>33

Action Completed 10887

Waktu sangat tidak bertepatan , Atiqah jatuh sakit disaat kakak kakak nya tiada di rumah. Rumahnya sangat sepi. Dellia pula masih ada urusan di kampung neneknya. Atiqah bahkan tidak dapat bangun dari baringnya.

" Aghhhh " Atiqah mengeluh sakit kepala kerana demam panas. Atiqah yang sedang baring di katil itu, takdapat berfikir apa apa. Sedang ia masih lapar kerana masih tidak makan sejak semalam balik

Tangan kanan Atiqah meraba raba meja tidur disisinya untuk mencari handfone. Tetapi handfonenya tiada disitu.

Seketika Atiqah berhenti . Atiqah baring dengan tenang di katilnya. Beberapa saat kemudian..Atiqah bangun dengan memaksa dirinya. Tangan tangan Atiqah memegang setiap bucu yang berhampiran agar tak jatuh. Atiqah bergerak ke Almari pakaian disisi kiri katil.

Atiqah mencapai tudung sarung warna purple yang tergantung. Segera ia menyarungnya. lalu Atiqah bergerak ke meja rias dan melihat wajahnya di cermin berbentuk segi tiga. Terlihat jelas wajahnya yang pucat lesu.

" Sayang sekali aku tak menyimpan alat rias.. kalau tak boleh tutup wajah pucat ni. " Atiqah segera bergerak untuk membuka pintu bilik..

Satu persatu tangga Atiqah jejak untuk turun. Tangan nya berpegangan dengan dinding dinding disisi sisinya.

Atiqah yang ingin bergerak ke Dapur untuk mengambil ubat , satu ingatan berputar di kepalanya

Beberapa minggu lepas, kak Nurin demam . Ubat habis digunakan untuk masa seminggu . Sampai sekarang ubat tidak digantinya semula. Kerana terlalu sebuk dan tidak sempat untuk membeli. Boleh sahaja kak Nurin meminta abang Jaafar untuk membelikan. Tapi kak Nurin sampai terlupa tentang ubat.

Atiqah tepuk dahinya pelan

Atiqah bersandar pada dinding berdekatan dapur.

" Takde cara lain " Bisik Atiqah

°°°° °°° °°° °°°°° °°°
Pintu rumah Atiqah dibuka. Atiqah berjalan keluar dengan hati hati . Ketika sampai didepan rumah Aris. Atiqah berpura pura tersenyum agar tak terlihat lemah

Di depan pintu utama rumah Aris

Tok tok tokk ~ Atiqah mengetuk.
Celekkk ~ Aris lihat

" Eh Atiqah ? Ada apa ? " Atiqah berfikir fikir alasan apa yang ingin diberikan

" Cikgu... boleh Atiqah mintak tolong ? " Atiqah tersenyum manis agar Cikgu itu ingin menolongnya

" Aa boleh.. tolong apa ? " Aris agak kaku dengan senyum tak biasa itu

" Rumah cikgu ada ubat demam tak ? "
" Ada.. Sape yang sakit ? " Aris menebak nebak " Kamu ke ? "

" Eh ! Takla.. "
" Kalau macam tu sapa ? " Kening kanan Aris terangkat
" Itu.. saya nak buat eksperimen.. " Atiqah masih tersenyum manis

> AFIQ <

Didalam rumah, 3 orang jejaka itu sedang sebuk.
Afiq yang sedang menanda buku pelajar pelajar kelasnya. Ikwan yang sedang makan sambil melihat GPS seseorang pada laptopnya. Dan Nawi sedang memerhati seseorang melalui CCTV depan rumah menggunakan laptopnya

" Eh Afiq.. " Nawi memanggil sambil tangannya melambai lambai kearah Afiq

" Apa " Afiq tidak melihat sebab masih sebuk dengan menanda satu persatu buku buku pelajar

" Senyum Atiqah ni macam familiar la " Nawi mengangkat laptopnya dan membawa pada Afiq di meja ruang tamu. Agak jauh la jugak 10 meter

" Tengok ni " Afiq diperlihatkan

Afiq diam.. " Sepertinya " Afiq lihat Ikwan yang masih sebuk dengan makan dan laptopnya itu

" Wan " Afiq panggil " Sini " Ikwan yang diam membisu.. Hanya menurut

" Cari maklumat tentang Atiqah " Afiq memikirkan sesuatu yang masih berteka teki

" Bagaimana kalau Aris je " Ikwan dipandang pelik oleh Aris yang baru masuk untuk mengambilkan ubat untuk Atiqah

" Kenapa aku ? Kan tugasnya untuk kau ! Takkan itu pun kau taknak buat ! Kan mudah je " Aris agak meninggi suara

" Tapi kau lebih hebat. Aku..aku sebuk sikit dengan tugas lama aku " Ikwan cuba untuk lari dari ambik tugas ini dari Afiq

" Aku pun sebuk.. Lagi banyak hal.. " Aris pun cuba untuk mengelak

" Tapi ni kejap je.. kau buat je la.. " Ikwan masih cuba lagi dengan memujuk Aris

" Kalau kejap, kau buat je la " Aris tak mahu mengalah

" Korang ada masalah ke ? Kalau taknak cakap. Aku boleh buat " Afiq bangun dari duduk bersila nya

Aris dan Ikwan agak gugup

" Eh.. tak , tak perlu Afiq.. Nanti Aris akan buat " Tingkah laku gelisah mereka ditangkap Afiq

" Apa masalah korang. Terus terang je " Afiq mendekat pada mereka dan memandang mata mereka dengan lekat

" Itu " Aris dan Ikwan gagap gagap untuk jujur
" Maklumat Tentang Atiqah.. kosong , Bahkan disekolah adalah maklumat palsu " Aris jawab dengan suara agak perlahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience