ucap Nawi yang masih mencari udara segar
" bagus ! Hantar maklumat tu pada Aris. Setelahnya kau dan Ikwan are getting ready to go to Melaka "
" Ha ? For what ? " Nawi sepertinya tidak bersedia
" break the superior order " Afiq menjelaskan
" haaa ? Maksudnya ? " Nawi tak faham kenapa nak mematahkan perintah atasan
" Pergi lah bersiap. Ada yang harus aku bincangkan dengan Afiq " Aris menghalau Nawi dan Ikwan.
Setelah Nawi dan Ikwan pergi. Mereka kembali ke point pertama
" Mintak Nawi maklumat markas. Kita bergerak sekarang " Setelah itu Afiq bangun dari duduknya dan mencapai jaket kain di atas meja. Diikuti Aris
°°°°°°°°°°°
Mereka sampai disebuah pondok yang agak kecil . Pondok ini jauh dari rumah lainnya. Yang ada pokok yang tinggi menjalar dan dekat dengan air terjun . Atau nak mudahkan mereka kini berada dimana tempat Atiqah dan Adik junior diculik oleh Zack.
" Kat sini ? " Afiq berbisik pada Aris
" Lokasi menunjuk disini " Balas Aris dengan ikuti berbisik
Afiq masuk disebuah pondok agak besar seperti dibina sebagai rumah dibelakang pondok dimana dulunya Atiqah dan Adik junior diikat.
Aris mengikuti Afiq yang turut berhati hati. Pintol dikeluarkan dari poket jaket Afiq . Aris pula mengeluarkan Pistol poket belakang seluarnya.
Aris memandang Afiq yang mengintai didalam markas menggunakan tingkap yang terbuka . setelah itu Afiq memandang Aris yang memandangnya juga . Afiq menggeleng menandakan ' tiada sesiapa didalam. Dan dibalas anggukan oleh Aris
Disisi Nawi.
Nawi sedikit sakit hati dengan Afiq mana tidak nya ' kenapa bagi tugas ni pada aku dan Ikwan. Aku kan tak suka Ikwan. Hehh kalau dibandingkan dengan dia. Aku lagi khubavo ( bagus ) ' Batin Nawi dalam hati . Rupa rupanya Nawi yang selalu gaduh dengan Ikwan tu kerana cemburu akan kekacakan Ikwan.
> AFIQ <
Mereka berdua sudah masuk kedalam markas. Afiq mengeluarkan telefon bimbitnya. Dan menangkap beberapa keping kertas yang berselerakan diatas meja.
Aris pula menulis beberapa abjap yang dijumpai pada beberapa koran yang telah diisi nombol ganjil.
Mereka bahkan tidak menginjak sedikit pun bahan bukti.
Afiq berjalan disetiap sisi markas itu sedang mata jelinya memandang setiap sudut bagi memerhati, hal hal mencurigakan.
Buka tak peduli dengan CCTV, tapi dari awal Aris sudah mengantikan CCTV itu dengan gambaran palsu. Jadi bila orang lihat dari CCTV yang ada Afiq dan Aris, orang yang lihat, hanya nampak seperti tiada orang .
Afiq heran dengan nombor nombor yang ada disekitar pelosok sudut markas. Dan itu membuat Afiq mengambil gambar gambar itu. Afiq berjalan lagi dan menuju ke sebuah ruang kosong, ruang itu penuh alkohol diatas meja panjang, ada juga tompokan kotak rokok, Mata Afiq memandang sesuatu. Segera kaki Afiq melangkah ke sana
Dan giat Afiq menangkap setiap gambar gambar dadah diamond, dadah naga . Dan dadah perosak badan. Dadah dadah ini boleh membuat badan manusia mati rasa. Kalau selalunya manusia yang sakit je makan dadah. Sekarang orang yang sehat walafiat juga melebihi orang orang sakit.
Diujung sudut bilik ada suntikan tanpa ubatnya. ' sudah digunakan ' Batin Afiq
Setelah hal didalam bilik selesai, Afiq keluar dan melihat Aris masih dengan buku notanya, dia meniru beberapa lukisan aneh pada kertas kertas diatas meja
" Apa yang kau dapat ? " Afiq menyoal
" Aneh ! Aku taktahu mereka belajar dari mana . Tapi apa yang ada dalam markas ni semuanya sesuatu yang belum pernah aku nampak. Aku syak mereka amalkan-"
" Bahasa larangan ? " Afiq memotong perkataan Aris
Aris angguk. Tanda membenarkan perkataan Afiq
" Aku syak macam tu jugak. "
Aris belum selesai meniru lukisan itu. Ketika Aris sedikit menggerakkan ujung kertas yang ditiru, Afiq melihat sesuatu
" Ris. Angkat kertas tu tanpa pengerakan besar " Ucap Afiq serius. Aris mendengar arahan dan mengangkatnya dengan sarung tangan kulit yang digunanya.
Jelas dan terpampang, sesuatu yang seharusnya tidak berada disitu, kini memang ada. Itu ada peta hijau dan beberapa gambar milik Arai. Gambar itu milik Arai tapi bukan gambar Arai.
" Kenapa ada gambar Atiqah kat sini ? " Aris pelik dan sangat pelik. Afiq memakai sarung tangan kulit hitam. Seterusnya dia mengangkat gambar itu tanpa menggerakkan kertas lain. Afiq memerhati setiap gambar ini, akhirnya dia membalikkan gambar itu. Afiq menyipit matanya " Aku akan menolong mu ? " Ucap Afiq dengan nada pelik
" Sejak bila Atiqah perlukan pertolongan orang ini ? siapa orangnya ? " Aris bertanya
Dihujung gambar ada tertulis - AR - Yang membuat Afiq dan Aris bertambah bingung
' Mungkin itu Arai ? ' Afiq membatin
Share this novel